8:SAKIT

4K 155 2
                                    

Inara membimbit dua jambangan rose putih. dia meletakkan dengan penuh hati-hati di tempat duduk sebelahnya

Flashback

"Inara"

"Ye aunty?"

"Aunty nak tempah dua jambang bunga ros putih...hantar rumah ye, this Sunday boleh?"

Inara mengerling wajah Haidar yang dingin sahaja. langsung tak pandang wajahnya. ini pula duduk makan semeja begini. matanya menghadap sahaja makanan di pinggan

"Boleh, nanti Inara hantar sendiri..."dia menyungging senyum kepada Haidar yang mengalihkan pandangan

end flashback

Nampaknya kita akan sering berjumpa Haidar. baru sahaja dia tersenyum namun tiba-tiba fikirannya menerawang tentang kejadian di mall tempoh hari
......
Kata-kata Rina menganggu fokusnya. bagai kaset yang berulang-ulang di dalam fikirannya
_____

"BUNGA ni nak letak dekat mana?"

"Dekat atas meja tu je.."

Hidung Inara menangkap bau yang sangat enak. bibirnya langsung menyungging senyum
"Sedapnya bau..aunty buat kek ye?"tanyanya

"Ye, aunty buat kek brownies..papa Haidar nak balik hari ini dari outstation so aunty buatkan kek kesukaan dia"jelas Datin Zelea

"Ye? best nya..romantik juga aunty ni ye?"usik Inara

Datin Zelea tertawa
"Ada-ada je kamu ni"sempat dia mengerling. "Kalau kamu nak bahagia..kahwin lah cepat-cepat, aunty nampak macam dah ada calon je.."katanya

"Aunty ni..ke situ pula..Inara tak ada calon pun lagi aunty,mana ada orang nak dekat saya ni..."

'Tak ada calon? kesempatan ni'kata Datin Zelea di dalam hatinya. mana tahu kalau dia ada peluang nak jadikan Inara ni menantu

"Oh tak ada lagi rupanya, aunty tengok kamu cantik.. mesti ada orang yang berkenan ni kamu aje tak perasan.."

"Ye ke?". siapalah agaknya

"Iye..."

"Mummy?"panggil seseorang

Asyik sekali mereka berbual sambil bergelak ketawa sehingga membangunkan penghuni rumah yang sedang nyenyak tidur

Datin Zelea menggeleng dengan sikap kedua anaknya. matahari tegak atas kepala baru nak bangun

"Ha! baru nak bangun? dah pukul berapa dah ni? anak dara apa pukul 12 baru bangun?!"bebel Datin Zelea kepada anak bongsunya itu. pening betul dengan telingkah anaknya Zafirah

Inara pula terpinga-pinga melihatnya

"Mummy...adik letih lah..."kata Zafirah. "Ha memang! dah kamu tengok drama korea sampai ke pagi memang lah letih.."balas Datin Zelea

Omelan ibunya dibiar sepi. matanya digosok-gosok supaya lebih jelas. Inara yang sedang duduk di kerusi dapur dipandang penuh minat. matanya langsung segar

"OMG! who is this mummy? Along's future wife?!"tanya Zafirah tanpa berdalih

"Ha inilah orang yang mummy nak kenalkan...Inara Azalea..."

"Inara..ini anak bongsu aunty Zafirah Elina"

Zafirah tersengih-sengih lalu menghulurkan tangannya ingin bersalaman disambut manis oleh Inara

"Hai akak..panggil saya Fira je"
"Hai..". "Boleh panggil apa-apa pun.."kata Inara lalu tersenyum
"Kalau Kak Nara boleh?". Inara mengangguk. "Anything"katanya

"Betul ke ni mummy? Kak Nara ni future wife Along?macam tak percaya je sebab along suka perempuan yang seksi, banyak pula tu bukan seorang"selamba sahaja dia berkata

Datin Zelea tidak enak ingin berbicara lanjut tentang anak sulungnya itu di hadapan Inara
"Inara? tunggu aunty dekat luar tau..nanti aunty keluar kita borak-borak kejap.."kata Datin Zelea

