Sahabat bertukar musuh!

5 3 2
                                    

Dark Promise

Ep 20

Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi.kelihatan ji hyo baru sampai di mini safari dengan tangannya yang berbalut akibat diserang burung gagak semalam.dan mungkin hanya dia saja yang tau pasal hal itu.kedengaran bunyi bualan yang kurang senang oleh pekerja disitu.
Kelihatan Tuan Zee dengan raut wajah kecewa,

Ji hyo:Selamat pagi Tuan Zee..

Tuan Zee memandangnya dengan pandangan redup.Redna lantas menarik perlahan lengan pakciknya,

Redna:uncle,percayalah.apa yang saya cakap tu semuanya betul.

Rean:hmm,aku tak hairan kalau betul apa yang kau ceritakan,Redna.Tuan Zee dah buat silap besar ambil gadis ni kerja dekat sini.tak mungkin psikopat yang suka bunuh haiwan boleh jadi pekerja safari.bukan ke tak kena tu?

Hann memandang ji hyo sekilas,

Hann:weirdo..

Redna:ya,itu yang aku nampak semalam.dia bunuh burung gagak depan mata aku sendiri.tu belum cerita lagi pasal dia pandang tajam pada semua haiwan dekat safari ni.dah macam ada niat nak bunuh..

Sehun yang ingin mengambil kedatangan sempat memandang sekilas ke arah ji hyo.entah kenapa dia hanya mampu mendiamkan diri.

Ji hyo mula ketawa perlahan sehingga perbualan mereka terhenti.semua mata memandang ke arahnya,

Rean:see?tak mungkin manusia yang masih waras boleh gelak tawa lepas bunuh haiwan yang tak bersalah?kau memang pembawa mala petaka lah dekat sini..

Ji hyo:aku tak kisah jadi pembunuh dalam cerita kau sebab kau semua ni hanya 'badut' je dalam cerita aku..oh ya,pertunjukkan circus lagi beberapa hari.eloklah badut badut depan aku ni buat persediaan..

Hann:badut?kau ni..

Baru sahaja dia ingin kenakan ji hyo,tiba tiba wajahnya terasa kebas dan kelihatan gadis itu terus mendekati dan memegang wajahnya.argh!!kalini semua menyaksikan wajah Hann mula berasap seperti terbakar sambil kedengaran gelak tawa ji hyo. HAHAHAH!!

Ji hyo:oh,tengok!wajah lelaki ni hampir hampir nak meletup jadi popcorn..

Tuan Zee:ji hyo,sudahlah!kenapa perangai kamu makin teruk ni?saya cuba untuk pertahankan kamu sebagai pekerja dekat sini,tapi look at you!kamu tak fikir ke kenapa semua takut nak berkawan dengan kamu?

Sehun lantas menolak ji hyo dengan kasar dan mendapatkan adiknya yang sedang berguling di lantai tanda menahan sakit.

Wajah ji hyo mula dingin dan Redna lantas bicara,

Redna:kau patut berambus terus ke neraka!

Ji hyo tersenyum sambil melihat Redna dengan lama.beberapa saat,dia mula berkata..

Ji hyo:sweetheart,akulah neraka tu..

Sehun membulatkan mata selepas mendengar kata kata ji hyo itu.Adiknya,Hann masih lagi meronta ronta meminta tolong.

Sehun:kau..memang tak patut ada dekat sini.berani kau cederakan adik aku?!kau fikir kau hebat ke huh?boleh buat semua benda sesuka hati?!kau siapa sebenarnya?anak syaitan ke?!orang yang guna ilmu hitam je yang boleh seksa manusia sampai macam ni!

Mata ji hyo mula merah.kata kata sehun itu cukup membuatkan hatinya seperti dipanah petir.orang yang paling rapat dengannya di sini,sudah berpihak pada yang lain.tahap geram ji hyo sehinggakan dia membuka dengan kasar balutan pada luka di tangannya dan menghempas kain balutan itu dengan kuat di lantai safari.

Sehun mengecilkan mata sambil melihat luka yang agak banyak pada lengan dan tangan ji hyo.tanpa dia sedar,luka itu berpunca dari serangan gagak yang dihantar oleh Redna untuk membalas dendam pada ji hyo.lama kelamaan,wajah Hann mulai pulih secara tiba tiba.yang lain sudah tidak tentu hala dan mendapatkan Hann.

Dian dari tadi mendiamkan diri dan memandang ji hyo yang berlari meninggalkan tempat itu.wajahnya ditundukkan sambil memikir sesuatu,

Dian:(dalam hati:ada benda yang tak kena..)

Dian seperti menyedari sesuatu.

Hairan.Ji hyo nampak sangat sukar untuk bergaul dengan semua orang.tapi bila dia dengan sehun saja,dia nampak seperti gadis normal.racun apa yang Sehun guna sampai gadis itu terlihat tidak menakutkan?

______________•______________

Disebabkan kejadian pagi tadi yang agak tegang,ji hyo ditempatkan di dewan Circus untuk menghias dewan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Disebabkan kejadian pagi tadi yang agak tegang,ji hyo ditempatkan di dewan Circus untuk menghias dewan.semuanya angkara Redna yang menyuruh Tuan Zee untuk menghukumnya.katanya Tuan Zee memberi amaran keras jika dia ingin kekal di sini.

Kelihatan ji hyo sedang membawa gerabak kayu yang berisi beberapa barang menuju ke bilik stor belakang dewan.dia terus menerus melakukan kerja sehingga tidak sedar terlepas dari waktu makan tengahari.

Dewan circus masih lengang dan kosong.sementara tiada orang disitu,dia terus naik ke atas dewan lalu baring di tengah tengah tempat itu.matanya memandang lampu siling yang agak silau.fikirannya mula bercelaru.

Beberapa saat,dia mula mengalirkan air mata sambil berbaring di tengah tengah dewan circus.

Ji hyo:kenapa aku menangis..

Dia cuba untuk menahan air matanya namun semakin lama,tangisannya semakin teresak esak.

Ji hyo:dunia benci pada aku..

Tanpa dia sedar,Sehun yang sedang lalu lalang di luar dewan, menyedari dirinya yang sedang menangis.pada mulanya,Sehun teragak agak untuk masuk ke dalam dewan,namun dia tiada pilihan dan menuju ke arah ji hyo,

Sehun:pekerja baru..

Namun,panggilannya sudah tidak sama seperti dulu.ji hyo mengesat air matanya dengan kasar dan mula berdiri.Sehun memandang lengan ji hyo yang penuh luka tanpa tau punca sebenar,

Sehun:kau jangan fikir aku akan tarik balik kata kata aku tadi.kau mungkin kawan aku.tapi tu dulu.lepas apa yang kau dah buat pada adik aku,anggap saja kita ni musuh mulai sekarang..

Dia lantas memberikan kain pembalut yang dicampak oleh ji hyo tadi,

Ji hyo:aku bukan psikopat atau pembunuh haiwan macam apa yang mereka kata.

Sehun:ji hyo,kau masih nak suruh aku butakan mata lepas apa yang kau dah buat pada haiwan semalam ke?

Ji hyo:semua tu angkara gagak!haiwan kecil tu yang serang aku dulu!

Sehun mengerutkan kening dan melihat tangan gadis itu.Tidak dinafikan,memang dia rasa apa yang diceritakan oleh ji hyo itu masuk akal.

Bersambung

Dark PromiseWhere stories live. Discover now