7 BULAN KEMUDIAN..
DIA meraba tempat tidur disebelahnya yang sudah kosong. Telefon bimbitnya diambil untuk melihat jam. 7:58 a.m.
"Ya Allah subuh aku!" katanya sambil bangun secara mengejut namun satu nota yang ada dimeja lampu itu menarik perhatiannya.
Sorry sayang, tadi abang dah kejut sayang tapi sayang nampak penat.
Btw abang dah siapkan breakfast. Nanti turun makan and turun tangga elok elok tau!
Your beloved husband.
Kayla mengeluh perlahan. Patutnya dialah yang siapkan breakfast untuk suami dia yang nak pergi kerja tapi ni terbalik pula. Dia pantas mengambil telefonnya kembali dan aplikasi hijau itu dibuka.
To: My special Boss 🦁❤️🔥
Thanks for breakfast and sorry tak hantar abang pergi kerja harini
Pesanan ringkas itu dihantar. Tak sampai sesaat bunyi notification masuk bertalu talu.
from: My Special Boss 🦁❤️🔥
No problem la
Btw Good morning sayang!
Have a nice and happy day.
Cakap dekat baby tunggu daddy balik.
Kayla tersenyum senang sambil mengusap perutnya yang memboyot. Tak disangka kandungan itu sudah mencecah 34 minggu. Which is.. this little baby can come out anytime.
"We're waiting for you daddy" kata Kayla lembut sebelum dia kembali bingkas dari duduknya dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.
30 minit kemudian dia turun kebawah dan aroma sesuatu yang ada diatas mejanya betul betul membangkitkan seleranya.
"Sedap betul bau.. tak sia sia ada suami pandai masak ni" ujarnya sendiri sebelum bekas kedap udara itu dibuka.
Semerbak bau nasi goreng kampung itu sekali lagi membuatkan Kayla kecur liur.
"Daddy ni macam tau tau je mummy tengah mengidam Nasi Goreng kampung" Kata Kayla sambil ketawa bahagia.
Izz memang seorang suami yang memahami. Masih dia ingat beberapa bulan lalu, waktu alahannya masih menggila gila. Dua minggu suaminya berkerja dari rumah kerana dia obses dengan bau badan suaminya.
"Peluklah abang selama mana yang sayang nak"
Ayat itulah yang dia ungkapkan membuat Kayla makin menggila. Orang dah bagi izin takkan nak sia siakan.
"Mummy such a naughty" katanya sendiri dengan tawa kecil.
Dia melabuhkan punggung dikerusi sebelum dia menikmati hidangan yang disajikan oleh suaminya.
YOU ARE READING
My Special Boss [Editing]
RomantikIZZ ADRIAN, dia merupakan pemilik Empero Empire yang gah. Sebut sahaja namanya, pasti semua tahu tentangnya. Apatah lagi para gadis! Tengok pun dah histeria apatah lagi ditegur. Mahu masuk ICU diorang! Tapi lelaki itu dingin. Susah nak dekat dengan...