"Rina akan tinggal dalam rumah ni sampai kitorang kahwin"
"Saya tak boleh lah nak tinggal serumah dengan dia, saya cuma minta awak untuk faham yang kita ni masih suami isteri"
"Awak tak boleh sesuka hati nak benarkan orang lain tinggal dalam rumah ni terutamanya girlfriend awak, kalau kantoi dengan mummy macam mana?"kalau Datin Zelea mengetahui hal ini, rumah tangganya juga akan terancam.
"Mummy tak akan tahu kalau kau tak bagitau"
Inara terasa sudah tidak ada harapan untuk dia dapatkan hati Haidar. suaminya itu tetap berkeras mahukan Rina
"Suka hati awak lah Haidar, tapi saya masih lagi berharap yang awak boleh lupakan dia dan terima apa yang ada depan mata awak sekarang ni"dia keluar dari kamar itu. sakit hati dengan sikap suaminya sendiri
Haidar meraup mukanya
"Betul ke Rina yang aku perlukan?"Dia bersandar di dinding kamar memikirkan nasib dirinya.
"KALAU ini yang awak dah putuskan, saya terpaksa gunakan cara yang paling saya takut nak buat"kali ini dia akan pastikan perasaan suaminya itu menjadi miliknya°°°
"So Cik Rina, awak boleh gunakan bilik di depan sana, berhadapan dengan dapur"
"Kenapa bukan tingkat atas? I tak nak lah bilik bawah, I nak sebelah Haidar"
Inara menarik senyum. 'Mengada betul, dah lah suka hati nak tinggal sini macam rumah ni hotel'
"Maaf ye Cik Rina..hanya bilik ni je yang kosong dan bersih eh tapi, kalau awak nak lantai atas pun boleh tapi pandai-pandai kemas sendiri sebab banyak gila sarang lelabahnya dengan debunya, perabot tunggang langgang...""Itu pun kalau awak sanggup kemas sorang"senyumannya tidak lekang dari bibir. dia saja mahu membuat Rina menurut
"Ish tak nak lah!"lalu luggagenya ditarik menuju ke bilik yang berada berhadapan dengan dapur
"Cepat sikit mandi tu nanti keluar balik kita dinnerrr sama-sama! cepat! nanti lapar pula suami I ni!"nada suara dikuatkan
Dia tertawa terkekeh-kekeh"Suka kenakan Rina?"
Haidar dari tadi perhatikan gelagat isterinya itu. mahu tergelak pun ada tapi macam tak kena pula. cemburu Inara memang tidak dapat disorok
"Suka lah jugak"balas Inara tersenyum puas
"Saya nak cakap ni"
"Apa dia"
"Mulai hari ini, disebabkan ada Rina..you have to call me sayang..I call you abang"
"Wha--"
"Aha!"Inara mengisyaratkan supaya tidak bersuara. "Selama ni saya ikut cakap awak sekarang giliran saya pula"
"Fine!"
Akhirnya Haidar mengalah"Oh ya.."
"Apa lagi ni?"
"Kita kena tidur satu bilik, okay?"
"No! I need privacy"
"Privacy apanya? tidur sebilik je pun bukannya buat apa, kita kan dah kahwin lain lah Rina.."
'Budak ni pandai betul ambil kesempatan'bisik hati Haidar
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR. EGO ✔️
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Inara Azalea. pertemuannya semula dengan lelaki yang dicintainya Haidar Hayyan membawa mereka berdua ke alam perkahwinan apabila Datin Zelea menyukai sikap Inara Azalea yang sopan dan pandai menjaga cara pemakaianny...