"Kau pakai lah baju tu..."
Ar! Dia menepuk-nepuk pipinya. terngiang-ngiang kata-kata Haidar semalam. ni semua sebab Raisha! kalaulah dia tak datang lepastu tak bagi hadiah pelik tak ada lah jadi macam ni. malu semalam belum hilang lagi ni dia nak pakai baju 'roar' tu. 'Tapi...bukan ke dia nak ceraikan aku juga nanti, kalau macam ni dah melanggar syarat kontrak dah kan?'
eh Inara..bukan ke dia sendiri yang langgar syarat tu?satu suara seolah-olah berbisik ditelinga
Tiba-tiba dia teringatkan hal tersebut. dia menggeleng-geleng. mukanya merah sendiri. 'Dah dah lah tu Inara! jangan gatal sangat!"
'Maybe Haidar main-main kut'
Apa yang Haidar buat dalam bilik dia agaknya. dia tak bosan ke? aku ni kemain bosan terperuk dalam rumah apatah lagi dalam bilik. "Pergi tengok je lah"dia mengambil langkah mahu ke kamar suaminya. idea nakal Inara datang
Inara menolak perlahan-lahan daun pintu bilik Haidar. Kosong. Terdengar bunyi pancuran air dari kamar mandi di sebelah kirinya. Cun! dia mahu memeriksa bilik Haidar. dia terpandangkan telefon bimbit Haidar di meja lampu sebelah katilnya. mesej yang baru sahaja masuk terpampang di skrin telefon
"Ish! siapa pula ni?"
"Banyak betul, semuanya perempuan..apa ni? baby? euu!"
"Ingat buat baik dengan aku, dah tak contact mana-mana perempuan dah"namun dia membaca satu per satu mesej tersebut. semuanya tidak berbalas oleh Haidar. "Tapi, Haidar tak balas..."
"Kau buat apa dalam bilik aku ni?"
Zap! automatik telefon ditangannya dilempar ke katil lalu dia duduk di situ. mahu menutup
"Tak...ada apa, saya...cari..saya cari awak lah""Kenapa cari aku sampai ke bilik?"
Aik? tak marah ke aku masuk bilik dia?
"Saya nak keluar boleh?"dia memang mahu keluar pun dari tadi. boleh lah dijadikan alasan dia masuk ke bilik Haidar. "Saya sorang je, boleh?""Boleh"
"Okay thank you!"
"Tapi aku ikut"
°°°
Inara mahu memegang tangan Haidar tapi dia tidak berani. sekejap dihala ke depan sekejap ke belakang. 'Nak pegang ke tak ni? kalau dia tak nak buat malu je'. dia mencuba sekali lagi namun kali ini Haidar terlebih dahulu menggenggam tangan Inara
"Ingat, aku pegang tangan kau ni sebab takut kau hilang pulak"kata Haidar
Inara tersenyum. dahinya berkerut serta-merta melihat gadis-gadis di mall itu tersengih-sengih melihat suaminya itu. Inara menjegilkan biji matanya ke arah sekelompok manusia itu menyebabkan mereka menunduk. 'Tahu takut!'
"Ramai ya yang pandang awak ni"
Kata-kata Inara tentu sahaja mengundang senyuman sinis dari Haidar. dia hanya berdiam diri. Ingat dia tak nampak ke isteri dia ni menjegil mata ke arah gadis-gadis tadi. geli hati dia dengan sifat cemburu Inara. macam mana dia mahu lepaskan gadis ini? macam mana dia boleh berkata dia mahu lepaskan gadis ini? sedangkan hatinya sudah mula terpaut pada isterinya sendiri cuma dia sahaja tidak mahu menyanggah isi hatinya buat masa sekarang
"Awak tak nak beli apa-apa ke?"
"Tadi bukan kau ke yang nak keluar?"
"Ye, tapi saya nak jalan-jalan, makan-makan bukan shopping"
"Kalau macam tu..kau teman aku pergi ice skate"
Membesar mata Inara. memandang penuh minat. sudah lama dia mahu mencuba ice skate.
