Dark Promise
Ep 10
Kelihatan ji hyo sedang tergesa gesa ingin masuk ke dalam hospital meninggalkan sehun di belakang.sehun lantas mengeluh dan menggaru kepalanya yang tidak gatal disebabkan gadis itu yang sudah salah faham,
Sehun:ji hyo,nanti dulu.kau dah salah faham ni..
Dia terus menarik lengan ji hyo dan gadis itu sudah membulatkan mata tanda terkejut.kemudian ji hyo mengerutkan kening dan mula berkata di dalam hati,
Ji hyo:(dalam hati:ada..ada benda yang tak kena.macam mana..dia boleh pegang tangan aku tanpa rasa sakit?tak mungkin ilmu Puan Hel tak berkesan pada dia?)
Sehun mengangkat kening melihat reaksi ji hyo,
Ji hyo:sehun?
Sehun:ya?aku dari tadi cakap dengan kau.kau tak dengar ke?aku cakap..aku mari sini sebab nak lawat ayah aku.bukan pasal nak cuci luka semata mata
Ji hyo:nanti dulu.kau..tak ada rasa sakit atau apa apa ke dekat tangan kau?atau badan?
Sehun:huh?
Ji hyo:(dalam hati:kalau dia tak rasa benda yang sama macam lelaki lain,maknanya..semua ni tak adil.aku takkan biarkan..)
Dia terus memulas tangan sehun dan menyiku hidungnya sehingga lelaki itu menjerit kesakitan.orang ramai yang berada disitu sudah memandang pelik ke arah mereka,
Sehun:kau..
Fikirannya terasa kosong dan makin lama matanya mulai kabur.beberapa saat,hidungnya mula mengeluarkan darah pekat.heih nasib..
________________•________________
Di dalam Bilik Rawatan.Sehun membuka matanya dengan perlahan dan lantas memegang hidungnya yang terasa seperti hampir patah.kemudian dia memandang sekilas ke arah ji hyo yang sedang duduk di kerusi sambil tersengguk senguk,
Dia terus bangun sambil mengadu sakit.disebabkan hal tadi,dia malas mahu membangunkan gadis itu dan terus keluar dari situ.matanya mencari nombor bilik yang dihuni ayahnya.
Ji hyo yang tersedar disebabkan bunyi pintu,terus berdiri dan mengikuti jejak sehun secara diam.
________________•________________
Sehun mendekati ayahnya,Zain yang sedang meneguk air kosong dengan perlahan.dia mengukirkan senyuman sambil menghela nafas lega,
Sehun:ayah..
Dia terus memeluk ayahnya dengan lama sebelum melepaskannya,
Sehun:situasi sekarang makin "complicated".apa yang jadi sebenarnya malam tu?cuba ayah cerita perkara sebenar.kenapa ibu sanggup buat kita macam ni?ibu fikir kita ni "orang luar" ke?
Ji hyo yang mencuri dengar perbualan mereka sudah mengerutkan kening tanda cuba memahami perbualan antara keluarga itu.
Zain cuba membetulkan duduknya sebelum memulakan bicara,
Zain:ada benda yang ayah patut cerita.dan ada benda yang ayah tak perlu cerita pada kau,Hun.hal ni antara ayah dengan ibu.jadi kau fokus je pada diri kau sendiri.
Sehun:cerita?ayah..Hun dah 22 tahun.bukan budak kecil lagi.benda dah jelas terpampang dah yang ibu ada orang lain.dan lelaki tak guna tu dah hilang akal ke sampai nak bunuh ayah?!
Ayahnya mengeluh sambil memejam mata beberapa saat,
Zain:ayah tau niat kau.tapi jangan biarkan dendam menguasai diri..semuanya hanya sia sia.hubungan ayah dengan ibu dah lama "mati".dan mungkin lelaki tu boleh beri "kebahagian" baru buat ibu kau..
Sehun:faham,yah.Hun tau ayah berjuang selama ni.tapi saya pun berjuang macam ayah.bagilah Hun balas apa yang mereka dah buat dekat kita
Zain:"mereka?"balas dendam?kau nak tengok ibu kau menderita juga ke?!
Sehun terdiam.tidak dinafikan yang dia agak emosi sekarang tapi bukan itu yang dimaksudkannya.
Zain:ayah takkan ulang dua kali.ingat Hun.rasa dendam tu memang mula mula je kau akan rasa puas.tapi bila dia dah mula makan diri,semua benda yang kau sayang akan hilang.
Sehun masih tidak boleh terima kata kata ayahnya dan mula keluar dari bilik.tiba tiba tanpa sengaja,dia terlanggar bahu ji hyo yang dari tadi mencuri dengar perbualannya.Sehun sudah mengesat air matanya dengan kasar lalu berkata,
Sehun:kau?heih,kau ni betul betul manusia ke?atau ada bela saka huh?tadi elok je tidur. ni tiba tiba terpacak depan pintu pulak.dahlah,aku hantar kau balik sekarang.nanti tak pasal pasal leher aku pula kau cekik nanti.
Ji hyo malas mahu mendengar bebelan sehun malah cuba untuk menghadam kata kata ayah lelaki itu tadi.
"Dendam?Makan diri?"kata kata itu ibarat panahan petir yang tepat terkena sasaran iaitu padanya.
Bersambung
YOU ARE READING
Dark Promise
Mystery / Thrillerwatak utama:Song Ji Hyo dan Oh Sehun Song ji hyo seorang gadis yang misteri dan sering mengukirkan senyuman yang "creepy".sifatnya itu bermula selepas mengetahui teman lelakinya curang dan dia mula mempermainkan lelaki itu sehingga membuatkan teman...