Dark promise
Ep 5
Sampul surat yang sedikit kotor itu dilempar di atas meja kecil yang sedikit rapuh.dia baring di atas katil sambil kedua dua tangan mengalas kepalanya agar lebih selesa.kipas siling ditenung lama.mata tertutup perlahan dan wajah ray mula berlegar legar di fikiran dengan wajah yang sedang ketakutan apabila dirinya menjerit nama lelaki itu berkali kali
Senyuman terukir apabila membayangkan hidup lelaki itu merana.krek!pintu bilik dibuka perlahan dan muncul wajah adiknya yang sedang tercegat di muka pintu.dia terus duduk dari posisi baringnya dan terus mengangkat kepala tanda "kenapa?"
Jungwon:akak dah baca surat tu?
Surat di atas meja kecil dipandang sekilas,
Ji hyo:belum.akak baru balik.jadi,belum sempat baca lagi.adik dah makan?
Jungwon memandang darah yang sedang menitik dari tangan akaknya.mukanya berkerut dan dia memang tidak boleh lihat darah.automatik dirinya rasa sakit seperti mana orang itu rasa.dia mengangguk perlahan dan berlalu pergi
Ji hyo memandang adiknya yang semakin hilang dari pandangan.surat itu dicapai lalu dibuka laju.
"Safari dan taman tema air?menarik"
_________________•_________________
Keesokan paginya,dia mula bekerja sebagai penjaga mini zoo.dia sungguh teruja melihat suasana di sana.badannya dipusing 360 darjah melihat haiwan haiwan kecil lalu tiba tiba bertembung dengan seorang lelaki bertopi coklat muda.
Zee:song ji hyo?kamu kan pekerja baru di sini?
Dia mengangguk dan menghulurkan tangan ke arah lelaki berumur lewat 50-an itu.mereka berjabat tangan dan berbalas senyuman
Zee:saya zee.pemilik taman tema air dekat sini.macam yang kamu tau,kerja di sini agak memenatkan juga.kerja tak menentu.kadang kadang,kena jaga taman tema air,kadang kadang kena jaga di safari,takpun kena mengemas bilik di villa atas bukit sana.kami kekurangan pekerja.harap kamu dapat beri kerjasama.
Ji hyo:takpe bos.saya tak kisah pasal semua tu.apa yang saya tau,kerja ni memang impian saya sejak dulu lagi
Zee mengangguk perlahan.kemudian mata lelaki itu mencari seseorang."sehun?!sehun!"teriakannya membuatkan seorang pekerja berlari ke arahnya
Zee:joe,mana sehun?sepatutnya dia tau harini ada pekerja baru.takkan aku nak bentang karpet merah dekat sini baru dia nak muncul?
Joe:bos,sehun tak datang kerja harini.katanya ada emergency.tapi kalau bos nak suruh saya teman gadis ni pergi tengok kawasan safari,saya ok je
Joe memandang ji hyo sambil mengenyitkan mata.wajah ji hyo kekal tanpa reaksi.zee sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal
Zee:aku bukan tak percaya kau,joe.tapi kau tu selalu makan gaji buta.aku suruh sehun sebab aku tau.dia je boleh harap kalau bekerja dekat mini safari ni.bila aku suruh kau kemas bilik bilik di villa,sampai ke petang pun belum selesai kemas 2 bilik.
Joe:bos,apa ni?saya cuma nak senangkan kerja bos je.kalau tak nak,takpe.saya sambung kerja dulu
Zee:sudahlah.tadi kau kata nak tolong dia kan?hah dah,pergi tunjukkan dia kawasan dekat sini dan tugas tugas yang perlu buat.
_______________•________________
Joe:ok,sebelum kita mulakan sesi lawatan kita,apa kata kita berehat dulu dekat pondok kecil sana?mana tau kau penat kan?
Ji hyo tidak menghiraukan kata kata lelaki itu dan berjalan ke hadapan sambil melihat burung burung merak.joe sudah mengelipkan matanya kerana pelik dengan sikap gadis itu.
Joe:heih dia ni...
Baru sahaja dia ingin menarik lengan gadis itu,tangannya mula terasa seperti dipulas dengan kuat dan tulang jarinya terasa ingin patah.argh!!jeritnya dengan kuat.ji hyo memandangnya dengan tajam sambil mengangkat kening
Ji hyo:kenapa?
Dia melangkah setapak ke hadapan dan lelaki itu semakin menjerit ketakutan.joe melangkah ke belakang dengan laju
Joe:tolong jangan apa apakan aku!!
Ji hyo:kenapa joe?tangan kau rasa sakit?takpe biar aku tolong urutkan.sebelum tu,boleh aku pegang tangan kau?
Joe memegang tangannya yang terasa sakit dan agak bahang itu.peluh sudah membasahi dahinya.kaki terasa seperti dikunci dan tidak boleh bergerak
Joe:tolong!!
Jeritan itu mula bergema dnegan kuat sehingga beberapa pengunjung disitu memandang mereka dengan pelik.ji hyo menyengih sehingga menampakkan gigi taringya sedikit.joe terus berlari anak meninggalkan tempat itu.
__________________•___________________
Sehun:hello?joe...ada apa kau call aku ni?kau tau kan aku dekat hospital,mana boleh selalu main telefon
Joe:hun,silap besarlah kau ambil cuti harini.tak pasal pasal aku kena layan gadis psiko pagi tadi!
Sehun:kau ni...tak payah lah nak besar besarkan hal.aku bukan selalu ambil cuti.lagipun kalau boleh aku nak ambil cuti seminggu untuk jaga ayah aku.
Joe:hun,kau dengar sini baik baik.sekarang ni,aku cuma mintak satu je.aku nak kau masuk kerja esok.aku tak kira.mungkin esok aku tak sempat nak jaga safari.banyak lagi kerja aku dekat villa tu
Sehun:hei...janganlah macam ni.habis ayah aku macam mana?aku tak nak bila ayah aku bukak mata nanti,sedar sedar anak dia takde depan mata.joe?joe?!
"Kurang asam!pakai tutup macam tu je.sikit pun tak faham aku.heih"
Bersambung
YOU ARE READING
Dark Promise
Mystery / Thrillerwatak utama:Song Ji Hyo dan Oh Sehun Song ji hyo seorang gadis yang misteri dan sering mengukirkan senyuman yang "creepy".sifatnya itu bermula selepas mengetahui teman lelakinya curang dan dia mula mempermainkan lelaki itu sehingga membuatkan teman...