❛❛FOURTY TWO✧

2.7K 75 10
                                    

                               "PANJANG pun umu--" kata katanya terhenti sendiri apabila dia berpaling kearah tangga dan sosok tubuh yang amat dia rindui sedang merenungnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"PANJANG pun umu--" kata katanya terhenti sendiri apabila dia berpaling kearah tangga dan sosok tubuh yang amat dia rindui sedang merenungnya.

"Ehem!" Izz berdehem perlahan sebelum pandangannya dilarikan dan wajah mamanya ditatap dengan pandangan dingin.

Tubuh Puan Sri Isma serta merta mengeras akibat pandangan tajam anaknya yang seolah olah membelah dirinya.

"What is this ma?" tanyanya kasar.

"Ma..mama.." sekali lagi dia terdiam dan tidak mampu meneruskan kata katanya apabila wajah Izz mula bertukar merah.

"Ma?" panggil Izz sambil memegang kepalanya.

"Ya Allah Izz! Kamu kenapa ni?" tanya Puan Sri Isma risau apabila melihat keadaan anaknya yang separa sedar itu.

"Kepala Izz.." katanya perlahan sambil memegang hujung meja untuk dijadikan tempat bertahan.

"Ash! Jom bawa dia pergi hospital" kata Puan Sri Isma kelam kabut namun Izz menggeleng.

"Tak.. tak payah. Izz nak.. ubat ma" kata Izz susah payah.

Puan Sri Isma pantas berlalu ke laci meja dapur untuk mencari ubat namun tidak ditemui.

"Tak ada la Izz.. kita kena pergi hospital sekrang jugak" kata Puan Sri Isma namun Izz tetap menggeleng.

Dia mencuba berjalan namun gagal. Nasib baik Ash ada kalau tak.. cium lantai la dia jawabnya.

"Kenapa kau degil sangat hah ni Izz? Pergi jelah hospital. Bukan susah pun!" marah Ash membuatkan semua terdiam beberapa saat sebelum tangisan Syahra kedengaran.

"Sya.. Syahra" katanya dengan nafas yang tersekat sekat sebelum dia cuba berjalan ke ruang tamu.

"Abang duduk sini je.. Kayla tengok tengokkan Syahra" kata Kayla tiba tiba sebelum dia terus beerlalu ke arah Syahra sebelumluh gadis itu digendong perlahan.

"Sayang mummy.. janganlah nangis" kata Kayla lembut cuba untuk memujuk anaknya.

"Bawa aku dekat Syahra" pinta Izz sambil memegang tangan Ash.

Ash mengeluh perlahan sebelum dia terus memimpin Izz untuk keruang tamu.

"Give her to me" kata Izz sedikit.. kasar.

"I can--"

"I said give her to me. I know what to do" katanya lagi dengan suara yang kasar berserta eksperasi yang dingin.

Dengan berhati hati Syahra akhirnya berada didalam pelukan Izz yang sudahpun melabuhkan punggung diatas sofa.

"Anak daddy kenapa ni? Terkejut ya?" tanya Izz lembut sambil tangannya mula menari di sekitar pipi dan hidung anaknya itu.

"Da..dyyy" panggil Syahra perlahan sambil menguis nguis wajah pucat Izz.

Tangisannya reda serta merta. Malah dia tertawa senang kerana tangan Izz masih belum berhenti menari diwajahnya.

My Special Boss [Editing]Where stories live. Discover now