Dark Promise
Ep 21
Sehun mengetuk kepalanya beberapa kali apabila dari tadi ada suatu suara yang seakan berbisik ke telinganya.
Sehun:baik..anggap saja aku percaya dengan kata kata kau.pasal gagak tu.dan pembunuhan yang tak sengaja.tapi apa kena mengena semua ni dengan adik aku?!dia hampir mati disebabkan kau tau tak! Apa yang jadi tadi tu..semua tak masuk akal.selama ni aku tutup mata je pasal khabar angin tu semua.aku sangka aku kenal kau lebih dari orang lain.tapi sekarang..huh
Ji hyo:kalau aku bagitau semua rahsia aku pada kau,aku tak boleh jamin yang kau akan lihat aku sama macam dulu
Sehun:oh..kedengaran seperti aku orang penting dalam hidup kau
Ji hyo hanya melihat sehun yang berlalu pergi.mana..mana sifat dirinya yang sukar mengalah?mana dirinya yang sanggup guna cara kotor untuk tumpaskan musuhnya sendiri?dia kembali menangis sehingga celak berwarna hitam pada matanya sudah membasahi pipi..
_______________•_______________
Tuk!tuk!tuk!kedengaran bunyi ketukan pintu bertubi tubi.Puan Helena membuka pintu itu dengan perlahan.dia tergamam apabila melihat ji hyo di depan muka pintu.sudah lama gadis ini tidak datang.namun senyumannya terukir sedikit.beberapa saat, dia mula hairan apabila menyedari ji hyo yang seperti baru lepas menangis dengan mata dan pipinya comot dek terkena mascara yang cair.
Ji hyo:Puan Hel..
Dia mengerutkan muka lalu mencebik dan meletakkan kepalanya perlahan pada bahu Puan Helena.Puan Helena sudah mengerutkan kening kerana tidak faham apa yang berlaku.
Puan Hel:sudah lama kau tidak datang ke sini,gadis muda.macam mana hidup kau sekarang?semuanya baik baik saja?
Ji hyo:aku datang ke sini bukan untuk susahkan Puan Hel dengan penuhi hajat aku.aku cuma..perlukan nasihat Puan Hel saja.
Puan Hel membulatkan mata dan merasakan ini pertama kali pengunjung yang datang ke rumahnya berniat untuk berjumpa dengannya hanya semata mata untuk 'deep talk'.beberapa saat,tangannya memegang kepala ji hyo.
Puan Hel:siapa yang berani sakiti kau sampai begini?mari..aku akan balas lebih lagi dari manusia tu
Ji hyo:jangan.kita kekalkan perjanjian kita seperti biasa.tapi..ada benda yang aku nak tanya pada Puan Hel
Puan Hel lantas meniup lilin lilin di dalam rumahnya tanda upacara diberhentikan.sempat dia mengangguk tanda setia mendengar,
Ji hyo:sejak dua menjak ni..aku rasa ada benda yang tak kena pada aku.ada satu masa tu,aku sakit bertubi tubi.macam pening kepala,hidung berdarah dan..bila ada kawan kerja aku cuba nak tolong,satu badan aku rasa macam disiat siat macam pisau.apa..apa aku ditimpa malapetaka disebabkan langgar janji?
Puan Hel:kau tak pernah langgar janji,gadis muda.aku masih ingat lagi perjanjian antara kau dengan aku.dan kalau betul kau langgar janji,aku takkan sekejam itu untuk seksa kau,Ji hyo.
Ji hyo:tak mungkin.aku dapat rasa..ada satu kuasa..
Ji hyo lantas mengangkat kedua dua tangannya dan mengenggam penumbuk serta merta,
Ji hyo:yang nak hancurkan aku.yang nak aku lesap dari dunia ni.apa aku terlampau dramatik?aku mintak maaf,Puan Hel
Puan Hel:mari.cerita pada aku.ada sesiapa yang kau rasa sekeliling kau yang ada niat buruk?yang cuba nak jatuhkan kau?
Ji hyo:buat masa sekarang,aku masih tiada idea..
__________________•_________________
Di villa.kelihatan sehun lantas menutup pintu bilik yang baru selesai dikemaskan.dia menanggalkan topi miliknya lalu mengibas ngibas tanda panas.rambutnya sudah sedikit basah dek terkena peluh.kemudian dia berjalan perlahan di kawasan lereng bukit menuju ke mini safari.
Kelihatan matahari sudahpun hampir terbenam petanda senja bakal bertukar malam.sempat dia melihat seorang gadis berpakaian merah sedang termenung sambil menikmati permandangan senja.
Redna:hei sehun!
Sehun lantas memandang ke belakang ,
Redna:kerja dah selesai?oh tengok peluh kau tu!gigih betul kau kerja.betullah apa yang uncle Zee kata.kau memang pekerja yang rajin.mari sini.aku lapkan peluh kau
Baru sahaja tangan Redna ingin mengelap peluh Sehun,lelaki itu lantas menghalang dan langkahnya kebelakang sedikit,
Sehun:aku..maaf,aku kena balik sekarang.
Memandangkan harini ayahnya sudah boleh keluar hospital.jadi dia tidak mahu terlepas waktu waktu yang baik bersama ayahnya.
Redna:kenapa reaksi kau macamtu?aku ada buat salah ke pada kau?apa..kau takut dengan aku?
Sehun menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mengerutkan kening.lama juga dia ingin menyusun ayat,
Sehun:aku rasa lebih baik aku balik sekarang.kau tak ada salah dengan aku,tapi aku takut aku yang ada buat salah dengan kau.pasal pagi tadi,teruk jugak ji hyo kena hentam.aku tak nak kalau..
Redna:oh,pasal hal tu?hahahaha..
Redna tergelak kecil sambil menggelengkan kepala.ingatkan apa,rupanya tentang perkara kecil saja baginya,
Redna:aku takkan mengadu perkara yang tak baik pasal kau pada uncle Zee.tak mungkin..dan takkan pernah.oh,sebelum aku lupa..
Sehun hanya mengangguk tanpa balas apa apa.dia melihat gadis itu yang mengeluarkan suatu rantai berwarna hitam dari beg silang,
Redna:rantai ni.aku nak hadiahkan pada kau.sempena kau dah jadi kawan aku.ataupun lebih dari tu.terpulang pada kau..
Redna mengukirkan senyuman penuh makna sambil menghulurkan rantai itu pada Sehun,
Sehun:huh?
Redna:ambillah.rantai ni sesuai untuk kau.atau kau nak aku mengadu pada uncle Zee pasal kau,baru kau nak terima hadiah ni?nanti tak memasal pulak kau hilang kerja..
Sehun sudah menggulingkan biji mata apabila diugut sedemikian.baru sahaja dia ingin mengambil rantai itu,Redna lantas memakaikan rantai hitam itu pada lehernya dan kemudian Sehun mula berdiri kaku.seakan akan badannya memberi respon yang pelik,
Redna mengukirkan senyuman kecil
Bersambung
YOU ARE READING
Dark Promise
Mystery / Thrillerwatak utama:Song Ji Hyo dan Oh Sehun Song ji hyo seorang gadis yang misteri dan sering mengukirkan senyuman yang "creepy".sifatnya itu bermula selepas mengetahui teman lelakinya curang dan dia mula mempermainkan lelaki itu sehingga membuatkan teman...