"Mommy, adik takut!"
"Mommy... monster..."
"Monster!"
Figura Dora yang sedang memenangkan Kaysa sedang meracau dipandang dengan hati libang-libu. Fail data kesihatan gadis itu dipandang lagi lalu pandangannya disilih berganti pula dengan si pemilik fail.
Sekarang, dia faham kenapa Kaysa teramat takut kepada kucing. Menurut data, ketika gadis itu berusia 10 tahun, dia tersesat di laluan koridor tingkat dua bangunan apartment rumahnya. Dia tak jumpa yang mana satu rumah sendiri dek apartment yang baru diduduki nampak sama saja bentuknya.
Dalam hatinya sedang berkeluh-kesah, tiba-tiba seekor kucing dari jenis Maine Coon muncul di depannya. Kucing tersebut milik jirannya, seorang ahli bomba. Mula-mula, Kaysa okey saja apabila melihat makhluk berbulu itu.
Namun, segala-galanya berubah apabila kucing itu mula mendekatinya sambil membuat bunyi "rawr" dan mengeluarkan kuku. Melihatkan itu, Kaysa berundur ke belakang sehingga badannya rapat ke dinding penghadang.
Dia semakin panik apabila kucing besar macam harimau itu mendekatinya sambil mendesah garang. Dek berasa dirinya tak selamat, pantas dia memanjat almari kasut yang terletak di tepi dinding penghadang.
Namun, kucing itu tetap nampak tak berputus asa untuk cuba mendekatinya. Dengan wajah garang, kucing Maine Coon itu melompat lalu menerkam ke badan Kaysa. Gadis itu pun apa lagi, terus dia menjerit kuat apabila badannya hilang keseimbangan dan dirinya berasa melayang!
"Monster!" Pembacaan Adwan terganggu apabila Kaysa tiba-tiba menjerit kuat.
"Kaysa, Kaysa!" Kalut ribut Dora menenangkan Kaysa yang kini telah pun sedar tetapi takut-takut. Matanya meliar ke serata arah.
"Sayang? Monster? Dora. Huwaa... aku takut!" Kaysa terus merangkul badan Dora lalu menangis semahu-mahunya. Dia betul-betul panik.
Adwan yang melihatkan keadaan itu hanya mampu menggeleng kepala. Dia faham sangat kenapa Kaysa betul-betul takut dengan kucing sekarang. Memang trauma gadis itu kepada kucing sangat kuat.
Di perenggan akhir laporan yang terpapar di skrin laptopnya, tertera aksara yang mengatakan bahawa ketika itu, Kaysa sempat berpaut pada beranda dan diselamatkan oleh ahli bomba yang juga merupakan jiran sekali gus pemilik kucing tersebut.
Sudahnya, Adwan mengerling ke arah jam tangannya. Waktu telah pun menunjukkan pukul 2 petang. Lama betul Kaysa pengsan. Sejak dari pukul 9.30 pagi tadi. Agak-agaknya, mesti gadis itu sudah kelaparan kan? Maklumlah, perut tak berisi dari pagi.
Matanya kembali terarah ke arah Kaysa yang masih lagi tersedu-sedu dalam dakapan Dora. Erm. Kalau nak bawa pergi makan, macam tak okey. Sembab ya amat muka gadis itu. Nanti, tak pasal pula dicop baru lepas buatkan anak dara orang menangis.
'Ah, aku masak jelah.' Adwan bangun dari kerusi lalu menuju ke pantri.
Ruangan markas mereka berbentuk lapang tanpa bilik kecuali bilik air dan tandas. Di situ, hanya ada satu set sofa, peti ais, pantri dan meja-meja yang digunakan untuk meletakkan komputer dan segala jenis alat pengintipan.
Macam mana kalau salah seorang daripada mereka nak rehat? Untuk itu, mereka boleh balik ke apartment masing-masing yang terletak di bangunan sebelah.
Kalau tak larat nak balik, mereka boleh berbaring di ruangan kecil yang dipisahkan dengan tirai, iaitu tempat Kaysa sedang berehat sekarang. Tempat itu jugalah mereka gunakan untuk bersolat.
"Tapi, aku nak masak apa?" Adwan membuka laci kabinet lalu mengeluarkan satu set periuk mini elektrik.
"Bubur nasi?" Dia mengerutkan dahi. Kemudian, menggeleng perlahan. Ditolaknya jauh-jauh cadangan tersebut dek pada hematnya, Kaysa tak makan makanan jenis tu.
YOU ARE READING
HEY, YOU MR. VET!
RomancePertemuan mereka bukanlah indah seperti dalam drama tetapi bukanlah tidak manis seperti dalam cerita dongeng. Adwan Haffaz dan Kaysa Bussaina, kedua-dua manusia itu dipertemukan atas dasar tugas sulit bertanda '00-X'. Dalam meniti tugasan yang penuh...