MATANYA terbuka luas apabila terasa ada tangan kecil mengelus elus wajahnya. Senyuman manis muncul dibibir Izz namun tak lama, senyuman itu pantas memudar apabila katil disebelahnya sudah kosong.
"Mummy pergi mana ni sayang? Baru je pukul 3 pagi" tanya Izz sambil mengangkat anaknya keatas riba.
Keluhan kecil sekali lagi dilepaskan.
"Sayang.." panggilnya perlahan sambil bangun dari katil.
Bilik air dimasukinya namun tiada tanda wanita itu ada didalam. Perlahan lahan dia mendukung anaknya keluar dan bilik tetamu ditujunya.
"Shh.. tido ya sayang" kata Izz lembut sambil menepuk punggung anaknya.
Pintu bilik tetamu dibuka dan tepat tekaanya.. wanita yang sedang lena itu dipandang.
"Kenapalah sayang susah nak maafkan abang ni? Kayla Insyirah yang abang kenal bukan macam ni tau" katanya perlahan sambil mendekati isterinya yang sedang tertidur pulas.
"Sampai bila sayang nak merajuk dengan abang ni? Abang sendiri pun tak tahu salah apa yang abang buat sampai sayang marah macam ni sekali" katanya lagi.
Boleh dikata itulah hobi barunya.. berkomunikasi dengan wanita yang sedang melayang di alam mimpi. Rambut yang menutupi dahi isterinya dibetulkan.
"Tido la abang tak ganggu" kata Izz sebelum dia bangun dan berlalu keluar.
"Sayang daddy taknak tido ke?" tanya pada Syahra yang masih aktif bergerak diatas dukungannya itu.
"Taknak tido? Habistu daddy kena main dengan sayang sampai ke esok ke ni? Kalau Daddy lambat kerja macam mana?" tanya Izz namun anaknya yang tidak mengerti apa apa itu hanya tersengih menunjukkan gusinya.
"Jom pergi dapur jap.. Daddy nak buat hot chocolate" katanya sebelum dia menuruni tangga dengan berhati hati.
Syahra yang makin aktif itu diletakkan diatas permaidani di ruang tamu sebelum dia kedapur dan membancuh hot chocolate untuknya
"Sayang.." panggil Izz perlhan dengan mata yang hampir tertutup.
Alahai anak.. daddy dah tak larat nak tahan mata dah ni. Monolognya sendiri sambil melihat kearah anaknya yang sedang menjilat jari tangannya sendiri.
"Tuan Syahra Amanda.. tido jom" ajaknya lagi namun anaknya tidak ada tanda tanda mengerti kata katanya.
"Astaghfirullahazim.. kuatkanlah iman aku ya Allah" katanya smbil membuka mata dengan las namun tak lama kemudian.. dia berlayar ke alam mimpi.
Sedar sedar dia tengok mama dia tengah tepuk Syahra yang tengah tido.
"Kenapa tidur dekat ruang tamu ni Izz ?" tanya Puan Sri Isma perlahan.
"Syahra dera Izz semalam" kata Izz samil menunjuk kearah tiga cawan yang sudah kosong dan mainan Syahra yang berselerakan dilantai.
"Biasalah tu.. nama lagi budak budak. Nasib baik dia tak meragam je tu" kata Puan Sri Isma sambil bangun dari duduknya.
YOU ARE READING
My Special Boss [Editing]
Storie d'amoreIZZ ADRIAN, dia merupakan pemilik Empero Empire yang gah. Sebut sahaja namanya, pasti semua tahu tentangnya. Apatah lagi para gadis! Tengok pun dah histeria apatah lagi ditegur. Mahu masuk ICU diorang! Tapi lelaki itu dingin. Susah nak dekat dengan...