Bab 13 (1)

861 154 48
                                    

Bunyi riuh-rendah di ruang legar pejabat membuatkan Erina segera mengerling ke arah jam tangannya. Waktu sudah pun menunjukkan pukul 2.50 petang. Pada hematnya, Master dan geng-gengnya telah pun sampai di parkir bangunan syarikat.

"Weh,  kau orang tunggu apa lagi? Cepat berbaris!" laung Encik Deris, pengurus syarikat CC Food Expertise melalui pembesar suara.

Sebaik sahaja Encik Deris mengeluarkan suara halilintarnya, semua pekerja tetap seramai tiga puluh orang di aras itu segera bangun lalu bergegas turun ke bawah. Manakala, dia bersama lima orang pekerja di bahagiannya juga turut sama tak ketinggalan untuk turun berbaris.

"Erina, kita orang akan mula masuk. Macam mana dengan semua orang dalam tu?" Suara Malakat kedengaran jelas di telinganya melalui earbud.

"Tengah kalut-kalut nak berbaris ni hah," jawab Erina selamba.

Matanya mengerling ke arah semua orang yang berada di situ. Dari pejabatnya di aras lima, dia terpaksa turun ke tingkat bawah. Dia terpaksa pula bersesak-sesak dengan pekerja lain yang turut sama berebut-rebut mahu turun menyambut kedatangan bos besar baru.

"Haih, dasar Deris." Malakat ketawa sinis. Dia dapat agak apa yang Encik Deris bakal lakukan sebaik sahaja bertemu dengan Adwan nanti.

"Memang pun. Orang tua gatal tu haih..." sambut Erina.

Encik Deris, pengurus syarikat berusia lima puluh itu memang sejenis lelaki gatal. Miang keladi. Sudah tua pun ada hati nak pikat perempuan muda. Pantang bertemu dengan perempuan berdahi licin, terus jadi ulat bulu.

Tak sedar ke yang diri tu dah tua bangka? Kubur pun dah tak sabar-sabar nak terima batang tubuh itu. Hari-hari, asyik duk panggil je tanpa jemu. Hari-hari kain kafan melambai-lambai. Tak sedar ke semua tu? Asyik sangat dengan dunia tipu-tipu.

"Jaga diri, sayang," pesan Malakat.

Ayat akhir daripada jejaka sado sang cinta hati serta merta membuatkan Erina tersenyum-senyum sendirian. Cincin belah rotan di jari manis tangan kiri dipandang dengan hati berbunga-bunga. Sabar sekejap saja lagi, Erina!

Pandangannya kemudiannya ditumpahkan ke arah lautan manusia yang kelihatan kelam-kabut beratur dalam barisan. Encik Deris pula sibuk membetulkan barisan sambil menjerit-jerit. Ya, naturallah dia jadi begitu sebab kedatangan Adwan ke sini sebagai Zafran Dylan memang mengejut.

"Cepatlah! Terhegeh-hegeh pula!" marah Encik Deris kepada dua tiga orang pekerja yang baru turun.

"Semua dah sedia? Ingat apa aku cakap. Bila Tuan Zafran masuk je, kau orang semua kena tunduk hormat. Faham?" laungnya pula.

"Faham!" Serentak para pekerja bawahannya menyahut.

Encik Deris berdehem keras tanda berpuas hati dengan barisan pekerjanya. Kemudian, dia sendiri membetul-betulkan tali leher serta baju kotnya. Segala debu dan habuk ditepis-tepis kasar. Rambut belah tepinya pula dirapikan serapi-rapinya. Kemudian, dia bergerak ke barisan paling hadapan.

Erina menarik senyuman sinis melihatkan ulah pengurus itu. Haih. Nampak sangat dia nak cuba bodek Adwan. Nak tunjuk yang dia berkaliber menguruskan orang bawahan. Semua orang ikut arahannya dengan patuh. Ceh!

"Bos besar dah sampai. Ready." Encik Deris berdiri di depan pintu gelangsar automatik.

Figura seorang lelaki tinggi lampai beraura penuh autoriti yang sedang berjalan masuk dengan diiringi oleh seorang lelaki berkaca mata dan seorang lelaki muda berpakaian kemas segera menarik perhatiannya. Dia kira, itulah Zafran Dylan.

Menurut maklumat yang diperoleh daripada orang-orangnya, Zafran Dylan berwajah Asian. Seorang yang beku tetapi dalam masa yang sama, cool. Bos besar ini selalu memasukkan kedua-dua belah tangan di dalam kocek seluar. Dengan itu, gaya 'bossy'nya lebih menyerlah.

HEY, YOU MR. VET!Where stories live. Discover now