❛❛THIRTY ONE ✧

1.8K 50 0
                                    

                                           IZZ yang sedang sibuk didapur itu didekati, sebelum pinggang lelaki itu dipeluk olehnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IZZ yang sedang sibuk didapur itu didekati, sebelum pinggang lelaki itu dipeluk olehnya.

"Sayang.. abang nak masak ni" kata Izz tegas namun tak pula dia menolak tangan itu.

"Masak je lah.. Kayla peluk abang je bukannya ganggu abang masak" kata Kayla sambil mengemaskan pelukan.

"Sayang.. kang sesak nafas baby tu" kata Izz mengusik membuatkan Kayla ketawa kecil.

"Alah.. abang peluk Kayla malam malam sampai nak tercabut nafas tu tak apa pula?" kata Kayla masih dengan tawa.

"Err.." mati kutu Izz dibuatnya.

Kayla ketawa lagi. Seronok betul dapat mengenakan suami dia seorang tu.

"Sayang, biar Abang siap memasak dulu ya.. nanti bolehlah nak manja manja ya. Sekarang ni bahaya,, kuali tengah panas" kata Izz sambil merungkai pegangan Kayla di pinggangnya.

"Yelah yelah" kata Kayla sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan.

Izz hanya ketawa kecil sebelum dia kembali mengacau ayam yang ada didalam kuali itu.

"Sayang.. you ada nak makan apa apa lagi?" tanya Izz pada Kayla yang hanya diam makan buah epal itu..

"Untuk masa sekarang ni tak ada lagi. Tapi kalau malam nanti or petang nanti tak tahu lah" kata Kayla dengan tawa kecil.

Izz hanya menjulingkan matanya. Isteri dia kalau time malam la suka mengidam benda yang bukan bukan.. kalau pagi atau tengah hari tak ada pula minta macam macam.

"Kalau sayang mengidam yang bukan bukan lagi.. abang tidur bilik tetamu malam ni" kata Izz merajuk.

"Alah abang ni.. Kayla mana pernah minta benda yang bukan bukan" kata Kayla menyangkal kata kata suaminya itu.

"Benda yang paling paling logik pernah sayang minta ialah makan tuna dengan susu pekat je sayang. Tu pun loya tekak abang tengok" kata Izz sambil membuat muka.

"HAHAHA bagi abang apa makanan yang paling teruk pernah sayang mengidam?" Tanya Kayla ingin tahu.

"Setakat ni yang sayang nak makan jagung manis plus kacang peas and ikan sardin tu" kata Izz membuatkan Kayla ketawa lepas.

Dari riak muka Izz sekarang pun dia boleh bayangkan betapa seksanya lelaki itu menemaninya makan.

"Seksa tau abang teman tapi sayang boleh pulak menikmati macam tengah makan something yang paling sedap dekat dunia" kata Izz dengan muka geli geleman.

"HAHAHAHA" tawa Kayla pecah lagi.

Kesian betul suami dia ni. Izz pula sudah memuncung panjang apabila isterinya kelihatan begitu seronok mentertawakannya.

"Ketawa la puas puas. Abang tido bilik tetamu betul betul baru padan muka sayang" kata Izz sambil meletakkan ayam masak merah yang sudah siap diletakkan didalam pinggan di atas meja.

My Special Boss [Editing]Where stories live. Discover now