"Okay aunty.."dia tersenyum tawar lalu beredar ke ruang tamu

Setelah pasti ketiadaan gadis itu, Datin Zelea menyambung perbicaraannya

"Memang bukan pun..along kamu tu taste ke laut!"Datin Zelea mengeluh. "Bila lah agaknya nak berubah! sejak dia ke US macam-macam mummy dengar pasal dia..."secretary nya yang memantau keberadaan anaknya di US sering kali menghantar beberapa gambar anaknya bersama perempuan yang berlainan. cuma dia perasan ada seorang perempuan yang lebih dari 3 kali bersama anaknya itu. mereka ada hubungan serius kah?

memang tujuan utama dia ingin memberi ceramah kepada Haidar tempoh hari pertama dia pulang namun disebabkan dia terlalu rindukan anak sulungnya itu dia menunda

"Entahlah mummy, masa adik tinggal condo dia dekat US seminggu haritu dah 5 orang perempuan yang cari dia dekat rumah..serabut adik pun balik awal..."

"Sampai 5 orang datang rumah cari dia?!"terkejut Datin Zelea tanpa sedar meninggikan suara

"Shhh...mummy jangan lah kuat sangat..."

"Along kamu ni memang dah melampau! siap dia bila dah balik kerja nanti aku ganyang dia jadi sambal belacan..."

"Mummy!"nak tergelak Zafirah mendengarnya. "Ye lah mummy ganyang dia tau..jangan lupa.."katanya lagi

Inara mengintip mereka disebalik dinding dapur. hatinya sakit mendengar tentang berita tentang Haidar di US. dia memejam matanya rapat-rapat

"Kau intip apa hah?"teguran seseorang dari belakangnya menyentakkan Inara yang sedang melayan hatinya

"Terkejutlah! awak ni kenapa?!"hampir gugur jantung dia
"Kau tu mengendap-ngendap macam pencuri.."
"Saya bukan mengendap lah!"

"Dah tu?"

"Saya datang nak hantar bunga yang Datin tempah"dia tidak ingin bertatapan dengan mata Haidar yang dingin itu
Haidar memerhatikan dengan serius wajah Inara. sekali lagi jantungnya bereaksi hebat. dada Inara juga berdebar hebat apabila ditatap dengan mata hazel milik Haidar

"Yang awak pandang saya macam tu dah kenapa?". "Harini tak keluar ke dengan girlfriend kesayangan awak tu hurm?"tanyanya

"Kau sibuk kenapa? kau tanya macam kau tu kenal aku". "Memanglah! yang awak tu betul-betul lupa ke buat-buat lupa? sesuka hati awak je mainkan perasaan orang"nada suara di kawal takut didengar oleh Datin Zelea

Haidar mengerutkan dahinya. dia tidak faham. mungkin wanita ini sengaja mahu mereka cerita
"Kenapa....."tak dia tak boleh percaya sesuka hati dengan orang yang tidak dia kenal

Inara mengerutkan dahinya

"Kau tak payah lah nak reka cerita! aku tak pernah kenal pun orang yang nama Inara Azalea.."tak! tak mungkin. ini perasaan dia je. wanita yang dia cintai dari dulu adalah Rina

"Saya tak reka lah! you are totally different Haidar! sekarang ni awak dah jadi orang lain, now you have became...."dia berhenti disitu. "Why? awak tak ingat ke siapa saya?"

"This is me! and Rina adalah orang yang aku cinta! bukan kau...aku tak kenal kau...tak.."
Kau yakin Haidar? kau hilang ingatan kau kan? macam mana kau boleh ingat siapa yang kau cinta? yang kau ingat pun keluarga kau je

Suara itu muncul di dalam kepala Haidar. tiba-tiba kepalanya seperti ditusuk jarum. sakit!

Kepalanya dipegang
"Haidar?"pelik dengan tingkah Haidar.
"Arrghh!!"Haidar menjerit dengan lantang sambil mencengkam rambutnya. sakitnya bukan main

"Awak?!"

"Kenapa ni Kak Nara?"

"Inara kenapa ni?"

"Saya tak tahu.. tiba-tiba je dia menjerit...kita bawa dia pergi hospital dulu.."

Zafirah langsung memaut lengan Haidar dan memapahnya perlahan-lahan memandangkan Haidar masih sadar


THANKS FOR READING🤍🤍🤍

TAK NAK VOTE KE? HEHE..STORY NI AKAN DIUPDATE SETIAP HARI ATAU 1 KALI 3 HARI. DEPENDS BUSY KE TAK😁😁😁😁

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang