Dark promise
Ep 7
Sehun mengerutkan kening sambil melihat dua orang pekerja disitu lari bertempiaran seakan akan tidak cukup tanah.sesekali dia melihat gadis bernama ji hyo yang kekal duduk di bangku sambil merenungnya.keningnya berkerut tanda tidak selesa diperhati sebegitu.baru sahaja dia ingin menyambung kerja,kelibat gadis itu tiba tiba berada di hadapannya.woah!!makanan haiwan yang dipegang terus tercampak sehingga terkena kasut coklat milik ji hyo.
Gadis itu mengelip ngelipkan matanya tanda hairan.sehun menghela nafas lega sehingga jantungnya berdegup kencang akibat terkejut.kemudian,dia melihat gadis itu yang ingin menyentuh rambutnya,
Sehun:tunggu?!apa...apa kau nak buat ni?
Ji hyo mengangkat kening kirinya sambil tersengih melihat reaksi lelaki itu.bulu burung di atas kepala lelaki itu diambil dan dilemparkan dihadapan wajah sehun.kelihatan bulu itu melayang sehingga jatuh di atas tanah.
Ji hyo:tenang.aku bukan vampire yang tiba tiba muncul dan terus gigit leher kau sampai berdarah!
Sehun menghela nafas lega lalu mengibas bajunya yang terkena makanan haiwan.
Sehun:takde masa nak mainlah.tu..kau nampak troli kayu tu?dekat dalam tu ada daging segar.tolong aku bagi makan cheetah
Gadis itu menggelengkan kepala lalu memandang Sehun,
Ji hyo:tak mungkin...
Gadis itu terdiam.Troli kayu dibawa sehingga ke depan kandang.sehun mengalihkan topi hitamnya ke belakang.lengan bajunya disinsing sedikit.
Sehun:ok,aku bagi kau cuba dulu..
Dia menghulurkan daging ke arah ji hyo tanda menyuruhnya campak ke dalam kandang haiwan karnivor itu.
Ji hyo:campak?
Sempat matanya meneliti daging itu dan membaunya.sehun sudah hairan melihat tingkah laku gadis itu lalu menepuk lengannya,
Sehun:hei kau buat apa ni?yang kau duk tenung daging tu macam nak makan dah kenapa?weird..
Ji hyo sempat menjeling sambil melihat wajah sehun yang berkerut.dia terus mencampak daging itu namun benda alah itu tersekat betul betul di hadapan luar kandang sementara haiwan cheetah itu sedang rakus menghulurkan cakarnya untuk mengambil daging,
Ji hyo:woah!
Langkahnya kebelakang,
Sehun:ji hyo!haih kau patut campak kuat sikit.ketepi,bahaya kalau kau hulur tangan macam tu je.takpe,biar aku ambil balik daging tu..
Ji hyo:nanti!
Baru sahaja sehun ingin mengambil daging itu dengan cepat,namun haiwan ganas itu sempat mencakar tangannya.ji hyo membulatkan mata dan menarik lengan sehun.kelihatan lelaki itu menahan sakit sambil tangannya berlumuran darah,
Ji hyo memegang darah pekat pada tangan sehun dan kemudian dia berdiri dan menghampiri kandang itu.matanya memandang tajam ke arah cheetah itu dengan lama.
"Sehun!"teriak Zee yang merupakan pemilik Zoo disitu
Kemudian mereka meninggalkan kawasan itu tanpa menyedari bahawa cheetah yang mencakar Sehun tadi membuat bunyi halus dan mula menundukkan kepalanya selepas Ji hyo memandangnya dengan wajah yang sangat marah.
______________•_______________
Minuman wain diteguk laju sehingga habis.botol kaca itu dibaling ke cermin sehingga pecah.kepala terasa berat dan tubuhnya mula terhuyung hayang.ergh!!
"Ray?ray!"
Ray:argh!!pergilah kau dari hidup aku!apa lagi yang kau tak puas hati hah?!please lah,aku betul betul dah tak tahan!!
"Ray?ray?ni saya lah.kenapa awak tiba tiba meracau tak tentu pasal ni?senja senja pun masih minum air ni lagi?hei,kenapa dengan awak ni?"
Matanya agak kabur ketika itu.terlihat seorang gadis di hadapannya yang sedang memegang kedua dua tangannya.irene?
Ray:ergh,kepala saya sakit!ma..maaf...saya ingatkan awak..
Irene:awak fikir saya ni perempuan malapetaka tu?ergh..saya tak tau kenapa tapi perempuan tu...sampai sekarang muncul dalam mimpi saya dan setiap kali dia muncul,takde apa yang baik pun.semuanya ngeri!
Ray:tak mungkin.boleh tak awak jangan merepek?mungkin ni semua hanya ilusi yang mengarut.dah berapa bulan saya tak jumpa dia.kalau dia masih tak puas hati,boleh je dia datang jumpa kita
Irene mengeluh lalu tangannya bercekak pinggang.jelas wajah ray yang agak kusut dengan rambutnya yang tidak terurus
Irene:ray,kenapa awak tak warning dekat saya pasal perangai sebenar bekas teman wanita awak?kalau saya tau benda ni akan jadi,lebih baik saya jauhkan diri dari hidup awak!
Ray:jauhkan diri?apa..apa yang awak merepek ni?jadi awak nak cakap yang awak nak tinggalkan saya macam tu je?
Lelaki itu mula mengenggam penumbuk.irene menggulingkan biji matanya lalu mengeluh,
Irene:diam boleh tak?!sekarang ni,kita takde masa nak salahkan sesiapa!apa yang saya tau,kita dah cari masalah dengan orang yang salah,awak faham tak?!
Wajah ray betul betul kemerahan akibat amarah yang membuak buak.dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.beberapa saat,dia mula menjerit kerana stres yang melampau!
Bersambung
YOU ARE READING
Dark Promise
Misterio / Suspensowatak utama:Song Ji Hyo dan Oh Sehun Song ji hyo seorang gadis yang misteri dan sering mengukirkan senyuman yang "creepy".sifatnya itu bermula selepas mengetahui teman lelakinya curang dan dia mula mempermainkan lelaki itu sehingga membuatkan teman...