"Apa lagi yang kau orang tunggu lagi tu Cu? Bantai saja malaun-malaun tak guna ini!" jerit Toh Puan Zainab sambil menumbuk-numbuk penyerang yang memegangnya.
"Kau diamlah orang tua!" bentak si penyerang lalu menampar pipi Toh Puan Zainab sekuat hatinya.
Pang!
Pur!
Tersembur air liur Toh Puan Zainab akibat ditampar keras sedemikian rupa sehingga terkeluar berserta dengan air liurnya gula-gula berperisa oren yang dikemam sejak tadi. Malang bagi si penyerang apabila air liur si nenek itu terus terpercik mengena mukanya dan malang juga bagi si nenek apabila gigi palsunya turut terpelanting nun jauh di sudut lantai.
Pup!
"Mama, apa tu?" Sayup-sayup kedengaran suara kanak-kanak bertanya kepada ibunya apa benda yang nampak berwarna pink tetapi berwarna putih bergerigi di hadapan seperti pagar.
"Itu gigi palsu, sayang. Jangan pergi dekat situ, mari sini." Kedengaran pula suara seorang wanita berserta dengan derapan langkah larian mendapatkan anaknya yang berada hampir di lokasi merbahaya sekarang.
"Giwkwisk..." Toh Puan Zainab ingin bertutur tetapi mulutnya tanpa gigi sangatlah sukar menghasilkan perkataan.
Pang!
Toh Puan Zainab ditampar sekali lagi dan tidak cukup dengan itu, rantai, gelang, anting-anting dan cincin emas yang dipakainya turut dirembat oleh si penyerang. Wanita tua itu menangis-nangis barang kemasnya dikebas licin, tetapi hatinya berasa lagi sakit apabila 'cucu-cucunya' bagaikan relaks sahaja tidak mempedulikannya!
Melihatkan situasi itu, Adwan hanya tersenyum senget. Bagus orang tua, menangislah lagi sampai puas. Kaysa dan Waiz di hadapannya itu kemudian dipandang sekilas sebelum dengan lirikan mata dalam kiraan tiga, dia bersiul panjang sebagai isyarat kepada Kaysa supaya memberi laluan kepada Waiz untuk terlebih dahulu memulakan serangan.
Cup. Cup.
Waiz yang berada di belakang kedua-dua orang penyerang itu terus mencucuk pinggang mereka lalu dengan selamba tersengih panjang apabila kedua-duanya berpaling kepadanya dengan raut wajah bersinar bengang. Apa halnya ini main cucuk-cucuk pinggang orang? Tidak ada kerja ke?
"Cheetah!" jerit Waiz lantang lalu dengan senyuman sinis ditarik, dia mencengkam rambut kedua-dua kepala si penyerang lalu memghantukkannya sesama sendiri.
Kuk!
Kedua-dua orang penyerang itu serta merta termengaduh apabila kepala mereka saling berhantukan tetapi belum pun sempat pening-pening lalat mereka hilang, Kaysa terlebih dahulu berlari kencang ke arah mereka lalu menghadiahkan horizontal flying kick kepada penyerang di sebelah kanan dan tornado flying kick kepada penyerang sebelah kiri Toh Puan Zainab.
Hiagrh!
Kedua-dua orang penyerang yang berada di kiri dan kanan Toh Puan Zainab serta merta tumbang akibat terkena sepakan berbisa daripada seorang gadis tinggi lampai yang menggunakan gelaran Cheetah secara rasmi pada hari ini.
Bum!
"Shining... Impact! Oh yeah..." jerit Waiz sambil terlompat-lompat. Suka betul hatinya apabila melihat Kaysa mempersembahkan teknik sepakan layang horizontal sama seperti teknik yang digunakan oleh Aruto Hiden, iaitu Kamen Rider Zero-One yang dinamakan Shining Impact.
YOU ARE READING
HEY, YOU MR. VET!
RomancePertemuan mereka bukanlah indah seperti dalam drama tetapi bukanlah tidak manis seperti dalam cerita dongeng. Adwan Haffaz dan Kaysa Bussaina, kedua-dua manusia itu dipertemukan atas dasar tugas sulit bertanda '00-X'. Dalam meniti tugasan yang penuh...