Dark Promise
Ep 19
Di Night Jungle.Kelihatan Ji hyo sedang termenung di Tasik Swan.dari tadi dia memejam mata sambil keningnya berkerut memikirkan sesuatu.
"Apa..ini suatu ancaman?"detik hatinya.
Tidak pernah perkara buruk terjadi padanya sejak dia membuat perjanjian dengan Puan Hel.ini mungkin pertama kali.dan rasanya sungguh teruk..
Kelihatan burung gagak dari tadi memandangnya dari jauh.seperti..ada perkara yang tidak diinginkan bakal terjadi.Bunyi kicauan burung gagak membuatkan lamunannya terhenti.
Ji hyo:wow.gagak yang cantik..Sungguh dia terpegun dengan keindahan ciptaan tuhan sehinggalah haiwan itu mula mendekatinya.baru sahaja dia ingin mengeluarkan makanan dari poket seluar,tiba tiba gagak itu menyerang dengan mencakar tangannya dengan laju beberapa kali sehingga makanan yang dipegang olehnya terjatuh.
Ji hyo mengerutkan muka tanda menahan sakit apabila tangannya mula memerah.
________________•_________________
Sehun menutup kandang koala sambil memandang sekeliling dengan pandangan kosong.dalam kepala..asyik teringat situasi dimana jihyo ingin melawat ayahnya.senyumannya mula terukir sedikit.
Apa perkara ni normal?bila semua orang iaitu adik dan ibunya memilih untuk bersepakat tidak mahu ambil peduli pasal ayah,tapi gadis ini..yang hanya orang luar baginya,lebih mengambil berat pasal ayahnya sendiri.
Sehun:dunia memang tak adil..
Dia membetulkan topinya kebawah untuk menutup matanya yang berair.kemudian,tiba tiba dia mendengar suara ji hyo memanggil,
Ji hyo:boleh tolong aku?
Sehun:huh?
Dia membulatkan mata apabila gadis itu menyuruhnya memegang seekor burung gagak hitam bermata merah yang sudah berlumuran darah.
Sehun:ji hyo!apa kau dah buat ni?!kau..kau nak bunuh haiwan yang tak berdosa ni dah kenapa?!
Ji hyo mengetap rahangnya dengan kuat dan mengambil pisau kecil dari beg silangnya.pisau itu dicampak dan terkena pada perut gagak itu.kedengaran bunyi kicauan gagak buat terakhir kali sebelum ia rebah.sehun yang sedang memegang burung itu sudah tergamam dan darah haiwan itu terkena tepat pada wajahnya.
Sehun:kau..
Ji hyo:ya!kau mungkin fikir aku ni gila sebab bunuh haiwan ni.tapi aku dapat rasa ada seseorang yang hantar benda alah ni untuk perhati aku setiap masa..
Tangan sehun sudah terketar ketar apabila melihat bangkai gagak itu di lantai.dia memandang wajah ji hyo yang langsung tiada rasa serba salah.
Sehun:ji hyo,sebelum kau ada dekat sini,aku buat semuanya sorang diri.bila kau muncul,aku fikir..kawan tu penting dalam hidup.tapi lepas aku dah tau sisi sebenar kau..baru aku sedar.aku sedar yang hidup aku ni lebih baik kalau takde kawan.
Dia menggelengkan kepalanya dan meninggalkan ji hyo yang masih tidak faham apa maksudnya.kelihatan Redna sedang memandang mereka dari jauh dan mengukirkan senyuman penuh makna.
_______________•________________
Redna:itu tak cukup..
Puan Helena:berterus terang saja apa yang kau nak.tapi akan aku ingatkan kau sekali lagi.setiap permintaan,ada akibatnya.dan sudah tentu ada pantang larang.siapa yang langgar,pasti akan binasa..
Urat di dahi Puan Helena mula timbul apabila teringat kisah silamnya.Redna mengangguk secara teragak agak,
Redna:aku sanggup ambil semua risiko asalkan kau boleh buat lelaki yang aku suka jadi benci pada gadis ni.
Puan Helena:kau masih enggan bicara gerangan gadis yang kau maksudkan selama ni.siapa?
Redna:macam apa yang aku bagitau sebelum ni.ilmu Hel akan berhasil mengikut nadi dan darah aku.jadi..apa yang patut aku buat untuk mulakan perjanjian seterusnya?
Puan Helena:permintaan kau semakin lama semakin besar.dan mungkin,mala petaka akan timpa lagi teruk jika kau langgar janji ni
Redna:teruskan..
Puan Helena:bila kau dah sebut tentang 'kebencian',maknanya perasaan lelaki itu akan dipaksa.dan bukan dari emosi semulajadi manusia.ilmu aku mungkin agak kuat sehingga kau boleh kawal lelaki tu
Redna membulatkan mata dan tersenyum sehingga ke telinga.baru sahaja dia ingin melompat keriangan,Puan Hel terus berkata,
Puan Helena:tapi kalau betul lelaki yang kau suka itu mula cintakan gadis yang kau maksudkan,maka akan muncul mala petaka dalam hidup kau.dan itulah risiko yang kau kena hadap
Redna:tak mungkin.itu takkan pernah terjadi!
Puan Helena:kau dah boleh bertolak pulang.tunggu saja apa yang bakal berlaku esok,gadis muda..
Redna sempat menjelingnya tanda ragu ragu lalu beredar dari situ.Puan Hel hanya melihat gadis itu berlalu pergi dan mula mengerutkan kening,
Puan Hel:nampaknya gagak milikku sudah mati.tak mungkin..takkan semudah itu untuk seorang 'gadis' boleh membunuh haiwan istimewa ni?
Bersambung
YOU ARE READING
Dark Promise
Mystery / Thrillerwatak utama:Song Ji Hyo dan Oh Sehun Song ji hyo seorang gadis yang misteri dan sering mengukirkan senyuman yang "creepy".sifatnya itu bermula selepas mengetahui teman lelakinya curang dan dia mula mempermainkan lelaki itu sehingga membuatkan teman...