Balasan mulut berbau bangkai

72 10 4
                                    

Dark promise

Ep 6

Kereta diberhentikan di perkarangan rumah ji hyo.suzy yang mengenakan kaca mata hitam terus membuka separuh tingkap kereta.sesekali kedengaran bunyi kicauan burung merpati yang sedang bertenggek di pagar rumah.beberapa minit kemudian,barulah terpacak kelibat rakannya yang sedang bergegas masuk ke dalam kereta

Ji hyo:uii!lama dah kau tunggu?maaflah,adik aku tak berapa sihat harini.jadi aku nak pastikan dia makan ubat dulu sebelum pergi kerja

Suzy:no problem!

Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit.setelah sampai,suzy melihat sekeliling lalu menepuk bahu rakannya

Suzy:macam mana hari pertama kau kerja semalam?semuanya baik baik?ahah!nanti kalau ada masa,bolehlah aku menginap dekat villa atas bukit tu

Ji hyo kekal mendiamkan diri dan melihat dua orang pekerja yang sedang menjaga kaunter tiket.tangannya disilang lalu menyandarkan belakangnya di tempat seat.suzy mula mengerutkan kening dan memetik jari di hadapan wajahnya.

Suzy:ji hyo,aku tanya kau ni.emm never mind,kita dah sampai.so,sampai bila kau nak bertapa dalam kereta aku ni.nanti kalau lambat,jangan salahkan aku pula

Baru sahaja dia ingin turun dari kereta,suzy sempat mencuit bahunya.kepalanya dipalingkan sedikit dan keningnya berkerut.

Suzy:kau...betul betul ok ke kerja dekat sini?kalau tak ok,aku boleh je carikan kau kerja lain.lagipun..

Ji hyo menarik nafas dalam dalam dan mengangguk perlahan,

Ji hyo:aku ok.kau jangan risau.aku pergi dulu.kalau aku balik lewat harini,kau tak perlu tunggu aku.

________________•_________________

Enjin motor dimatikan.cermin sisi motor dijeling sekilas.Topi kaledar ditanggalkan lalu digantikan dengan topi hitam miliknya.dia menggalas begnya yang berisi makanan haiwan lalu matanya mencari seseorang.kemudian,dia melihat seorang gadis berambut coklat sedang berjalan keluar dari tandas.

"Hei!"

Gadis itu berpaling lalu berjalan ke arahnya.dia memegang belakang leher sesaat lalu mengambil kunci dari poket seluar.

Sehun:kau mesti pekerja baru kan?maaf pasal semalam sebabnya masing masing tengah kelam kabut.kau mungkin masih tak tau lagi kawasan kawasan sini.mari!aku bawa kau keliling safari

"Aku ji hyo.kau?"

Dia menghulurkan tangan ke arah lelaki itu.mahu saja dia uji adakah lelaki di hadapannya ini sama seperti joe yang menjengkelkan itu?sehun memandangnya dengan pandangan redup.

Sehun:kenapa dengan tangan kau?teruk sangat ke luka tu sampai berbalut panjang?

Senyuman yang terukir di bibir terus menghilang.kepalanya disengetkan sedikit dan melihat lelaki itu dari atas hingga bawah.

Sehun:kau...ok?

Sehun menelan air liur apabila gadis di hadapannya itu memandang tajam ke arahnya dengan lama.takkan disebabkan dia tidak menyambut salam dari gadis itu,dirinya dipersalahkan?zapp!!tangan gadis itu hampir hampir ingin menampar wajahnya.matanya tertutup rapat kerana terkejut dengan tindakan gadis itu

Kelihatan ji hyo memegang kunci yang sehun pegang tadi dan ditunjukkan di hadapan wajah lelaki itu.dia mengangkat kening apabila melihat reaksi sehun

Ji hyo:kunci ni...kunci kenderaan yang akan bawa kita ronda keliling safari bukan?tunggu apa lagi,jom!

Sehun:kunci ni...macam mana boleh ada pada kau?bukan ke...

