TIGA hari dikelantan membuatkan Kayla tak cukup nafas.. biasanya orang kalau duduk kat kampung mesti tenang damai tapi dia.. kusut!
"Dengan buah hati yang terlebih manja.. dengan mamat tak betul tu pulak selalu kacau aku.. ahh kusut!" omelnya perlahan.
Kejadian sebentar tadi teringat kembali difikirannya
|| ғʟᴀsʜʙᴀᴄᴋ ||
"AWAK nak kahwin dengan Izz ke?" Suara Aiman tiba tiba menerjah halwa telinganya.
"Erm.." balas Kayla kurang selesa.
"Biar betul awak ni Ira? Awak tahu tak dia tu mafia? selalu bunuh orang" kata Aiman lagi.
"Aku tahu" jawab Kayla pendek.
"Habistu awak still nak dengan dia?" Tanya Aiman belum berpuas hati.
"Haah" jawab Kayla nak tak nak je.
"Are you seriuosly?" Tanyanya lagi dengan mata membuntang.
"Nak aku ulang berapa kali ya supaya kau faham Encik Aiman?" Tanya Kayla sinis.
"Cepat eh hati awak berubah.. mana janji awak pada saya dulu?" Tanya Aiman tiba tiba.
"Janji apa? Janji bodoh yang aku buat masa kau sihir aku?" Tanya Kayla lagi.
"Janji bodoh?" Tanya Aiman dengan wajah yang mula menyinga.
"Ya JANJI BODOH" jawab Kayla.. sengaja dia tekankan perkataan janji bodoh itu.
"Jangan cabar kesabaran saya Ira.." katanya dengan amarah yang tertahan.
"Siapa yang mulakan? Kau patut salahkan diri kau sebab ungkit masa lalu tu lagi" jawab Kayla tenang.
Entah dari mana dia dapat kekuatan itu pun dia tak tahu.
"Syarifah Kayla Insyirah.." serunya dengan suara tertahan.
"Ya.. kau nak apa?" Tanya Kayla tanpa nada.
"Kau memang nak kena!" Jeritnya sambil memgangkat tangannya tinggi.
Namun belum sempat tangan itu hinggap ditubuhnya ada satu tangan menahan.
"Apa masalah kau nak Aiman? Kenapa sampai nak naik tangan dekat Kayla?!" Jerkah Izz dengan mata yang tajam menikam pandangan Aiman.
"Apa masalah ni?" Puan Maria dan lain lain turut sama terkejut mendengar jerkahan Izz tadi.
"Kenapa? Kau marah ke aku kacau bakal isteri kau?" Tanya Aiman sengaja bermain dengan api
"Soalan kau takde yang lagi cerdik ke?" Tanya Izz dengan riak wajah bengang.
"So sekarang ni.. kau menangkan perempuan murah ni lah?" Tanya Aiman tak bertapis.
"Mulut kau memang kurang ajar eh?!" Serentak dengan itu satu tumbukan padu hinggap dipipi Aiman.
"Ya Allah Izz!" Jerit Puan Sri Isma sambil menarik tubuh Izz supaya menjauhi Aiman yang jatuh terduduk.
YOU ARE READING
My Special Boss [Editing]
RomanceIZZ ADRIAN, dia merupakan pemilik Empero Empire yang gah. Sebut sahaja namanya, pasti semua tahu tentangnya. Apatah lagi para gadis! Tengok pun dah histeria apatah lagi ditegur. Mahu masuk ICU diorang! Tapi lelaki itu dingin. Susah nak dekat dengan...