Inara bersiap dengan mengenakan hoodie separas lutut dan juga jeans biru gelap. wajahnya juga dirias tipis. untuk saat ini, dia dan juga Haidar masih tidur berasingan. hanya ketika Rina bermalam disini sahaja mereka tidur sekamar. setelah selesai, Inara bergegas turun ke bawah. dia mahu ke dapur untuk membuat sarapan
Ting!
ting!Ternyata suaminya terlebih dahulu bangun. sedang 'berperang' di dapur. Inara tersenyum.
"Haidar, awak buat ap....HAHAHAHHAA!"belum sempat bertanya, Haidar sudah menghadap Inara. wajah Haidar penuh dengan tepung, rambut yang kusut masai.
"Ni macam berperang pun ada, buat pancake sampai macam ni?"Inara menyambung tawaannya. seketika Haidar turut tergelak kecil dengan kemanisan Inara. dia menatap Inara yang tertawa.
'I'm glad that I made you happy'bisik Haidar di dalam hati."Haha so funny ha?"
"Yes, HAHAHAAA! I'm sorry..."
"Erm, awak.."jari Inara bermain di lengan Haidar.
Haidar mengenggam tangan Inara supaya berhenti. "Nak apa hurm?"tanya Haidar
"Saya sebenarnya nak keluar..."dia mengambil sekeping pancake lalu mencicipinya. dia terangguk-angguk. sedap juga.
"Girls out, boleh kan?"dia mengerdipkan matanya"Hurm, tapi...no boys"
"Girls out baby...so there's no boy"
"Manalah tahu si Hariz tu ikut sekali.."
Inara diam. nampak benar yang suaminya tidak menyukai Hariz. dia juga pun tidak begitu selesa cuma baik-baik sahaja. perasaan tidak selesa dia tutup untuk menjaga hati Hariz.
"Don't tell me..."
"Tak lah, he's not coming"
"Baguslah, aku tak suka dia tu"
Wajah Inara bertukar keruh. entah kenapa pertanyaan Haidar membuatnya tidak sedap hati. semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku
"Semalam, aku minta maaf sebab aku cakap macam tu"
Fahamlah Inara apa yang dimaksudkan Haidar. seketika dia mengimbau. '.......banyak lagi yang lagi bagus dari dia kan?!'.
"No worries..saya okay je, saya tahulah awak tak maksudkan yang buruk"Melihat wajah Haidar yang masih teduh, Inara datang merapat lalu memeluk Haidar. tangan Inara menepuk kecil belakang suaminya.
"I love you, and it would never change. pasal semalam, dia sepupu saya jadi saya kena baik dengan dia tak lebih dari tu, semalam tu dia cuma risaukan saya, jadi apa pun yang dia cakap tak akan mengubah apa-apa..."Sebenarnya dia menunggu balasan pernyataan cintanya buat yang keberapa kalinya namun tidak berbalas. dia tersenyum
"It's okay Haidar, take your time""Thanks Inara.."dia memeluk erat isterinya sambil berkata di dalam hati. 'I love you too..'
____________
"Qeela, Rai datang ke tak sebenarnya ni? dah sejam ni?"dia risau sebenarnya. kalau gadis itu tidak sihat.
Aqeela melihat telefon bimbitnya. ada pesanan baharu dari Raisha.
"Rai tak jadi datang la beb, dia cakap ada hal"
Mulut Inara menjuih geram. "Korang ni tukar shift ke apa? kau ada Rai tak ada, Rai ada kau pulak yang tak ada""Hahaha, nak buat macam mana sibuk dengan urusan sendiri kan"
"Aku dengar semalam Hariz datang rumah kau, betul ke?"
Inara memandang wajah Aqeela dengan berkerut.
"Mana kau tahu?"pelik, rasanya dia belum ceritakan kepada sesiapa tentang kejadian semalam"Amm, semalam...aku terserempak dengan dia. dia tegur aku so aku tanya lah dia nak pergi mana tu je, disebabkan dia nampak rushing jadi aku tak sempat nak tanya apa-apa"
Inara mengangguk. dia mencicipi air yang telah dipesan sebentar tadi. "Siapa ye yang tahu alamat rumah aku selain korang, macam mana dia boleh tahu"tak mungkin Raisha, dia paling anti dengan Hariz. katanya Hariz terlalu memerhatikan dirinya. dia juga tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Raisha
"Maybe abang kau kut, dia pun rapat juga dengan Hariz kan.."
"Mungkin"
"Dah lah tak payah fikir sangat, harini kita happy-happy je kita kan jarang berjumpa so let's enjoy it"
"Okay"balas Inara singkat. walaupun sebenar kepalanya masih berselirat dengan persoalan yang tidak berjawab
_______"Nara, kita rest kejap ye. kaki aku sakit lah"
"Hurm, kau yang nak berjalan, kau pula tumbang dulu. aku okay je"
"Kau lain lah pakai sneakers.."
"Nara..."panggil Aqeela tiba-tiba
"Kau kenapa pula ni?"
"Aku nak pergi tandas jap, aku tak tahan lah"
"Pulak, cepat sikit..."
Aqeela sudah terkepit-kepit kakinya akibat tidak tahan.
"Tunggu situ je tau"pantas Aqeela berlari laju menuju ke bilik airSedang Inara ralit termenung. seseorang menyapanya dari belakang.
"Lea"panggilnyaHariz? "Hey, Riz buat apa dekat sini?"dia bertanya soalan basa-basi. padahal dia berasa canggung dengan kejadian semalam. "Seorang je?"tanya Inara lagi
"Seorang je, tak ada siapa yang nak teman Riz"
Inara tertawa canggung
"Harini birthday my mom, so Riz nak belikan sesuatu untuk surprisekan dia, ada makan-makan juga, Gibran dengan Abang Daniel pun dijemput"
"Birthday aunty sofea? Today? I'm sorry I tak tahu pun, hurm...kalau Lea nak ikut Riz belikan hadiah untuk aunty boleh? Lea nak surprisekan aunty juga, you know dia tak pernah miss Lea punya birthday so Lea kena ada jugak"
"That would be great! the more the merrier, sebenarnya Riz memang nak ajak Lea sekali pun"
"Tapi Lea datang dengan kawan..."
"It's okay babe, aku balik sendiri je, kau pergi lah uruskan majlis aunty kau"kata Aqeela entah datang dari mana
"Kau curi-curi dengar ek?"
Aqeela tersengih. "Hihi..Sikit je, pergi lah cepat...nah barang dengan air kau ni jangan lupa pula"
"Bye Qeela!"
Sempat Aqeela bertatapan mata dengan Hariz sebelum dia dan Inara pergi
"Kawan Lea tu pelik lah sikit..."
"Pelik? mana ada, dia memang macam tu bila jumpa dengan orang yang tak rapat macam Riz"
"Eh jom lah, nanti tak sempat"ajak Inara lalu berjalan mendahului Hariz

ANDA SEDANG MEMBACA
PEMILIK HATI MR. EGO ✔️
RomansaMengisahkan seorang gadis bernama Inara Azalea. pertemuannya semula dengan lelaki yang dicintainya Haidar Hayyan membawa mereka berdua ke alam perkahwinan apabila Datin Zelea menyukai sikap Inara Azalea yang sopan dan pandai menjaga cara pemakaianny...