Ji hyo:Dunia ini penuh dengan perkara ajaib,cuma kita je kena peka dengan sekeliling.

________________•_______________

Semasa rehat,ji hyo membeli air minuman kotak dan duduk di bangku berdekatan.baru sahaja dia ingin meneguk air minuman,bahunya ditolak oleh seseorang

"Hi!budak baru ya?aku dian.penjaga kaunter hadapan.aku rasa kita ada terserempak sebelum ni.tapi aku tak berani nak tegur sebab wajah kau nampak dingin pagi tadi."

"Ji hyo"balasnya singkat.dia memberikan gadis itu ruang sedikit supaya mereka dapat duduk berdua.

Dian:kau nampak lelaki yang masih sibuk beri makanan dekat monyet kecil tu?

Ji hyo mengangguk lalu tangannya menongkat dagu.air minuman diteguk sekilas dan matanya memandang ke arah sehun yang masih ralik membuat kerja sedangkan sekarang sudah waktu rehat

Dian:nama dia sehun.satu satunya pekerja kesayangan encik Zee.mesti dia tak berapa nak bertegur kau tadi kan?sebab dia suka menyendiri.

Ji hyo:I see

Dia mengecilkan matanya seolah olah membuat spekulasi sendiri.tiba tiba datang seorang gadis yang mengenakan gincu merah dan terus menarik telinga dian

Dian:kak rean!!apa ni,sakitlah.kenapa tiba tiba tarik telinga orang sesuka hati ni?kalau akak nak marah sebab dian makan gaji buta,dian dah selesai lah kerja tadi..

Rean:aku tak marah disebabkan tu!yang aku marah sekarang ni,budak baru ni.masa rehat dia dah habis.apa lagi tercegat di sini?sekejap lagi ada pertunjukan circus.dewan utama dah siap hias ke belum?!

Rean memandang tajam ke arah ji hyo.ji hyo tidak peduli dan memandang ke arah sehun.rean mendengus geram kerana kata katanya tidak diendahkan.baru sahaja dia ingin menarik telinga ji hyo,

Ji hyo:apa akak kata tadi?

Rean:kau baru sehari dua kerja dekat sini.jangan nak buat onar pula.ingat aku tak tau pasal kes joe semalam?lagi satu,aku tengok bukan main kau pandang si sehun tu.kenapa?kau syok dekat dia ke?

Ji hyo menyilangkan tangannya dan masih memandang lelaki itu.

Ji hyo:kenapa kalau ya?

Rean:tak perlulah kau syok dengan orang macam tu.kalau kau nak tau,lelaki tu kuat bodek bos.sebabtu gaji dia lagi triple dari kami.dahlah sombong,tengoklah tu.tak habis habis nak tunjuk rajin.dah tau waktu rehat,tak perlulah nak berkerja keras sangat.

Tangan ji hyo menanggalkan nametag di bajunya.jarum tajam itu ditenung tajam dan ketawa kecil mula kedengaran.jarum itu dimain mainkan di persekitaran wajah rean.

Rean:apa..apa kau buat ni?

Wajah rean sudah seram sejuk.dia membulatkan mata apabila ji hyo mengukirkan senyuman senget

Ji hyo:agak agaknya bahagian mana yang perlu saya koyakkan?oh,mungkin di bibir!takpe,kak jangan risau.lepas saya koyakkan bibir akak nanti,saya boleh tolong jahitkan

Rean berdiri kaku.dian memegang tangan rean kerana dirinya juga ketakutan.dia saja ingin menakutkan mereka berdua.beberapa saat,rean dan dian terus berlari meninggalkannya

Sekarang tinggal dia seorang diri.jarum di tangan terus dihiriskan dilidahnya sehingga mengeluarkan darah pekat.wajahnya mula muram sambil mengesat darahnya yang mula menitik sehingga ke dagu

Ji hyo:manusia yang mulut bangkai,tak layak ada dalam dunia ni

Bersambung

Dark PromiseWhere stories live. Discover now