ENAM

17 0 0
                                    

DIA tidak pasti berapa lama dia memejamkan mata. Dia tidak tahu bagaimana dia tersedar dari lenanya. Tapi satu saja yang dia pasti, dia tidak mahu membuka matanya. Dia tidak mahu terjaga dari lenanya. Dia tidak ingin kembali ke tempat di mana dia akan bersendirian dan keseorangan. Berapa banyak sekalipun jumlah hantu yang berada dalam mimpinya takkan cukup untuk membuatkan dia ingin berada di dunia yang tiada Syukri di dalamnya. Hidupnya selalu bermula dan berakhir Syukri. Dunia tanpa Syukri apa maknanya bagi dia? Dia tidak tahu cara untuk bernafas pun tanpa lelaki itu. Bagaimana untuknya hidup begini? Dia tidak mampu hidup tanpa lelaki itu. Jika ini adalah apa yang perlu dilaluinya sepanjang hayat, lebih baik andai dia tidak lagi membuka matanya.

“Hei! Sayang, kenapa ni?”dia dapat mendengar suara itu dengan jelas disaat air mata yang dia tidak tahu sedang mengalir itu diseka oleh jemari kasar seseorang. Suara yang amat dikenalinya namun dia masih enggan membuka mata. Sekadar mimpi. Hanya sebuah khayalan. Dia pasti tentang itu. Bagaimana seseorang yang telah mati boleh kembali kepadanya? Jika benar lelaki itu masih hidup sekalipun setelah jatuh dari ketinggian itu, pasti lelaki itu sedang berada di hospital dan bukan di sebelahnya.

“Sayang, bangun. Buka mata. Kenapa ni, sayang? Jangan buat Ri risau.”kerisauan dalam suara lelaki itu terlalu nyata sehingga dia terpaksa membuka matanya. Lelaki itu benar-benar berada di hadapannya. Memandangnya dengan mata yang penuh kerisauan gaya Syukri Ellias.

“Ini mimpi?”soalnya sambil tangannya diangkat menyentuh pipi Syukri. Syukri benar-benar di hadapannya, kan? Ini benar-benar suaminya kan? Lelaki itu menggenggam tangannya yang berada di pipi lelaki itu.

“Siapa yang cakap ni mimpi?”soalan lelaki membuatkan jantungnya seolah terhenti. Tangannya basah tiba-tiba. Wajah lelaki itu tiba-tiba saja berubah. Tiada lagi wajah yang selalu menenangkannya. Wajah lelaki itu berubah menjadi wajah orang yang dilihat di dalam mimpinya tadi. Hampir separuh wajah lelaki itu kelihatan kemek dengan wajahnya batu-batu kecil melekat pada kesan luka di wajahnya. Bahagian kepalanya sedikit terbuka membuatkan otak lelaki itu di dalamnya kelihatan. Darah dari wajah lelaki itu terus mengalir sehingga membasahi tangan Nadya. Senyuman lelaki itu yang dipenuhi darah juga membuatkan tubuhnya terundur ke belakang namun tidak terlalu jauh kerana tangannya masih lagi di dalam genggaman lelaki itu.

Dia memejamkan mata. Dia dapat merasakan tubuhnya menggigil namun dia tidak pasti apa yang harus dilakukannya. Jika dia takut selama ini, hanya Syukri saja tempatnya berlari. Tapi bila lelaki itu yang menakutkannya, apa yang harus dilakukannya? Dia cuba menarik tangannya sekuat hati namun lelaki itu masih tidak melepaskannya.

“Sayang, kenapa ni? Hei?”suara lelaki itu kedengaran cemas namun belum cukup untuk menghentikan rontaan Nadya. dia ingin pergi. Dia ingin lari. Dia takut. Air matanya mula merembes keluar.

“Lepaskan Nadya. Please. Nadya minta maaf. Nadya takde niat nak bunuh Ri. Nadya minta maaf.” Nadya bersuara sambil meronta hebat cuba melepaskan diri.

“Hei, sayaaang.” Syukri cuba untuk menenangkan isterinya namun tidak berjaya. Akhirnya tubuh Nadya dibawa ke dalam pelukannya. Memerangkap semua pergerakan wanita itu. Namun Nadya terus saja menangis tanpa membuka matanya umpama terkena histeria.

“Shhh.. Jangan macamni, sayang. Sayang mimpi buruk jer tu. Ri ada kat sini kan? Takde apa yang berlaku. Sayang selamat kat sini. Ri ada sini.” Syukri bersuara sambil mengeratkan pelukannya. Rambut isterinya dibelai lembut untuk menenangkan wanita itu.

Tangisan Nadya sudahpun terhenti. Rontaannya juga sudah kian lemah. Dia sudah tidak berdaya. Dibiarkan saja perlakuan lelaki itu. Telinga Nadya rapat ke dada Syukri namun bunyi jantung lelaki itu tidak kedengaran. Tubuh lelaki itu yang tak berbaju juga sejuk saja dirasakan di bawah tangannya. Dia membuka matanya dan mengangkat wajah memandang lelaki yang turut sama memandangnya dengan pandangan sayu. Tiada lagi wajah yang mengerikan seperti tadi. Wajah Syukri sudah kembali seperti biasa.

Jemari Syukri kembali mengesat air mata Nadya yang masih lagi mengalir sambil bersuara, “Sayang jangan nangis. Ri tak boleh tengok sayang menangis macam ni.”

Nadya kembali membenamkan wajahnya ke dada lelaki itu. Tangannya menjalar ke belakang lelaki itu membawa tubuh lelaki itu lebih rapat kepadanya. Adakah ini sebuah mimpi atau ianya nyata? Nadya tidak tahu. Samada lelaki ini jembalang ataupun dia benar-benar manusia, Nadya tidak pasti. Yang dia tahu, lelaki ini adalah Syukri Ellias. Lelaki ini adalah suaminya. Pelukan lelaki itu adalah tempat paling selamat baginya. Dia tiada jawapan untuk semua persoalan. Sejujurnya, dia tidak ingin tahu pun jawapannya. Yang dia tahu.. yang dia sangat pasti.. tak kira siapa pun lelaki ini.. apapun keadaan ini.. selagi lelaki itu masih lagi Syukri Ellias.. dia ingin terus berada di samping lelaki itu buat selamanya.

JANJIWhere stories live. Discover now