15: MARRIED

3.9K 116 4
                                    

"Ni baru pertama kali daddy tengok kamu dari jarak dekat macam ni, daddy minta maaflah Inara..tak sempat jumpa sebelum kamu kahwin dengan Haidar"ujar Dato Waris dengan wajah tersenyum hampa

"Tak apa lah daddy..Inara okay je..."sungguh dia tidak biasa dengan seseorang yang baru pertama kali bersua muka

"Daddy kamu ni memang sibuk aje memanjang..."tambah Datin Zelea

Dato' Waris tersenyum melihat Inara yang hanya tertunduk. mungkin tiada biasa dengan keberadaannya
"Inara, kamu belum biasa lagi ye? tak apa lah, kita berkenalan sama-sama nanti"
Inara mengangguk lalu tersenyum sedikit janggal

"Inara.."

"Kamu pergi lah naik atas Haidar dah naik dah tadi, esok je kita borak ye"
Alamak! lupa pula dia dengan Haidar. aduh. "Ohh ya lupa..Okay mummy, Nara naik dulu.."

Sampai sahaja di muka pintu bilik Haidar, dia terhenti
'Aduh, nak cakap apa lepas ni?'Hampir beberapa minit juga dia mundar-mandir di depan pintu
Baru dia mahu memulas tombol pintu, Haidar terlebih dahulu membukanya. Mereka berpandangan
"Masuk"kata Haidar

Tanpa sebarang kata Inara hanya mengikut

Bukk...
dilemparnya fail ke muka Inara. "Bagi elok-elok tak boleh ke?"sakit hati betul
"Ini apa pulak?"

"Rules"

"Rules?"Inara membelek helaian tersebut

"Kontrak nikah kita, selagi aku tak dapat jawatan tu selagi tu kita jadi suami isteri bersyarat"lalu dia menghulurkan sehelai kertas kepada Inara. "Ini peraturan dekat rumah aku nanti..salah satu langgar..ada hukuman"

Inara membaca satu per satu

1. Jangan masuk bilik aku tanpa izin
2. Jangan ada hubungan dengan lelaki mana sekalipun
3. Jangan masuk campur urusan aku
4. Bilik asing
5. Boleh guna apa-apa pun barang dekat rumah aku
6. Yang tak disebut 'boleh'
7. Don't fall for each other

'WT...! ni memang dah tahap apa dah ni tak nak jadi suami aku'bisik hati Inara. "Tak boleh ada hubungan dengan lelaki lain? huh! awak macam mana pula?"

"My rules.."

"Mana boleh macam tu. tak adil tahu tak, apa ni saya je tak boleh..."

"Adil lah tu..kau boleh buat apa-apa je dekat rumah tu, buat macam rumah kau sendiri"

Inara memandang mata Haidar. dia perlahan mendekati Haidar lalu berbisik 'Apa-apa je?'lalu dia tersenyum senget. Kau tengoklah apa aku buat nanti. you dare put a wall between us!
Lelaki itu tersenyum sinis. "Yes.."

"We will move out tomorrow, for now this rule is not available yet. It starts tomorrow"

Inara mengangguk lalu membuka satu persatu pin di rambut, lalu dilepaskan tiara. dia memandang ke sekeliling bilik itu, tak ada bilik closet ke? habistu aku nak tukar baju dekat mana?

Haidar perhatikan sahaja Inara. "Kau cari apa?"tanyanya.
"Closet.."
"Tak ada.."sebenarnya cuma bilik ini yang tiada closet, sengaja dia memilih bilik ini.
"Ha? kalau macam tu awak keluar lah kejap, saya nak tukar baju"

"Tukar je dekat sini"
Inara ternganga. "Macam ni ke perangai playboy?"kata Inara
"Say what you want"katanya lagi sambil menyilang kedua tangan
"Wah, tak malunya, dah lupa ke peraturan ketujuh yang awak sendiri buat tu?"

"Aku tak lupa..kau yang lupa"

"Wait? Why me?"

Haidar bingkas bangun menghampiri Inara. dia tiba-tiba memegang kedua lengan isterinya itu lalu memusingkan badan Inara
"What are you doing?"jantungnya usah cakap, memang berdebar dari tadi. Haidar menyelak rambut di telinga kiri Inara. Gadis itu cuma kaku. Telinganya dibisikkan sesuatu
"Rules starts tomorrow Inara...."kata Haidar

Zip belakang baju Inara ditarik sampai ke bawah. mujur sahaja zip itu hanya sampai di pinggang. Inara terkejut
"Awak nak buat apa?"kata Inara perlahan

Pertanyaan Inara disambut gelak ketawa dari Haidar
"Kau kenapa? aku cuma tolong bukakan zip takut nanti kau terkial-kial nak buka baju dalam toilet lepasni"lalu dia ketawa mengejek

Inara tidak mampu berkata apa-apa. otaknya sudah memikirkan yang bukan-bukan tadi. muka Inara sudah merah menahan malu

"Jangan cakap kau fikir benda lain tadi.."kata Haidar menuding jari kearah Inara

Inara berkerut kening
"Haha! Tak tak!"dia memandang kearah lain
Haidar tersenyum senget

"Dah lah..Thanks!"kata Inara lalu menyusup ke dalam tandas dengan pakaian tidur di tangannya. mahu menukar di dalam tandas

🤍🤍🤍🤍🤍🤍

Puas dia berbaring ke kiri ke kanan, masih juga tidak dapat melelapkan matanya. mana taknya, dia tidur atas lantai Haidar pula tidur atas katil. Dia bangun melihat Haidar yang sudah terlelap
"Haidar?...awak..."
"Kau nak apa?...."lah belum tidur rupanya. "Saya tak boleh tidur lah..."

"Apa kena mengena dengan aku?"

Inara menggulingkan matanya. "Kejam lah awak ni, katil ni kemain luas awak nak jugak saya tidur bawah". "Awak..bagilah saya tidur atas katil ni ek?"

"Tak boleh..aku tak percayakan kau..."

"Saya nak tidur je lah, bukan buat apa pun.."

Senyap

"Saya tidur sini ya..."
"Hurm.."
Inara tersengih lalu merangkak naik ke atas katil membaringkan tubuhnya. lega!
Dia menggapai selimut lalu menyelimuti tubuhnya

'Tak sangka betul kan, we're married..'dia memerhatikan wajah Haidar. entah kenapa tangannya turut memegang wajah Haidar yang sudah terlelap. dia mengelus-elus. "Saya sayang awak"
Tidak lama selepas itu dia juga turut tertidur


PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang