Dia berbaring sahaja di dalam kamar sejak dia pulang dari rumah sakit 7 hari lepas. dia hanya memandang siling kamar yang kosong seperti fikirannya ketika ini. selera makannya juga sudah hilang. selama 7 hari ini dia tidak melakukan apa-apa pun berbaring.
Kepalanya terus-terusan memainkan memori hitam seperti kaset. dia tidak bisa berhenti daripada menangis. mentalnya ketika sedang tidak dalam keadaan baik. Haidar ada mencuba mahu berbicara dengannya supaya turun ke bawah untuk makan. oleh sebab itu, Haidar sanggup menghantar makanan ke kamarnya.
Dia teringatkan kata-kata Haidar di hospital.
"Let's start a new book..together"
Inara memejamkan mata rapat-rapat. selepas kejadian mengerikan di dalam hidupnya. masih bolehkah dia hidup bahagia dengan Haidar seperti tiada apa-apa yang berlaku? masih bolehkah Haidar menerima lagi setelah dirinya disentuh lelaki lain?Banyak persoalan yang bermain difikiran Inara. tiba-tiba dia tersadar. dia bangun lalu berdiri di hadapan cermin.
"I have a baby?"Inara menyentuh perutnya yang masih belum kelihatan. dia tidak sempat memikirkan bayi di dalam kandungan.
"I'm sorry..."kata Inara. dia terlalu banyak termenung sehingga lupa tentang bayi mereka.Tanpa Inara sedar, Haidar sudah pun berada di dalam bilik. dia melirik ke arah makanan di atas meja masih belum disentuh.
"Kenapa sayang tak makan lagi?"
Inara tersentak mendengar suara Haidar. dia menoleh.
"Nanti saya makan.."jawab Inara tanpa senyuman seperti biasa.
Haidar mengambil pinggan yang berisikan ayam masak lemak. sebelah tangannya lagi menarik lembut tangan Inara supaya duduk.
"Abang suap nak?"tanya Haidar. Inara tersenyum nipis. dia tersentuh dengan sikap Haidar. sanggup memasak untuknya walaupun setahu dia Haidar paling tidak suka kalau memasak."Nganga mulut, aaaa..."
Namun Inara tidak memberi reaksi. dia asyik menatap wajah suaminya dengan pandangan yang teduh.
"Makan lah sayang, baby pun lapar tu, sedap tau abang masak ni.."
"Abang masak sendiri?"Inara sudah membuka mulut. lega Haidar mendengarnya. dia mengangguk.
"Buka mulut, sedap ni abang pun dah tambah tiga kali"
Inara akhirnya membuka mulutnya lalu nasi ayam masak lemak selamat berada di dalam mulut Inara. mata Inara membesar sambil memandang Haidar.
"Masin.."kata Inara dengan polos. Haidar tersenyum janggal. "Abang tak rasa pun lagi kan?"sudah! dia tertangkap sudah menipu. Haidar mengangguk."Nasib baik abang masak sikit..ingatkan nak masakkan untuk sayang tapi termasin pula, maklumlah first time masak..hmm.....tak apa lah, macam ni, abang pergi beli makanan..sayang nak makan apa?"
Inara menggeleng lalu tersenyum. dia tersentuh dengan kegigihan Haidar memasak untuknya.
"Masin kuah je, ayam elok, petang nanti je abang beli..tak apa ni boleh makan lagi.."kata Inara."Betul ni?"
Inara mengangguk. dia menggapai pinggan di tangan Haidar lalu disuapnya nasi tersebut.
Setelah selesai, dia memberi semula pinggan kepada Haidar."Air?"
Inara mengangguk. "Terima kasih.."
"Sayang.."Haidar menghadap Inara lalu memeluknya. tangan Haidar mengusap belakang Inara dengan lembut. "You've been through a lot..."Haidar melepaskan pelukan. bahunya ditepuk beberapa kali. "Put your head on my shoulder, abang minta maaf sebab tak ada untuk abang lindungi sayang masa tu"kata Hidar tulus.
Kepala isterinya perlahan-lahan melentok di atas bahunya. lengannya dipegang kejap oleh Inara. esakan mula terdengar ditelinga Haidar. Inara tidak mampu melalui semua ini sendiri. apatah lagi dia sekarang sedang hamil. dia memang perlukan semangat daripada Haidar dan ketabahan daripada Tuhan.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR. EGO ✔️
RomanceMengisahkan seorang gadis bernama Inara Azalea. pertemuannya semula dengan lelaki yang dicintainya Haidar Hayyan membawa mereka berdua ke alam perkahwinan apabila Datin Zelea menyukai sikap Inara Azalea yang sopan dan pandai menjaga cara pemakaianny...