Dark promise
Ep 2
Ding dong!ding dong!ray mengetuk pintu rumah ji hyo beberapa kali.Dia melihat sekeliling sambil mengerutkan mukanya.kawasan perumahan di situ agak sunyi seperti tiada orang
Ray:bukalah,ji hyo.buka..
Kemudian dia mula memalingkan kepalanya ke belakang sekilas.dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat ji hyo yang sedang berdiri di belakangnya sambil rambut panjang milik gadis itu sudah menutupi seluruh wajah.
Ji hyo:surprise!
Ray:ya tuhan!hish,kenapa dengan kau ni,ji?kau buat aku terkejut jelah siang siang macam ni.berhenti buat macam tu.by the way,suzy ada bagitau aku pasal semalam.jadi,kau nampak aku..
Ji hyo:nampak.haah nampak...tapi aku nak mintak maaf.aku tak sempat nak bagi hadiah bunga ros dekat kau semalam.aku cadang nak bagi harini.tapi dah layu..so sad..
Ji hyo membuat mimik muka sedih sambil matanya memandang tajam ke arah lelaki itu.ray sudah menelan air liur dan mula berasa pelik dengan sikap gadis itu
Ray:aku tak nak berdalih lagi dengan kau.biar aku terus terang pasal semalam.sebenarnya..aku dah tak boleh nak teruskan dengan hubungan kita.aku harap kau faham
Ray mengeluh lalu beredar dari situ.lelaki itu malas mahu berborak panjang dan meninggalkan ji hyo begitu sahaja.kelihatan gadis itu meletakkan kedua dua tangannya di dalam poket baju hoodienya dan memandang tajam ke arah ray yang sedang berlalu pergi.ji hyo mengangkat kening kirinya sambil mengukirkan senyuman senget.kemudian dia menepuk tangan dengan kuat sambil tergelak sakan
Ji hyo:aku suka permainan ni.
_______________•_____________
Taman tema air,zoo mini safari dan villa warna warni seperti taman fantasi.ketiga tiga lokasi inilah tempat dimana sehun bekerja.kadang kala,dia akan berkerja di salah satu tempat itu.namun,dia sering menghabiskan masa di zoo mini untuk merawat haiwan.
Di kandang golden snub yang merupakan spesies monyet berhidung emas.sehun membuat bunyi tanda memanggil haiwan kecil itu
Sehun:hei buddy.dah tiba masa untuk makan.
Kelihatan sekumpulan monyet berhidung emas itu datang kepadanya sambil menyengih dan menunjukkan gigi taring kecil.ada juga yang sedang menarik narik tangan sehun
Sehun:hei,hold on..jangan gelabah.aku bagi sama rata.nanti jangan nak menyeringai gigi dekat aku kalau tak cukup
Dia memberikan buah buahan yang banyak pada haiwan haiwan itu.sesekali dia cuba dukung anak monyet yang sedang aktif bermain sambil ketawa kecil.
________________•________________
Irene mengemas beg bajunya dengan pantas dan kedengaran bunyi deringan telefon dari poket seluarnya.dia terus mengangkat panggilan sambil mengukirkan senyuman
Irene:ray,awak dah bersiap ke? Saya dah kemas barang ni.tapi kita nak pergi bercuti dekat mana?nak tau tak,semalaman saya fikir pasal ni.you know..what if ji hyo dah tau pasal hubungan kita?
Ray:awak jangan risau.saya baru balik dari berjumpa dengan ji hyo.dan..saya dah explain dekat dia kesemuanya.tak kisahlah dia nak meroyan ke apa.yang penting,saya dengan dia dah takde apa apa lagi
Irene mengukirkan senyuman.setelah itu dia menutup panggilan lalu menyambung mengemas bajunya.tiba tiba dia mula mengerutkan kening dan terasa ada sesuatu yang aneh.hidungnya terasa agak panas dan kelihatan darah pekat mula mengalir dari hidungnya.kepalanya terasa agak pening
Irene:kepala aku..
Matanya agak pinar dan kabur.Dia mula membulatkan mata apabila ternampak bayangan ji hyo yang sedang merenungnya tajam dengan kepala yang ditelengkan sedikit.kemudian,kedengaran bunyi jeritan yang agak kuat dan bergema dari dalam bilik irene.
Bersambung
YOU ARE READING
Dark Promise
Mystery / Thrillerwatak utama:Song Ji Hyo dan Oh Sehun Song ji hyo seorang gadis yang misteri dan sering mengukirkan senyuman yang "creepy".sifatnya itu bermula selepas mengetahui teman lelakinya curang dan dia mula mempermainkan lelaki itu sehingga membuatkan teman...