Bab 7 [2]

1.3K 228 139
                                    

"Panasnya..." Keluh satu suara.

Keluhan berupa gumaman serta rintihan kecil menyapa deria pendengaran Waiz yang sedang menggantungkan botol iv drip di rod besi. Sepantas kilat, dia berpaling kepada Adwan yang mula menunjukkan tanda sedar.

"Pak cik..." seru Waiz lalu tanpa amaran, dia memeluk kejap badan Adwan.

Menggigil badannya menahan ketakutan maha dahsyat yang menimpanya tadi. Dia tanpa Adwan ibarat patah sebelah kaki. Jiwanya rapuh, fizikalnya lumpuh. Tolonglah, dia tidak sanggup kehilangan ayah saudaranya!

"Waiz... uhuk! Uhuk! Panas..." adu Adwan lemah. Sesekali, batuk keras keluar dari mulutnya.

"Ya, Waiz tahu. Pak cik bertahanlah. Abang Awraq, Abang Malakat dan Kak Erina sedang usahakan antidot terbaru," beritahu Waiz lalu melepaskan pelukannya pada Adwan.

Kulit merah menyala, muka pucat tidak berdarah, mata kuyu dan bibir kering serta pecah-pecah. Antidot yang disuntik ke dalam badan Adwan tadi tidak sepenuhnya berkesan namun mampu menyelamatkan nyawa sementara menanti antidot terbaru diproses.

Mereka semua kini berada di ruangan rahsia klinik veterinar. Dengan kehadiran Dr. Farah Zahira yang kebetulan memulakan kerjanya hari ini, kerja mereka menjadi lebih mudah dan urusan merawat haiwan yang sakit diserahkan kepada doktor tersebut sahaja.

Kreak...

Pintu bilik yang menempatkan Adwan dibuka dari luar. Kehadiran Malakat berserta Erina di dalam bilik tersebut sedikit sebanyak melegakan hati Waiz yang kelelahan menanggung risau.

"Master sudah sedar?" soal Malakat kepada Waiz yang memandangnya dengan penuh pengharapan.

"Sudah. Tapi tetap seperti tadi, kepanasan. Waiz dah turunkan suhu aircond kepada paling minima, tetapi nampaknya seperti tidak berkesan," beritahu Waiz dengan nada berbisik.

Adwan yang terlantar lemah di atas katil dipandang pilu. Ini kalau datuk dan neneknya melihat keadaan anak teruna mereka, sudah pastilah kedua-duanya berwalang hati. Adwan sahaja anak yang mereka ada sekarang.

"Okey aku faham. Erina, sini," panggil Malakat kepada teman wanitanya, Erina.

Tanpa sepatah kata, Erina si jururawat sekali gus merangkap pakar racun organisasi mereka terus sahaja menapak tenang ke arah Malakat. Di tangannya sudah tersedia antidot yang diusahakannya bersama Guna dan Malakat tadi. Harap-harapnya, berhasillah.

"Waiz, tolong keluar," arah Malakat tenang.

"Tapi, kenapa?" Waiz tidak bersetuju.

Tangan ayah saudaranya yang panas berbahang dipegang erat, menunjukkan betapa tidak relanya dia meninggalkan jejaka itu walau sedetik. Tak mungkin, tak nak!

Melihat tindakan Waiz, Malakat menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana nak cakap ya? Waiz ini cengeng orangnya. Kalau dia melihat keadaan Adwan sekejap lagi, macam mana agaknya? Banjir tak klinik ini?

"Abang Malakat, Waiz janji yang Waiz takkan menangis!" Dengan gaya mengangkat sumpah, Waiz berikrar di depan Malakat dan Erina. Wajahnya betul-betul serius.

"Okeylah kalau itu yang Waiz nak..." Malakat akhirnya mengalah. Dengan isyarat mata, dia menyuruh Erina memulakan kerja.

******

"Waiz," tegur Awraq seraya menghulurkan sebotol air mineral sejuk kepada Waiz yang sedang memeluk lutut di atas kerusi.

Keadaan Waiz nampak teruk dan sememeh. Dengan sisa air mata di pipi dan hinggutan bahu seakan-akan tidak mahu melepaskannya dari membelenggu diri, Waiz sememangnya seperti kanak-kanak kecil yang sedang meratap hiba.

HEY, YOU MR. VET!Where stories live. Discover now