"Uyoo... mantul," puji Kaysa kepada Adwan.
"Diamlah, anak cheetah. Pergi buat kerja kau," balas Adwan.
Percakapannya dengan Kaysa di talian segera diputuskan. Mantul, singkatan daripada kata "mantap betul" diberikan oleh Kaysa kepadanya apabila dalam masa lima minit, semua pekerja berdesup masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Encik Deris pula kelihatan bermandi peluh dek berkejar ke sana ke mari demi memastikan dirinya tak dibuang kerja. Orang tua itu sekarang sedang mengelap peluh di dahi, leher dan muka. Cermin matanya juga dilap bagi membuang wap air.
"Aku tak nak cakap banyak. Buang semua formaliti, aku cuma nak bagi sepatah dua kata." Adwan memulakan ucapan pertamanya dengan sehabis ringkas.
"First, bermula esok, semua orang wajib masuk kerja sebelum pukul 8 pagi. Siapa lambat walaupun satu saat tanpa alasan munasabah, bersiap sedia untuk dipecat." Adwan menarik senyuman sinis melihatkan wajah kelat beberapa orang pekerja. Jenis suka masuk lambatlah tu!
"Esok juga, semua orang mesti tinggalkan bangunan pejabat ni sebelum pukul 5.30 petang. Pukul 5 petang tu, semua orang wajib punch card keluar," sambungnya pula.
Matanya dikerling lagi ke arah para pekerja. Jelas di matanya, beberapa orang pekerja kelihatan menarik nafas kelegaan dengan suruhan tersebut. Nampak cerah saja raut wajah mereka. Melihatkan itu, Adwan menunduk ke bawah. Senyuman manisnya disembunyikan.
"Esok juga, aku akan laksanakan polisi jarak satu meter. Sama juga dengan no flirting policies. Senang kata, lelaki dan perempuan tak dibenarkan bercinta pada waktu pejabat," ujar Adwan lagi.
"Kau orang juga kena tahu satu benda. Aku, Zafran Dylan memang tegas dengan peraturan. Harap kau orang patuh dengan peraturan syarikat. Setiap kesalahan akan menyebabkan kau orang dibuang kerja. Ingat." Adwan bangun dari kerusi lalu memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek seluar.
"Haris, Goten, ikut aku." Dia memberi isyarat kepada Malakat dan Waiz agar keluar dari situ.
Arahan tersebut segera dipatuhi. Tanpa sepatah kata, Malakat dan Waiz turut sama bangun dari kerusi lalu bergegas menuruti langkah ketua mereka ke pejabat CEO. Suara-suara gamat para pekerja membincangkan perkara tergempar yang diberitahu oleh Adwan dibiarkan sepi.
*****
"Kejamnya kau, Master. No flirting policies? Jarak satu meter? Fuh..."
Kaysa mengambil tempat di sebelah Adwan lalu memberi komen selamba. Mulutnya tak lepas daripada mengunyah gula-gula getah. Sempat juga gula-gula getah itu ditiup sehingga menggelembung lalu dibiarkan meletup sebelum kembali dikunyah.
"Siapa suruh kau duduk sini?" Adwan menolak kerusi Kaysa menjauhinya. Dekat sangatlah Kaysa oii... berdebar jantungnya.
Sekaranh, dia sedang sibuk meneliti fail peraturan syarikat, fail kewangan dan segala jenis fail penting berkaitan. Tak sempat membacanya dengan teliti di pejabat tadi, dia membawanya fail-fail tersebut balik ke markas. Di bilik mesyuarat mereka.
"Saja nak kacau Master. Hehehe," gelak Kaysa.
Sumpah dia suka melihat Adwan ketika serius bekerja. Tadi, dia tak berpeluang pun nak tengok jejaka itu membuat kemunculan epik macam dalam drama ketika CEO masuk ke bangunan syarikat dengan disambut oleh semua pekerja. Lalu, memperkenalkan diri. Ah, mesti cool, kan?
Ini semua salah Adwanlah yang suruh dia menyelinap masuk ke dalam pejabat Encik Deris dan mencari segala klu yang boleh mensabitkan orang tua itu dengan aktiviti haram. Jadi, nak tak nak, dia kena akur dengan suruhan itu.
YOU ARE READING
HEY, YOU MR. VET!
RomancePertemuan mereka bukanlah indah seperti dalam drama tetapi bukanlah tidak manis seperti dalam cerita dongeng. Adwan Haffaz dan Kaysa Bussaina, kedua-dua manusia itu dipertemukan atas dasar tugas sulit bertanda '00-X'. Dalam meniti tugasan yang penuh...