Bab 12 (1)

990 168 87
                                    

Kaysa tak senang duduk melihat skrin yang memaparkan gerak Guna, Dora, Rogayah dan kawannya. Ketika ini, mahu saja dia berkejar ke tempat itu dan menghadiahkan penampar cap buayanya kepada Rogayah. Amboi, sesedap hati cuba menempel dekat Guna ya?

"Relaks, Kaysa." Adwan menghulurkan segelas air Milo ais kepada Kaysa.

"Sudah kubilang jangan terlalu yakin." Hala mata Kaysa kekal tertancap di skrin.

"Mulut lelaki banyak yang tak jujur," sambung Waiz.

Aduhai, berdrama Hindustan pula ke Guna dan Rogayah di pejabat? Berkejar-kejar di pantri, menyanyi-nyanyi bergelek-gelek kuch kuch hota hei. Nasib baik tak ada di gunung di situ. Kalau ada, agak-agaknya dah tawaf tujuh gunung mereka berdua.

"Bila sakit, hati wanita boleh menangis tau." Kaysa menyedut rakus air Milonya.

Kesian pula dia melihat ekspresi wajah Dora yang kelat-kelat masam. Cemburulah tu melihat Guna melayan Royagah dan sesekali, kawannya turut sama berjoget. Tapi, nak buat macam mana? Dah memang itu pelan Guna!

"Aku dah cakap jangan terlalu cinta. Kahkahkah!" gelak Kaysa semahu-mahunya.

Suka pula dia melihat Rogayah acah-acah terjatuh. Tapi, Guna bertindak bijak dengan buat-buat tak nampak. Hasilnya, gedebuk! Jatuh tertonggeng minah itu ke lantai. Nasib baik kepalanya tak terhantuk di bucu meja.

"Kalau patah hati tak ada siapa nak tolong. Wuu," sorak Kaysa lagi.

Kali ini, dia bertepuk tangan melihat Guna langsung tak membantu. Malah, buat-buat sibuk dengan mengutip serpihan kaca gelas yang sengaja dijatuhkan oleh Dora ke lantai.

"Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi," sambut pula Waiz.

Dia pun turut ketawa menyaksikan drama mamat kopi susu di skrin. Macam tengok filem komedi apabila melihat Dora cuba mendajalkan Rogayah dengan menuangkan pula air sabun pekat ke lantai. Cemburu sang wanita, jangan siapa-siapa boleh takwil!

"Hey ladies jangan mahu dibilang lemah!" jerit Kaysa sambil melompat-lompat apabila melihat cara Dora membalas dendam.

Sesudah menumpahkan air sabun, Dora berdiri berdekatan Guna lalu turut menari tarian Hindi. Ia membuatkan Rogayah yang ketika itu baru bangun daripada tertonggeng di lantai lagi tak berputus asa untuk mendapat perhatian Guna.

"Kita juga bisa..." Kaysa cuba menyambung lagi, tapi fokusnya terganggu dengan figura Adwan menyilang lengan di depannya.

"Ke tepi." Pantas Kaysa menolak Adwan ke tepi.

"Bila wanita sudah beraksi." Kaysa mengepal kedua-dua belah penumbuknya.

'Bagus, Ayumi Teoh. 'Ikat' Ganesh Kumar kau tu ketat-ketat! Jangan bagi parasit tu hinggap ke hati! Yeah!' Hatinya membara.

"Dunia hancur!" tempiknya sebaik sahaja matanya menangkap jelas figura Rogayah jatuh tertonggeng sekali lagi akibat kakinya dibentes oleh Dora. Licin lantai menambahkan lagi penyebab wanita gedik itu terjatuh. Puas hati!

"Astaghfirullahalazim!" jerkah Adwan disusuli dengan hentaman di meja.

Bum!

"Kau orang ingat ni konsert ke?" marahnya dengan nada beroktaf-oktaf.

Turun naik dadanya menahan marah dek ulah gila anak-anak buahnya. Astaghfirullah. Boleh sakit jantung dia melihat perangai serupa monyet si Kaysa dan Waiz di sini.

"Sakit kepala aku," keluhnya pula seraya memicit dahi.

Stresnya bertambah apabila budak dua orang itu perli Rogayah dengan cara berkaraoke lagu Hey Ladies nyanyian Rossa di bilik ini. Markas sementara mereka. Kalau suara sedap macam penyanyi asal, tak apalah. Ini, tak. Suara Kaysa dan Waiz kalah katak panggil hujan!

HEY, YOU MR. VET!Where stories live. Discover now