PROLOG

26 3 0
                                    


"PERMAINAN bermula!” Nadya menekup kedua-dua telinganya dengan tangannya. Suara itu bergema lagi. ia bukan kedengaran dari luar sebaliknya ia bergema dari dalam kepalanya sendiri. Suara yang tidak dikenalinya tetapi bagai terlalu dekat dengannya. Seolah dia pernah mendengarnya berkali-kali. Bayangan itu juga. Bayangan bagaimana orang-orang itu melihat keluarga mereka dibunuh di hadapan mereka. Dan bayangan seseorang yang memakai topeng anonymous itu. Dia seolah sudah melihatnya berkali-kali. Tapi apabila dia memberitahu perkara itu kepada Syukri, lelaki itu hanya berkata dia perlu menghentikan tabiat menonton cerita thrillernya. Mungkin kata-kata lelaki itu benar tapi..

“Kak Nadya?”suara gadis itu membawanya keluar dari dunia gelap mindanya. Nadya dapat melihat Syakirin sedang merenungnya dengan penuh kehairanan. Kelakuannya pasti menimbulkan tanda tanya dalam benak adik iparnya.

“Kak Nadya ok ke?”soal Syakirin.

Nadya sekadar menganggukkan kepalanya bersama senyuman. Untuk apa dia perlu membebankan adik iparnya dengan illusi yang mengganggu fikirannya.

“Ummi rasa kita kena patah balik dululah. Dah nak masuk maghrib ni. Nanti kita datang lagi. Kita datang pagi pula nanti. Boleh tengok sunrise.”suara ibu mertuanya yang berbual dengan bapa mertuanya membuatkan dia dan adik iparnya kedua-duanya memandang wanita itu.

Bapa mertuanya mengerling ke arah jam di tangannya. Sebelum menganggukkan kepalanya. “Ha eloklah kalau kita balik. Dah lewat ni. Tak elok hiking waktu macamni.”

“Jom kita patah balik.”babah bersuara memberi arahan sebelum dahinya dikerutkan. “Mana Syukri?”

“Ya Allah, Rii!”suara ummi pula membuat mereka memandang ke arah pandangan wanita itu jatuh.
.
             Syukri sudah pun bergerak ke atas berlari untuk sampai ke puncak. Bukan cara Syukri untuk melanggar kata babah. Pasti dia tidak sempat mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu tadi. Terlalu teruja untuk sampai ke atas. Seolah puncak yang paling tinggi sedang menyerunya untuk berdiri di sana. Mendepakan kedua tangannya dan menikmati angin kejayaannya. Berada di atas seperti apa yang diinginkannya. Terlalu tinggi untuk disentuh. Dia tidak akan pernah berhenti sehingga dia sampai ke puncak. Kerana dia adalah Syukri Ellias. Ketinggian adalah tempat yang paling layak untuknya.

Dia dapat mendengar suara keluhan babah. “Budak ni.”

“Takpe, babah. Turun jer dulu. Nadya boleh kejar Ri.” Nadya Elliani bersuara. Cuba untuk memastikan bapa mertuanya tidak terlalu marah terhadap suaminya.

“Erin ikut.” Syakirin pula bersuara. bimbang tentangnya atau abangnya, atau gadis itu juga ingin sampai ke puncak persis abangnya, Nadya tidak pasti motif sebenar gadis itu.

“Takpe, Erin bawa ummi dengan babah turun dulu. Dah nak dekat maghrib ni. Lain kali kita datang hiking sini lagi sampai puncak.”pujuk Nadya. bukan sengaja dia ingin menolak keinginan gadis itu namun kehadiran gadis itu mungkin lebih diperlukan mertuanya berbanding keinginannya.

“Tapi Kak Nadya macam tak sihat jer tadi.” Syakirin cuba memprotes. Rupanya di situ mindanya berada. Secalit senyuman dilemparkan Nadya.

“Kak Nadya okey. Tadi Kak Nadya tengah fikir pasal something. Bukannya Kak Nadya sakit kepala. Plus your brother is there. Nothing will ever happend to me.”balas Nadya. sedikit bangga apabila bercakap tentang suaminya. Siapa yang masih lagi belum tahu, lelaki itu akan selalu melindunginya. Tiada apa yang boleh berlaku terhadapnya selagi lelaki itu berada di sisinya.

“You sure?”soal Syakirin, mungkin masih risau tentangnya.

“100%”jawab Nadya dengan penuh keyakinan.

“Kalau macamtu, Erin turun dulu. Careful tau.” Syakirin bersuara sebelum memimpin kedua orang tuanya ke arah yang bertentangan dari arah yang bakal dituju oleh Nadya. Nadya sekadar memandang keluarga suaminya itu berlalu meninggalkannya sebelum dia memulakan langkahnya. Memulakan langkah ke arah suaminya.

         Di saat dia tiba di puncak, dia sudah hampir kehilangan nafasnya dengan apa yang dilihatnya. Syukri sudah dilihatnya berkali-kali namun wajahnya seperti yang ketika ini bukan sesuatu yang selalu dilihatnya. Kemegahan pada wajahnya saat berdiri tinggi di puncak seperti sang raja. Memandang ke bawah melihat segalanya hanya kecil seperti saja. Tinggalkan segala masalahnya dan segala rasa negatifnya di bawah sana. Di sini hanya ada dia dan tiada apapun yang dapat menjatuhkannya. Nadya tidak pasti berapa lama dia merenung lelaki itu. Mungkin terlalu lama sehingga lelaki itu sendiri yang beralih ke arahnya. Saat mata mereka bertaut, secalit senyuman mulai tumbuh mekar pada wajah lelaki itu. Andai saat itu boleh dirakam, dia ingin merakam senyuman lelaki itu dan menyimpan senyuman lelaki itu dalam hatinya buat selamanya.

        “Permainan bermula!”sekali lagi suara itu mengganggu mindanya membuatkan dia memejamkan mata dan memegang kepalanya.

         “Sayaaang!”dan jeritan lelaki itu membuatnya membuka matanya semula. Dia tidak berdiri di tempat yang bertentangan dengan lelaki itu seperti tadi sebaliknya dia sedang berdiri di tempat lelaki itu sedang berdiri tadi. Tapi tiada kelibat lelaki itu di hadapannya. Nafasnya mula turun naik. Tiba-tiba saja wajah mereka yang dirampas ahli keluarganya sebagai hukuman buat mereka terbayang di matanya. Dia memandang sekelilingnya. Berharap agar telahannya salah. Berharap agar lelaki itu sekadar bersembunyi untuk mengusiknya. Namun kelibat lelaki itu tiada di mana-mana. Lelaki itu tidak mungkin akan meninggalkannya, kecuali kalau dia..

            Nadya memandang ke bawah dari tempat dia berdiri. Tiada apa yang kelihatan kecuali hijaunya hutan tebal di bawah.

             “Riiii!!!”dia cuba menjerit. Ingin suaranya menyentuh telinga suaminya. Ingin suaminya kembali namun jeritannya tidak bersahutan. Dia terjelopok jatuh di situ bersendirian.

JANJIWhere stories live. Discover now