Bab 7 [1]

1.4K 227 256
                                    

"Master. Master!" Awraq menepuk-nepuk keras pipi Adwan.

Kali ini, Adwan betul-betul sudah lali dan keadaannya sangat lemah. Tanpa berlengah, detak nadi Adwan dikira sekali lagi. Perasaan risaunya yang semakin menggunung kini tidak keterlaluan jika dikatakan setinggi gunung Tibet. Cis, kau tak guna Spade!

"Bertahanlah pak cik. Waiz janji lepas ni Waiz takkan buat pak cik risau. Waiz akan jadi budak baik," tangis Waiz teresak-esak sambil tangannya tetap cekap memulas stering ke kiri dan ke kanan. Pak cik polis trafik, tolonglah jangan kacau Waiz!

Nino... Nino...

"Audi R-4, sila berhentikan kenderaan anda. Anda telah memandu melebihi had kelajuan." Kedengaran lagi suara laungan daripada pembesar suara milik geng-geng polis trafik.

Waiz semakin cemas. Gilalah situasi ini. Pak Cik Adwan semakin tenat, polis trafik semakin jahat, dia pula semakin penat! Kak Kaysa buat apa? Ingin saja dia menjerit kepada Kaysa agar habiskan saja polis-polis yang menghalang operasi menyelamatkan pak ciknya!

"Abang Awraq," seru Waiz gementar.

"Teruskan. Kita tiada masa untuk terus bermain dengan geng-geng tu. Waiz, apa kata jika gunakan saja skill kau yang satu tu?" Awraq memandang tajam kepada Waiz.

Bersyukurnya dia apabila dalam situasi yang mencemaskan ini, tepat pada masanya Hyena memberikan info kepadanya mengenai siapa sebenarnya Waiz. Thanks Hyena, nanti aku belanja kau game terbaru. Nanti bolehlah kau bermain game tu dengan Gamer, partner in crime kau.

"Boleh ke?" Waiz memegang steringnya kemas.

Dup dap, jantungnya berdegup kencang. Siapa sebenarnya abang Awraq sampaikan skill rahsianya dapat dikorek oleh jejaka bermata sepet itu? Ah, persetankan semuanya, nyawa pak ciknya lebih bernilai.

"Apa-apa hal, aku tanggung. Percaya pada diri kau sendiri, Sky!" Awraq memegang bahu Waiz sekali gus menyalurkan semangat.

Sekali lagi, Waiz berdebar hebat. Kenapa abang Awraq boleh mengetahui kod namanya? Riak wajah yakin bercampur serius Awraq dikerling sekilas melalui cermin pandang belakang. Tidak mahu fikirannya lebih berserabut, Waiz akhirnya menarik nafas panjang lalu menghembus perlahan.

'Bismillahirrahmanirrahim...' lafaz Waiz dalam hati.

Satu minit saja lagi sebelum sampai ke sana. Masa itu emas. Gear ditolak, pedal minyak ditekan sehabis rapat lalu tanpa mempedulikan kereta yang menghala laju dari arah hadapan, Waiz membuat pusingan U lalu memecut keretanya sehabis laju meninggalkan kereta peronda polis ke belakang.

Vrom!

Bum!

Waiz merempuh apa saja benda yang menghalang laluannya. Ketika ini, dia memandu menentang arus lalu membelok masuk ke lorong sempit antara bangunan-bangunan di bandaraya tersebut. Apa nak jadi, jadilah. Pak Cik Adwannya sudah tidak bergerak dan pernafasannya sangat perlahan. Dia boleh nampak muka abang Awraq juga semakin berkerut hebat. Ya Allah, bantulah kami...

"Abang Awraq, depan sana itu lokasi kita," beritahu Waiz.

"Bersedialah!" jerit Waiz seraya merempuh tong sampah.

Bum!

Dum!

Bergegar keretanya efek rempuhan tersebut namun dia tetap tidak mempedulikan apa yang berlaku. Dari kejauhan, dia dapat melihat sebuah motosikal berkuasa tinggi sedang menderum laju ke arah mereka. Alhamdulillah, abang Malakat sudah sampai.

Vrom! Stret!

Serentak dia dan pemilik motosikal tersebut memberhentikan kenderaan masing-masing. Berdecit bunyi tayarnya namun tanpa membuang masa lagi, kedua-dua pemiliknya  bergegas turun dan keluar dari kenderaan mereka.

HEY, YOU MR. VET!Where stories live. Discover now