Dark Promise
Ep 9
"Kegelapan dalam diri aku makin bertambah hari demi hari.Apa..dunia terlampau suram atau aku yang buta untuk nampak kebahagiaan?"-Song Ji Hyo
Dalam perjalanan pulang,aku berjalan perlahan sambil menikmati cuaca yang mendung diiringi bunyi guruh.kasut coklat sudah bertakung dek terkena kelopak air di jalan.kemudian mataku menangkap sebuah kereta hitam yang mula berhenti disebelah.kelihatan seorang lelaki sedang mengenyitkan mata ke arahku dengan senyuman yang tidak lengkang di bibir,
"Hai! Cik gadis jalan sorang je?tak takut ke kena kacau dengan lelaki sewel?ataupun...lelaki psiko?heheheh"sapa lelaki itu sambil mengukirkan senyuman penuh makna.
Lelaki yang bernama Keir mula hairan apabila ji hyo tidak menyahutnya.kemudian,ji hyo mengukirkan senyuman lalu berkata,
Ji hyo:ibu aku kata kalau hujan petanda ada berita buruk.tapi..
Dia melihat air hujan yang mula menitik sedikit demi sedikit.Keir mula keluar dari kereta dan mengangguk laju tanda menunggu ji hyo untuk menghabiskan ayatnya,
Ji hyo:tapi sebaliknya.siapa sangka ada seorang lelaki yang baik hati nak tumpangkan aku pulang.itu niat kau,kan?
Dia sudah ketawa sakan sambil melihat senyuman Keir yang semakin pudar.
Keir:wow!kau memang genius!macam mana kau tau aku ikhlas nak hantarkan kau pulang?ok mari mari!jangan malu malu..
Dia terus membuka pintu kereta sambil memandang ke arah ji hyo.gadis itu sempat menelek di setiap seat kereta dan ternyata memang tiada orang di dalamnya.Keir mula melihat sekeliling dan terus berkata,
Keir:cepat si cantik..
Baru sahaja dia ingin memegang tangan ji hyo,tiba tiba tangannya terasa sakit dan rasa sakit itu seperti tangannya terlipat 180 darjah.
Keir:argh!!apa..apa yang jadi ni?kenapa tiba tiba tangan aku..
Dia melihat ji hyo yang sedang mengukirkan senyuman dan memandangnya tajam.
Ji hyo:hei!tak seronoklah kalau kita naik kereta.nanti sekejap je dah sampai.membosankan!apa kata kalau..
Dia menunjuk ke arah suatu jambatan yang masih terbengkalai.Keir sudah mengerutkan kening,
Keir:kau dah hilang akal ke?terang terang jambatan tu belum siap.kau tak nampak ke besi besi dekat situ?bahayalah!
Ji hyo:sangat..tapi menyeronokkan!mari cabar antara kita.siapa yang jatuh dulu akan kalah!
Keir:apa yang...damn,lupakan.ni bukan apa yang aku fikir.
Baru sahaja dia ingin berlari ke keretanya semula,ji hyo lantas berkata perlahan,
Ji hyo:kau sebenarnya ada niat buruk,betul tak?jadi selepas ni..jangan cuba cuba nak main "game" dengan aku.jangan..pernah..fikir yang kau lagi hebat dari aku,my dear..
Keir terdiam.Dia terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.ji hyo hanya memerhati sambil meneruskan langkahnya untuk pulang.Namun baru beberapa saat,kedengaran bunyi dentuman kuat apabila kereta Keir terlanggar suatu motornya yang sedang melalui jalan yang sama.Ji hyo melihat penunggang motosikal itu terjatuh dan Keir hanya berlalu pergi tanda tidak peduli pada penunggang itu,
Ji hyo:heih..tak memasal nasib malang bertukar pada penunggang ni.tak guna..
Dia berlari dan mendapatkan penunggang motor itu.lelaki itu lantas duduk sambil memegang lengannya yang sakit.
Ji hyo:kau ok?
