"SORRY.. sorry.. sorry..” Syukri bersuara diselangi kucupan disetiap jeda ungkapannya.
Nadya tidak pasti untuk apa kata maaf dari lelaki itu apabila segala yang berlaku adalah kesalahannya sendiri. Dia yang berlari melintasi jalan tanpa menghiraukan keadaan. Dia yang bersalah menjemput kerisauan di hati semua orang. Dia yang..
“Ri gagal jaga sayang walau Ri ada kat situ.” Seolah mampu membaca persoalan dalam minda isterinya, Syukri mengungkapkan jawapannya. Seperti biasa, lelaki itu menyalahkan dirinya lagi. Persis satria yang gagal melindungi sang puteri, rasa bersalah itu terlalu jelas dalam nadanya. Namun bezanya, rasa bersalah lelaki itu bukan hanya kerana dia gagal menjalankan tugasan yang diberikan. Biarpun tanpa degupan jantungnya, Nadya dapat merasakan ketakutan lelaki itu. Kehilangan Nadya umpama satu hukuman yang tidak ingin dijalaninya. Sama seperti apa yang harus dilalui Nadya beberapa minit lagi.
“Jantung Ri betul-betul berhenti bila Ri nampak sayang tiba-tiba jer lari atas jalan. Nasib kereta tu sempat berhenti sebelum langgar sayang. Tapi sayang tiba-tiba jer pengsan. Ri tak tahu nak buat apa. Waktu kat hospital, doktor cakap sayang okey tapi sayang langsung tak buka mata. Sayang buka mata pun sekejap jer. Ri betul-betul takut. Sayang still tak sedar tapi doktor cakap sayang dah boleh discharged sebab sayang Cuma tak cukup rehat. Erin dengan ummi pun betul-betul marah sebab Ri tak mampu jaga sayang sampai diorang tak nak pedulikan Ri. Ri betul-betul suami yang tak guna.”adu Syukri.
“Jangan cakap macamtu. Bukan salah Ri.”balas Nadya sambil mengeratkan lagi pelukannya, jika itu memang mungkin. Udara pun mungkin tidak akan menemui ruang untuk mencelah di antara mereka berdua. Dia tidak sanggup mendengar lelaki itu menyalahkan dirinya sendiri bila setiap tindakan yang lelaki itu ambil selalu dengannya berada di fikiran lelaki itu.
“Ri tak patut tinggalkan sayang sorang-sorang kat situ.”
“Ri tak mungkin tahu apa yang Nadya nak buat. Please stop salahkan diri RI. Ni semua salah Nadya.”
“Okey.” Syukri meleraikan pelukannya. Menjarakkan sedikit tubuh mereka agar dia dapat melihat ke dalam mata isterinya. “Ri takkan tinggal sayang lagi. Ri takkan biarkan apa-apa jadi pada sayang lagi. Ri akan selalu ada untuk sayang.” Syukri membelai rambut Nadya bersama senyuman lembut di wajahnya membuatkan Nadya menundukkan wajahnya.
Sakit. Itu yang dirasakan Nadya saat ini. Perasaan itu menuju terus ke hatinya dan menikam jiwanya. Dia tahu lelaki itu tidak akan memungkiri janjinya. Dia tahu Syukri akan selalu ada untuknya. Dan itulah yang menyakitkannya. Kerana lelaki itu tidak boleh lagi ada di sini. Perjalanan lelaki itu tidak harus terjeda lagi. Lelaki itu harus pergi. Dia harus kembali ke alam sana yang kekal buat selamanya.
Mata Nadya dipejamkan. Dia menarik nafas panjang dan menghelanya semula. Cuba mencari kekuatan sebelum dia memandang kembali ke dalam mata suaminya. Satu senyuman diukir di bibirnya bagi menyembunyikan kesakitan yang dirasainya. Kepalanya digelengkan.
Syukri mengerutkan dahinya. Mungkin sukar baginya untuk mengerti erti tindakan isterinya.
“RI tak perlu lindungi Nadya lagi.” perlahan Nadya bersuara. Cuba untuk mengawal emosinya agar tiada mutiara air mata yang akan menghiasi pipinya. Masanya benar-benar telah tiba. Syukri akan dilepaskannya. Buat selama-lamanya.
“Ri tahu Nadya kuat. Tapi Ri...”belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, Nadya segera menghapuskan kesempatan untuk lelaki itu meneruskannya.
“Nadya akan cari kekuatan Nadya. Nadya akan bangkit tak kira apa. Nadya akan jumpa bahagia Nadya. Mungkin takkan sebanyak yang Ri berikan. Tapi Nadya tetap akan cari bahagia Nadya. Jadi Ri, jangan risau lagi. Nadya akan okey.”
“Ri tahu sayang akan okey. Tapi jaga sayang, lindungi sayang and selalu ada di sisi sayang, Ri tak buat semua tu sebab Ri anggap sayang lemah. Ri buat semua tu because I love you. Itu kebahagiaan Ri. Kalau sayang sorang boleh tentang satu dunia pun, Ri tetap nak lindungi sayang. Jadi, izinkan Ri untuk tetap jaga sayang. Hmm?” Syukri bersuara sambil mengelus lembut pipi isterinya.
“Tapi dunia ni bukan tempat Ri lagi.”tenang Nadya bersuara membuatkan usapan di pipinya terhenti. Jelas kelihatan raut terkejut pada wajah lelaki itu. Mungkin terkejut kerana fakta sebenar tentang dirinya terbongkar.
Syukri menelan air liurnya. Jelas kelihatan pergerakan halkum lelaki itu sebelum lelaki itu meluahkah soalannya, “Maksud sayang?”
“Tunggu Nadya kat sana.”
“Sayang merepek apa ni?”
“Syukri Ellias, Nadya Elliani bebaskan Ri dari dunianya buat selamanya.”
YOU ARE READING
JANJI
RomanceKEMALANGAN! Itu kata mereka. Pembunuhan! Itu kata mindanya. Kehilangan Syukri tepat dari hadapan Nadya memberi kesan yang mendalam. 5 hari dia menanti tanpa berita. Dan Syukri tiba-tiba saja ada di sisinya ketika dia membuka mata? "Polis belum jumpa...