34: BERSUA

3.1K 105 2
                                    

"Macam mana? kau dah jumpa diorang?"

"Ya, aku dah dapat lokasi diorang"Lou iaitu anak buah dan juga teman baiknya menjawab. Haidar tersenyum sinis.
"Malam ni kau serbu tempat tu dengan orang kau, jangan sampai mereka terlepas, buatlah apa-apa sekali pun and then call the police..."dia harus memastikan keselamatan Inara terjamin sementara dia pergi ke Sabah.

"Aku dah kumpul budak lain, jangan risau aku dah prepare dah"

"Thanks bro"kata Haidar. "Lagi satu,aku harap kau tengok-tengokkan juga isteri aku bila aku dekat Sabah nanti..."

"Sure bro"

Setelah pembicaraan selesai, Haidar menutup panggilannya. Inara yang masih tertidur pulas ditatap. tanpa sadar dia tersenyum. cara tidur Inara yang seperti bayi menarik perhatiannya.

Tangan Haidar menyelak rambut yang menutupi wajah isterinya. idea mengusiknya datang menjengah. ditiupnya perlahan telinga isterinya sampai Inara terlentok geli.

"Hurm..."

pap!

Tangan Inara menepis kuat wajah Haidar tanpa dia sedar. dia memegang pipinya akibat perih.

"Tangan ke besi isteri aku ni?"

Dia melihat Inara yang masih tertidur nyenyak. automatik senyumnya terlakar di wajahnya. setiap kali dia melihat Inara dia sendiri tidak sedar bahawa dia tersenyum.

"Sayang..."

"Sayang..."

"Hurm..."Inara mengomel di dalam tidurnya. tidak mahu dikacau.

"Sayang...wake up, abang dah siapkan breakfast"

Tangannya menepuk lembut isterinya.

"Awak?..."

"Sorry, saya terlajak tidur pula hari ni, saya pergi buat breakfast kejap.."

"Kan abang dah cakap yang abang dah buat dah breakfast"

"Ye ke? kenapa tak kejut?"

"Sayang kan masih tak sihat lagi, abang tak nak sayang buat kerja jadi buat masa sekarang biar abang yang buat kerja rumah"

"Terima kasih cik abang.."seloroh Inara.

Wajah Inara bertukar suram. dia teringatkan seseorang di dalam kepalanya. sebenarnya susah untuk dia percaya bahawa Aqeela dalang di sebalik kejadian malam tersebut.

Dia perlu berbincang hal ini dengan Raisha. dia juga harus mencari keberadaan Aqeela, dia mahu tanyakan kebenarannya. apa alasan dia melakukan hal ini.

"Sayang okay?"tanya Haidar apabila perasan raut wajah Inara.

Inara mengangguk. "Saya okey je cuma...saya teringatkan....."

"Aqeela?"

Hati Inara berasa sakit mendengar nama itu. dadanya rasa terhimpit sesuatu.
"Saya...tak tahu nak cakap apa...saya betul-betul tak sangka, abang tahu tak? saya berkawan dengan dia ikhlas sebab saya memang sayangkan dia, saya dah letak dia dalam hati saya tapi...bila jadi macam ni..."Inara mengetap bibirnya. menahan rasa. "Saya tak tahu apa yang saya dah buat sampai dia buat macam ni pada saya..."

"Sayang...kita sebenarnya tak salah, kita baik macam mana sekalipun kalau orang itu tak pandai menghargai, dia tetap akan khianati kita, bencikan kita, cemburukan kita, itu maksudnya dia hanya anggap sayang sebagai saingan dia..dia cuma mahukan kepuasan dan kepentingan diri dia sendiri..."

"I'm sorry I had to say this but she's not your friend anymore"

Inara pantas memeluk Haidar.

"Now you have me"kata Haidar.

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now