19: LUKA

4.4K 124 4
                                    

"ARGHH!!"Inara berteriak nyaring menyebabkan Khalil bertindak menutup mulutnya. Dia mengunci kedua tangan Inara lalu menggendongnya. semakin kuat rontaan dan jeritan Inara

"Shhh diam...aku nak temankan kau ni..."

"Kau gila ke? siapa kau?! kenapa kau buat aku macam ni?"

Dalam masa yang sama Khalil mengeluarkan tali dan kain dari poketnya. tanpa menjawab soalan dari si gadis, dia mencuba mengikat kedua tangan Inara namun tidak sempat apabila Inara menendang dada lelaki itu dengan kuat sehingga terjelepok di lantai. kesempatan itu digunakan Inara sebaik mungkin

"Kau nak pergi mana bodoh?!"lelaki itu bertindak menarik kaki Inara sehingga terjatuh. Inara mencuba melepaskan diri dari pegangan namun gagal. "Lepaskan aku!!" Khalil berjaya menindih tubuhnya menyebabkan Inara tidak bisa bergerak kerana Khalil pandai mengunci pergerakannya

"Kau memang cari pasal dengan aku kan?! bila aku suruh diam kau diam je lah!"wajah Khalil yang tadinya tenang bertukar seperti singa yang kelaparan

"Arghh!! kau nak apa setan?!"Inara meronta sekuat hati. tangannya terasa sakit digenggam erat oleh lelaki bangsat ini
"Lepaskan aku!! gila!!"

Pangg!! tamparan hinggap di pipi kiri Inara. pandangan Inara serta-merta menjadi kabur. bibirnya pecah mengeluarkan berdarah. kuatnya tamparan itu

"Diam!!!"

Pangg!! sekali lagi dirinya ditampar

Ketakutan Inara sudah tidak dapat dibendung lagi. air matanya turut mengalir laju sehingga terdengar esakan
Tidak! dia tidak boleh mengalah. dia harus berpura-pura pingsan untuk lelaki itu melonggarkan pegangan. dia menutup matanya perlahan-lahan

Khalil tersenyum puas. seperti tekaan Inara, Khalil bangun dari menindihnya. Inara pantas menendang Khalil yang sedang leka

"Kurang ajar!!"jerkahnya

Inara termengah-mengah berlari dengan sepenuh tenaga menuju ke atas, bilik Haidar sahaja yang paling dekat dengan tangga. dia terus melusur masuk lalu mengunci pintu kamar. "Isk..isk.."tangisan terhambur. dia takut

Bunyi derapan kaki semakin mendekat.
"Buka pintu ni betina!!"bunyi suara dari luar menggendur pintu dengan keras. Inara menekup mulutnya supaya esakannya tidak didengari

"Buka!! kau jangan sampai aku masuk, mampus kau aku kerjakan! kau nak keluar atau aku yang masuk?"suaranya bertukar kendur sebelum senyap sunyi. tiada suara lagi. Lelaki itu sudah putus asakah? Inara bertelaah. tidak mungkin..

Dia menghembuskan nafas lega. sekurang-kurangnya dia boleh berlindung disini sebelum polis datang. tapi kenapa polis tidak juga kunjung tiba padahal dia bergelut dengan Khalil sudah lebih dari 15 minit. baru dia teringat telefon bimbit terjatuh di bawah

Tombol pintu bergerak-gerak seolah-olah akan di buka dari luar. "Kau nak tahu tak? semasa kau tinggalkan fon kau dekat bawah, aku yang cakap dengan polis tu supaya tak payah datang, aku cakap penyangak tu dah lari lepas kau ugut call polis...HAHAHAHA! lama juga polis tu menunggu kau di telefon, memang polis sangat, bodoh betul..makan gaji buta.."

Inara menangis dalam diam. sekarang sudah tiada sesiapa yang dia boleh harapkan. Haidar sudah tentu pulang lewat

Tiba-tiba pintu terbuka. Inara terkejut apabila Khalil menjengukkan kepalanya dengan senyuman sinis. "Macam mana..."
Lalu kunci pendua dilempar Khalil ke sisi. Inara berundur ke belakang

"Jangan..apa-apakan aku"kata Inara

Khalil mendorong Inara sehingga menyembam lantai. tubuh Inara kembali ditindih lelaki itu. kali ini lelaki itu bertindak lebih gila dengan menjilat pipi Inara. "Manis.."katanya. Inara mengelak. "Jangan sentuh aku lah bangsat!"dia meronta-ronta

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now