Bab 2

1.9K 257 323
                                    

Adwan mengangkat muka memandang si gadis apabila perkataan yang terasa asing singgah di pendengarannya. Dalam hidupnya, inilah kali pertama dia mendengar perkataan seaneh itu dilontarkan terus ke dasar pendengaran seterusnya terus terpahat kukuh di kotak memorinya. Biasalah, benda yang pelik itulah lagi mudah diingat, lagi dilarang lagi dibuat.

"Bus? Bus apa? Bus stop ke?" tanya Adwan sambil mengerutkan dahi. Dia dengar dan ingat saja gadis di depannya ini menyebut nama penuhnya ialah Kaysa Bussaina, tetapi entah kenapa hatinya tercuit untuk mengusik.

Kaysa hanya menarik senyuman manis apabila mendengar dirinya dipanggil bus stop. Ya, dia tidak hairan akan panggilan itu kerana dia sudah lali orang menggelarnya bus stop. Sebut sahaja perkataan Bussaina, bermacam-macam gelaran terus diterimanya. Dalam bibirnya tersenyum, mata helangnya terlebih dahulu dapat menangkap senyuman sinis di hujung bibir penanya iaitu jejaka si pemilik klinik. Oh, sengaja kan nak kenakan dia? Dalam diam, dia juga turut menarik senyuman sinis dan bersedia untuk membuat serangan balas.

"Bussaina, Mr. Abang Handsome!" betul Kaysa sambil tersenyum tetapi kali ini disertai dengan sengihan.

'Rileks Kaysa, selama ini pun kau tidak ambil kisah pun dengan apa yang orang gelarkan kau? Kalau orang mengata, kau balas balik dengan ayat 'lembut' kau tu. Kau adalah kau, kau adalah the most badass girl dalam team Satria Hitam Junior!' Kaysa memujuk dirinya sendiri.

'Astaghfirullahalazim...' istighfar Adwan di dalam hati.

Adwan hanya menarik senyuman senget di dalam hati apabila mendengar si gadis memanggilnya Mr. Abang Handsome. Wah, gadis ini sangat berani. Sudahlah berani merempuh pintu masuk kliniknya dengan superbike, kini belum apa-apa hal sudah berani memanggilnya Mr. Abang Handsome? Gadis ini pun sama mental dengan si nenek tadi!

"Ah, tak kisahlah nama kau Kaysa ke Bus Stop ke apa ke, sekarang ni aku nak kau ganti rugi segala kerosakan yang kau dah buat pada klinik aku ni," ujar Adwan sambil menghulurkan sekeping kertas yang dicarik dari buku notanya. Entah bila dia menulis, dia pun tidak perasan.

Kaysa menyambut huluran kertas kecil itu dengan senang hati lalu melihat amaun yang tertulis. Dia ingat si pemilik klinik ni akan mengamuk tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Okey, jejaka ini sudahlah handsome, punya kesabaran yang tinggi pula tu. Nice! Stok suami mithali ni. Setelah memerhatikan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar, seketika dia terdiam lalu mengangguk kecil sambil bibir merahnya tidak berhenti-henti tersenyum. Alah, RM 10,000 saja, tidak ada masalah pun. Semuanya boleh diselesaikan dalam satu petikan jari je!

Melihat kepada reaksi si gadis, Adwan bersiul di dalam hati. Wow, amazing! Dia sebenarnya sengaja mahu mengenakan gadis itu kerana mahu melihat sejauh mana si gadis itu boleh bertahan. Berani sangat kan? Sejujurnya, bukannya sampai sebanyak itu pun kos untuk membaik pulih kliniknya. Dalam diam, dia meneliti sekali lagi keadaan luaran si gadis. Hei, bukan Dr. Adwan Haffaz la kalau mata 'scan'nya itu tidak memerhatikan target dengan sepenuh fokus dan terperinci. Dia kan juruanalisis taktik yang terbaik dalam kumpulannya jadi sekecil-kecil benda pun dia boleh nampak.

Kaysa Bussaina. Namanya cantik secantik tuannya tetapi sayang, perangainya sekarang tidaklah seindah maksud namanya. Kaysa bererti berani, okey ini betul-betul kena dengan perwatakannya yang betul-betul berani menjahanamkan kliniknya lepas tu selamba badak pula memanggilnya dengan gelaran tidak sepatutnya. Mr. Abang Handsome, apa kes? Dalam ramai-ramai anggota bawahannya, tiada seorang pun yang berani memanggilnya dengan gelaran itu walaupun dia terkenal dengan handsome tetapi si Kaysa? Hmm... menarik betul personaliti seorang gadis ganas ini.

Perkataan Bussaina pula bermaksud cantik menarik. Ya, dia mengakui yang gadis tinggi lampai berjaket kulit berwarna hitam dan dipadankan dengan seluar kulit sendat yang juga berwarna hitam itu sangat cantik orangnya. Mukanya iras-iras campuran Mat Saleh dengan hidung mancung elok terletak dan bibirnya merah semula jadi. Tetapi itulah sayangnya, gadis itu tidak bertudung dan rambutnya dibiarkan lepas bebas. Kaysa ni tidak ada ibu bapa ke untuk mengajarnya supaya menutup aurat dengan sempurna? Kalau tidak ada, gadis ini sangat kasihan orangnya. Semoga Kaysa beroleh hidayah untuk menutup aurat dan suaminya kelak boleh membimbingnya ke arah Islam yang sempurna. Itu doanya buat si gadis gangster bernama Kaysa Bussaina.

HEY, YOU MR. VET!Where stories live. Discover now