Alangkahnya terkejutnya dia apabila penunggang itu mula membuka topi kaledar hitam.Rupanya itu adalah sehun!
Ji hyo:not again..
Sehun:kereta tu blah macam tu je?mabuk ke apa?!haih harini memang malang sungguh nasib aku.huh..
Setelah selesai membebel,dia baru perasan kehadiran ji hyo.dia menggaru kepalanya yang tidak gatal dan terus mengangkat motornya yang terjatuh,
Sehun:kau sorang je?boleh tahan berani juga kau ya?bahayalah.buatnya ada perkara buruk jadi dekat kau.aku minta maaf,aku tak bermaksud nak fikir yang bukan bukan.tapi,dunia sekarang memang kejam..
Huh?ji hyo mengerutkan kening dan berfikir sejenak.Kenapa situasi sekarang seperti diputar kembali?baru tadi ada seorang lelaki yang entah datang dari mana tiba tiba menegurnya dan melontarkan ayat yang seakan sama namun..maksud yang berbeza.
Sehun:okay..aku tau kau ni memang..you know,"pelik".hmm lupakan.kau nak pergi mana ni?mari,aku hantarkan kau.tapi aku harap tak jauh dari hospital lah.sebab sekarang aku memang rushing nak ke sana
Ji hyo:hospital?oh ya..memang patut pun kau kesana.untuk cuci luka kau tu.kesan cakar dekat tangan kau tu dah makin terbelah.aku rasa memang kena jahit.kalau tak,makin teruk..
Dia menunjuk tangan sehun yang berdarah semula.belum lagi kesan tergesel di jalan raya akibat terjatuh dari motor.Sehun fikir gadis ini sudah salah faham.niatnya ke hospital untuk melawat ayahnya.tapi rasanya malas mahu explain pada gadis ini,
Sehun:hmm,yah macam tu lah gamaknya.jadi kau nak ke mana?
Ji hyo:pulang.rumah aku dekat atas bukit sana.jauh..jadi lupakan niat kau tu
Sehun:oh..kalau macam tu,takpelah.aku gerak dulu.jangan salah anggap.aku mungkin tak sampai hati nak tinggalkan kau dekat sini,tapi "as you wish"..
Ji hyo:hmm..
Ji hyo mengangguk tanpa membalas.Sehun terus memakai topi kaledar dan meneruskan perjalanan.beberapa minit kemudian.setelah sampai di hospital,dia mula berasa tidak sedap hati dan terus memandang ke belakang.
Sehun:woah!!
Alangkah terkejutnya dia apabila menyedari ji hyo yang sedang membonceng motornya dari tadi.gadis itu hanya menyengih seperti kerang busuk.Sehun terus turun dari motor dan membuka helmet,
Sehun:hei,kau ni dah kenapa huh?!
Ji hyo:kau ke hospital untuk rawat luka kau.semua nasib malang pada kau tu berpunca dari aku.jadi aku rasa aku kena bertanggungjawab.mari!
Sehun:huh?
Dia melihat ji hyo yang terus meluru masuk ke dalam hospital.sehun sudah mengeluh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.beberapa saat,dia mula berjalan perlahan mengikut gadis itu dengan muka yang pasrah,
Sehun:ni kali ke berapa aku cakap dengan orang luar ni?satu dua tiga empat..huh..
Untuk seorang yang introvert dan pendiam,itu bukan perkara yang normal baginya.malah,di tempat kerja juga dia seorang yang susah untuk bergaul.namun kehadiran "pekerja baru" kalini betul betul mengubah dirinya.
Bersambung
YOU ARE READING
Dark Promise
Mystery / Thrillerwatak utama:Song Ji Hyo dan Oh Sehun Song ji hyo seorang gadis yang misteri dan sering mengukirkan senyuman yang "creepy".sifatnya itu bermula selepas mengetahui teman lelakinya curang dan dia mula mempermainkan lelaki itu sehingga membuatkan teman...