"Haidar..."berat pula mulutnya ingin bertanya tentang ketiadaannya di sekolah. kalau dia tidak bertanya sampai ke sudah dia tidak tahu. 'ah tanya je lah' "Kenapa masa ujian awak tak ada pun dalam dewan?"
Pertanyaan Inara membuatkan Haidar mati akal untuk menjawab
"Awak?"
"Erm ye...aku..."dia ternampak gerai cotton candy yang menarik perhatiannya pun segera mengalih topik. "Pergi sana kejap jom..". Inara bingung."Eh awak...". dengan wajah kebingungan dia pun menyusul Haidar
"Ye? nak yang mana satu?"tanya si penjual. "Love one, nak dua..."jawab Haidar lalu menyambut huluran 2 cotton
"Nah.."
Inara memperhatikan bentuk cotton candy itu lalu melihat wajah Haidar. "Love?"tanya Inara. Haidar tersenyum lalu mengangguk. "Kenapa? ada masalah ke?". Inara menggeleng lalu mengambil cotton candy di tangan Haidar
"Sayang lah pulak nak makan, cantik sangat.."Inara mencubit sedikit demi sedikit gula kapas itu. "Sayang....kan"sebenarnya dia tujukan kepada Inara
"Inara, kau sayang aku tak?"tanya Haidar tiba-tiba. tersedak air liur Inara dibuatnya kemudian dia pura-pura tertawa. "Tak..kenapa?"jawab Inara
"Baguslah...nanti kau tak ada lah rasa sedih sangat bila aku takde dekat dengan kau.."
Suasana tiba-tiba menjadi suram, aura perpisahan seakan menusuk. masing-masing terdiam. Inara juga tidak tahu mahu membalas apa. dia yang tidak mahu suasana ini berlarutan pun bersuara. "Kita selfie nak?"dia berkenan dengan latar belakang funfare yang penuh dengan permainan dan gerai-gerai yang comel
"Boleh juga.."kata Haidar
"Ha! awak jom main yang tu nak? mana tahu dapat fluffy bear tu"tangannya ditunjukkan kearah suatu gerai. melihat Inara yang teruja Haidar mengangguk. jam tangannya ditilik, masanya tinggal 30 minit untuk bersama gadis itu
Seusai membayar, Inara mengambil pistol mainan yang disediakan lalu cuba membidik ke sasaran
"Kena lah!"
bang..
"Arkk! adoi!"
"Ish! Tak kena! tangan aku ni tak straight agaknya.."bebel Inara
bang..akhirnya bidikannya terkena tepat di sasaran
"Yess! kena! hahhahhahaha...."
Haidar senang melihat wajah Inara yang tertawa. ini mungkin kali terakhir untuk dia melihat wajah ini
"Tahniah dik, nah teddy bear"anak patung beruang berwarna coklat berukuran sederhana itu disambut girang oleh Inara
"Terima kasih..."
"Awak! saya dapat! hihi..."kata Inara kepada Haidar. "Macam tu sekali kau happy?". "Ye lah..ni first time tau saya datang sini kita dah nak balik ke?"tanya Inara belum puas untuk meluangkan masa di sini. Haidar mengangguk
Inara perasan yang Haidar banyak 'mengangguk' dan ' menggeleng. selalunya suaranya yang menjadi jawapan. apa sebenarnya masalah Haidar? mukanya nampak lesu dan pucat sahaja
Ralit dia memerhati perubahan pada Haidar
"Inara..."tersentak namanya dipanggil"Em?"
"Tq keluar dengan aku hari ni.."ucap Haidar. sungguh dadanya sesak ketika ini. dia cuba sedaya upaya untuk bersikap normal
"Saya yang sepatutnya terima kasih dekat awak sebab awak, saya happy sangat harini dapat pergi funfare, tempat yang saya tak pernah pergi.."dahi Inara berkerut melihat Haidar yang mematung
"Haidar? saya tengok awak ni pelik lah hari ni..kenapa awak cakap macam awak nak pergi jauh je, kalau awak dapat tawaran belajar cakap je lah, awak buat saya takut tahu tak?"
"Haidar? saya tanya ni jawab lah!"Inara geram dengan Haidar, satu soalan pun tidak berjawab
Pertanyaan Inara dibiar sepi
"Terima kasih Inara...kalau ada waktu nanti kita jumpa lagi.."dia menahan sedaya upaya supaya tidak mengalirkan air mata namun sulit sekali. air matanya turun jugaMelihat Haidar yang menangis, hatinya dirundum rasa panik. "Awak kenapa ni? awak cakap macam nak pergi jauh.. awak nak pergi mana?". "Kenapa dengan awak ni Haidar?kenapa awak nangis ni?" tubir matanya terasa panas. Pertanyaan Inara hanya menerima gelengan dari Haidar
"Aku nak cakap yang..."
"Aku sayang kau Inara Azalea..."
Wajah Inara mula dibanjiri air mata mendengar ucapan dari Haidar.entah kenapa dia malah menangis bukan kah sepatutnya dia gembira menerima pernyataan itu dari lelaki yang sudah berada di hatinya itu. dia tidak mampu membalas apa-apa
"Awak..."
"Saya pun...sayang...awak"suaranya sudah serak
Haidar tersenyum tawar. "Mulai sekarang kau kena buang perasaan kau tu...". Inara mengeras. "Tapi...kenapa?". "Sebab aku yang sayangkan kau dulu..."jawaban Haidar terdengar sungguh tidak masuk akal. "Kenapa? apa kaitannya Haidar? kenapa awak pelik sangat ni?"dia panik melihat Haidar semakin melangkah pergi
"Selamat tinggal Inara..."
"Haidar..."
Semakin lama semakin jauh Haidar melangkah
"Haidar..."
Di kejauhan Haidar melambaikan tangannya sebelum menghilang di kalangan ramai yang mengunjungi tempat meninggalkan Inara yang masih keliru
Haidar perhati Inara yang hanya mematung di tempatnya sebelum dia masuk ke dalam mobilnya. hatinya pilu melihat air mata Inara yang turut mengalir
'Jangan buang air mata kau untuk aku, kalau aku masih di dunia ini,kalau kau telah ditentukan untuk aku oleh Tuhan, takdir akan menemukan kita suatu hari kelak....'
kereta milik Haidar meluncur laju meninggalkan perkarangan, meninggalkan Inara yang bingung tanpa penjelasan
VOTE ANDA SEMUA SANGAT MEMBANTU, VOTE TAU, FREE JE😉 NI FIRST STORY SAYA MOHON BANTU🤗
MACAM MANA? OKAY TAK BAHAGIAN 4 NI?🤔🤔🤔
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR. EGO ✔️
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Inara Azalea. pertemuannya semula dengan lelaki yang dicintainya Haidar Hayyan membawa mereka berdua ke alam perkahwinan apabila Datin Zelea menyukai sikap Inara Azalea yang sopan dan pandai menjaga cara pemakaianny...