Dr. Aiman hanya ketawa melihatkan wajah tidak percaya sepupunya itu. Adwan Haffaz bin Farid ini memanglah kalau disuruh beregu dengan perempuan, ada-ada saja alasannya. Perangainya yang ini memang sebiji dengan jurulatih keduanya iaitu Profesor Dr. Qarizh Zahwan yang tidak sukakan partner perempuan dalam apa-apa misi yang diberikan. Leceh, katanya.
"Aiman..." tekan Adwan menuntut penjelasan.
Dia tidak mahu beregu dengan perempuan, tahu? Ini semua salah Hazim Anas si Malakat yang dinaikkan pangkat. Jika tidak kerana Malakat dinaikkan pangkat sebagai ketua team Satria Hitam Senior, tentulah dia masih kekal sebagai regunya seperti sebelum ini. Jadi, tidaklah dia perlu melatih si Kaysa Bussaina anak cheetah ini pula sebagai partner baru.
Adwan Haffaz ialah ketua jurulatih bagi team Satria Hitam Senior menggantikan Rayyan Razien yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Sumber Manusia Campbell Corporation dan juga Profesor Dr. Qarizh Zahwan yang berkhidmat sebagai profesor di salah sebuah IPTS di negara ini. Mereka berdua adalah jurulatih 'legend' dan tidak dapat tidak setelah mereka keluar daripada organisasi PARA, maka calon yang paling layak untuk memegang tampuk kepimpinan mereka ialah Adwan Haffaz iaitu anak bongsu Mejar Farid.
Adwan Haffaz memiliki dua personaliti dalam dirinya iaitu tenang dan menarik tetapi dalam masa yang sama dingin dan beku. Kedua-dua personaliti tersebut seperti hasil gabungan personaliti Rayyan Razien dan Qarizh Zahwan dan perkara itu tidaklah dihairankan kerana sejak menyertai organisasi PARA dahulu, dia berlatih di bawah kedua-dua orang jurulatih tersebut.
"Kak Kaysa buat apa kat sini? Hebatlah Kak Kaysa, klinik ni mesti jahanam disebabkan Kak Kaysa kan? Hahaha," tanya Waiz sambil tersenyum-senyum memandang Kaysa. Dia sudah ter'crush' dengan Kaysa sejak pertama kali memandang gadis itu ketika acara pembukaan anggota baru team Satria Hitam Junior. Walaupun Kaysa tua tiga tahun daripadanya, dia tidak kisah. Dia sukakan perangai brutal dan ganas gadis itu!
"Waiz..." tegur Adwan kepada Waiz apabila melihat anak saudaranya mula membuat perangai. Boleh tak jika sehari si Waiz ni tidak menjadi ulat bulu? Penat siot melayan anak yatim kekurangan kasih sayang ibu bapa ni. Sudahlah manja, mengada-ngada pula. Ni sekejap lagi confirm meleleh air mata!
Seperti dijangka, Waiz mula membuat muka seposen lalu mengerdip-ngerdipkan matanya beberapa kali ke arah Adwan. Mukanya itu sekarang ya Allah, macam mahu meminta selipar Jepun hinggap ke pipi. Manjanya tu ya Rabbi, masyaAllah, la haula wala quwwata illah billahil 'aliyyil 'azim... mengucap panjang Adwan bila mengenangkannya.
Rasa nak cepuk budak ini sikit, boleh?
"Dah, sudahlah korang. Aku datang sini sebenarnya nak cakap sesuatu dengan kau Adwan, tapi dah sebab Kaysa pun ada sekali maka senanglah kerja aku," ujar Dr. Aiman sambil menepuk bahu Adwan yang sedari tadi berwajah cemberut tidak berpuas hati.
"Okey," balas Adwan sepatah lalu mengisyaratkan kepada Dora supaya menguruskan keadaan kliniknya yang sudah tidak nampak rupa klinik. Suruhannya itu kemudian dibalas dengan anggukan lalu tanpa disuruh, Dora terus menekan satu punat yang terletak di mejanya. Perlahan-lahan, satu tirai besi di muka pintu turun mengunjur ke bawah lalu menutup rapat ruang muka pintu hadapan klinik.
Adwan kemudiannya memandang satu persatu wajah yang terzahir di ruangan matanya. Wajah kacukan ala-ala Mat Saleh si Kaysa, budak mata sepet si Waiz, sepupunya yang juga bermata sepet si Dr. Aiman dan anak Jepun chubby si Dora. Anak buahnya yang lain iaitu si muka ketat Malakat, si gedik Erina dan si jambu Guna tidak menghadirkan diri hari ini.
Jadi, boleh ke Dr. Aiman menyampaikan misi baru kepada mereka semua? Ah, persetankan segala bisikan syaitan yang sentiasa mahu menggoyahkan hati, bukannya perkara macam ini tidak pernah berlaku pun. Kebanyakan arahan untuk menjalankan misi diterima dalam keadaan tidak cukup orang tetapi tetap sahaja misi itu dilaksanakan dengan jayanya.
YOU ARE READING
HEY, YOU MR. VET!
RomancePertemuan mereka bukanlah indah seperti dalam drama tetapi bukanlah tidak manis seperti dalam cerita dongeng. Adwan Haffaz dan Kaysa Bussaina, kedua-dua manusia itu dipertemukan atas dasar tugas sulit bertanda '00-X'. Dalam meniti tugasan yang penuh...