"Nak nak!"tak sabarnya! "Jom..."SETELAH mereka berdua memakai kelengkapan yang perlu, Inara mencuba beberapa langkah namun tubuhnya hampir menyembam tanah. dia berdiri lagi namun agak susah untuk dikawal, sementelah ini adalah pertama kali untuknya
Inara diam statik. "Awak, susahnya...."rengeknya menyebabkan Haidar tergelak. "Tadi excited sangat"
Melihat suaminya yang begitu mahir membuatkan dia ternganga. Haidar kembali semula lalu memegang kedua belah tangan Inara
"Meh aku ajar"
"Wo wo...."
"Pelan-pelan.."
Mereka bergerak serentak berpegang pada satu sama lain. Haidar melajukan kakinya menyebabkan Inara ikut terdorong
"Awak jangan laju sangat"
Mereka bergelak ketawa
"Aku lepas ni"dia melepaskan Inara perlahan-lahan
Setelah beberapa kali mencuba akhirnya dia berjaya
"Awak! saya dah boleh main sorang-sorang!"dia meluncur laju meninggalkan HaidarInara berpusing satu gelanggang itu sebelum kembali semula lalu memeluk suaminya itu
"Wah..bestnya"dia mendongak memandang wajah Haidar. dia memegang tangannya. mengajak bermain bersama-sama
Dia sungguh menikmati saat ini. dia merenung Haidar. lelaki ini sudah menerimanya kah? atau sekadar rasa bersalahnya atas apa yang terjadi? dia berharap bukan itu alasannya
Sedang Inara mengomel sendiri, Haidar memberhentikan langkah mereka. memaut pinggang kecil Inara
"Inara Azalea...."
Haidar memandang mata Inara dalam-dalam. hatinya berdegup kencang menanti kata-kata suaminya
"Kau happy?"
Pantas Inara mengangguk. Haidar tersenyum dalam diam
HAIDAR membaringkan Inara di atas katil. dia tersenyum kecil melihat isterinya yang tertidur setelah seharian mereka meluangkan masa. dia mengusap pipi Inara
"Kau buat aku tak keruan tengok kau tersenyum tadi, macam budak, comel.."
"Tapi aku tak boleh bagi hati aku lagi"dia mahu keluar dari bilik itu secepat mungkin takut dia semakin tenggelam namun tangannya digenggam oleh satu tangan
Suaminya itu tampak terkejut. dia terjaga sebentar tadi mendengar suara Haidar
"Kau dah bangun?"
"Ye lah, dah orang tu cakap kita ni comel"usik Inara
"Perasan! mimpi ngeri kau je tu"
Inara tergelak seketika sebelum. "Awak! awak!"
"Kau ni dah kenapa?"
"Sekarang pukul berapa dah ni, jom solat sama-sama..awak imamkan?"
Haidar tercengang. "Kau solat je lah sorang-sorang"
"Apa pula, jom lah..sepanjang kita kahwin tak pernah sekali pun lagi kita solat sama-sama"
"Nanti lah.."dia sebenarnya malu. malu kerana sudah melakukan banyak sekali maksiat, layak ke dia?
"Awak, kita ni orang islam wajib solat lima waktu, nanti boleh ke syurga sama-sama. saya tak nak lah pergi sorang-sorang, saya nak pergi dipimpin oleh awak"
"Macam mana aku nak pimpin kau? diri aku pun tak terjaga"
"Kita sama-sama perbaiki diri masing-masing, kalau saya ada buat silap awak tegur, kalau awak yang buat silap saya pula tegur awak..tiada siapa sempurna"
"Saya tanya ni awak jangan terasa ye.."dia mencuba menyusun ayat. "Awak boleh solat? awak jangan salah faham...."
Haidar menggeleng. "Tak kau betul, sebenarnya aku dah lama tak solat tapi aku masih lagi ingat..."dia tertunduk-tunduk. dia bingkas bangun
"Kau solat lah, aku just rasa...aku tak layak"
"Haidar.."
'Saya akan selalu doakan untuk awak'
REMINDER❗❗
I KNOW IT'S KINDA BORING AND NONSENSE, IT'S OKAY YOU DON'T HAVE TO READ IF YOU DON'T LIKE
BUT...
IF YOU LIKE IT, GO ON
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR. EGO ✔️
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Inara Azalea. pertemuannya semula dengan lelaki yang dicintainya Haidar Hayyan membawa mereka berdua ke alam perkahwinan apabila Datin Zelea menyukai sikap Inara Azalea yang sopan dan pandai menjaga cara pemakaianny...