27:HARIZ

3.6K 110 0
                                    

"Ish! mana dia ni? kata pukul 6"punggungnya sudah kematu menunggu Khairul yang tidak muncul-muncul dari tadi

Setelah hampir 1 jam kelibat Khairul akhirnya kelihatan
"There he is"Rina bingkas bangun menuju ke arah Khairul. Namun dia sedikit terpegun

"I'm sorry, I tertidur lama sangat tak sedar dah pukul 6 lebih"

Perkataan Khairul tidak disambut oleh Rina yang hanya menatapnya sahaja. Khairul yang pelik menggaru belakang tengkuknya. 'Marah sangat ke? cakap pun tak'

"I'm so---"

"You pakai minyak dagu ke?"

Khairul tidak tahu mahu membalas apa. dia turut keliru. Minyak dagu? apa Rina merepek ni? memang tidak la dia buat benda syirik macam tu

"What?"

Rina yang bagaikan tersedar cepat-cepat menggeleng. apa yang dia cakap tadi pun tak tahu
"Tak ada apa lah, jom!"dia berjalan laju meninggalkan Khairul yang terpinga-pinga

Gru..gru...

"Bunyi apa yang kuat sangat tu?"Khairul memandangkan wajah Rina meminta jawaban

"You pandang I kenapa? I lapar, biasalah tu"

Khairul tergelak halus. "Kita pergi makan dulu"dia menyeret lengan baju Rina supaya mengikutnya

Mata Rina tertancap pada sesuatu. mereka berhenti secara tiba-tiba. merenung keramaian yang masuk ke dalam masjid. naungan azan merdu terdengar. memandangkan jarak dari hotel ke parking agak jauh, mereka harus berjalan di hadapan masjid

Rina merasakan sesuatu di dalam dirinya. dia kembali mengimbau tentang dirinya yang selama ini hanya bergelumung di dalam maksiat dia sudah lama tidak melakukan yang wajib, adakah Tuhan akan menerima taubatnya? Rina sempat bermonolog di dalam hatinya. tanpa dia sendiri sadar matanya sudah mengalirkan air mata

"Rina.."panggil Khairul. raut wajah risau terpasang apabila melihat Rina menangis. Dia juga turut memandang masjid, sepertinya dia tahu asbab Rina bertingkah begini

"You okay?"

Rina tersentak. "Of course I okay, jom lah I lapar..terpacak dekat sini bukannya kenyang"bahasnya mahu menutup rasa yang berbuku dihati

--------

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam!"

Inara tergopoh-gapah menyiapkan sajian terakhir di atas meja lalu menuju ke pintu utama. sebaik sahaja pintu dibuka, tubuh kecilnya di peluk erat. mata Inara terbuka luas. terkejut

"I miss you so much Lea"kata lelaki itu

"Riz.."panggil Inara. "Can you let me go"risau dia kalau suaminya salah faham

"Nara, siapa yang....."

Baru sahaja disebut. Haidar sudah ternganga melihat lelaki asing itu memeluk isterinya. dihadapan matanya.
"Get your body off my wife! kau ni siapa? masuk rumah orang peluk isteri orang"marah Haidar mengenggam leher baju jejaka itu

"Awak sabar! dia ni sepupu saya"

Haidar perlahan-lahan melepaskannya

"You're married?"tanya Hariz

Inara menghembuskan nafas berat. macam mana pula si Hariz ni tahu dia tinggal di sini. 'wrong timing' betul. dia memandang wajah Haidar dan Hariz silih berganti

"Riz, kita borak dekat dalam"Inara berjalan meninggalkan mereka seorang diri di muka pintu

Haidar memandang Hariz semula. "Suka hati je peluk isteri orang"muka Haidar berubah ketat

"Heh! aku tak tahu pun la Lea dah kahwin. apron cantik ek, HAHAHAHAAA!"

"Kurang asam betul, baru je jumpa 5 minit"apron direntap kasar

"JADI, bila lagi Lea kahwin"Hariz sudah penuh mulutnya dengan nasi dengan lauk sambal sotong buatan Inara. kebetulan dia baharu selesai memasak, dia mengajak sekali Hariz makan bersama

'Kenapa seram sejuk ni?'terkejut Hariz saat ditenung tajam oleh Haidar dihadapannya

Tsing!

Gulp! Hariz menelan air liur

"About..5 months"jawab Inara

"Dah tak ada peluang lah kita, padahal dulu arwah mak Riz nak sangat kita ni nikah"

Kata-kata Hariz membuat Inara bungkam. dia mengerling ke arah Haidar
"Er..dah bukan jodoh kita, apa susah Hani kan ada"

Haidar mengomel sendiri di dalam hatinya. 'Dia ni saja nak sakitkan hati aku ke apa? bini aku ni pun sibuk ajak dia ni makan sekali, hilang selera aku nak makan'

"Hani? anak pak long Deraman?"

"Ya.."

"Tak nak lah, nak yang macam Lea..."

"Kau nak ke calon biar aku yang carikan khas untuk kau"celah Haidar. senyum paksa diberikan

"Boleh juga tu, Riz nak?"

"No thanks.."jawab Hariz ringkas. "Nak cari yang macam Lea bukan senang"tambahnya lagi. dia sengaja mahu menguji Haidar

Haidar bingkas bangun. "Tak sekarang ni, yang kau nak sangat 'macam' isteri aku dah kenapa? banyak yang lagi bagus dari dia kan?!"

Inara terkejut Haidar meninggikan suara secara tiba-tiba

"Kau nak cakap yang Lea tak cukup bagus ke macam mana?"

Haidar tersedar dia sudah tersilap bicara.
"Aku tak maksudkan macam tu! apa yang yang cuba cakap......."

"Dari awal aku dah agak yang kau ni tak cukup bagus untuk Lea, dia tak sepatutnya kahwin dengan kau!"

"Kau ingat aku tak tahu ke kau siapa?"

"Apa maksud kau ni?"berkerut dahi Haidar

"Kau orang yang dah buat Lea menderita selama ni!"

"Hariz!"panggil Inara

"What? betul lah apa yang Riz cakap kan?"

"Riz! Riz tak tahu apa-apa pasal benda ni, boleh tak tolong jangan ungkit kisah lama"

"Lepaskan dia, biar aku yang jaga Lea, aku akan kahwin dengan dia"lantang Hariz menyuarakan isi hatinya. "Itu tujuan aku datang sini, aku tak sangka yang Inara betul-betul kahwin dengan orang macam kau"

Buk!

"Kurang ajar! you better watch your mouth! aku tak akan lepaskan Inara! kau ingat dia tu barang ke nak bagi sesuka hati?!"amuk Haidar

"Hariz! awak tolong balik dulu please!"

Hariz berjalan mendekati Haidar. "You better treat her better then"lalu keluar dari rumah itu. darah di bibirnya diseka kasar

Dia sungguh tidak menyangka sepupunya itu akan bertindak sejauh ini. siapa pula yang beri alamat mereka pada Hariz. kalau dia tahu perkara akan sejauh ini, dia tidak akan mengajak Hariz masuk
"Awak jangan pedulikan sangat apa yang dia cakap, saya akan jelaskan dekat dia nanti"Inara mengurut kepala. dia merasa pening. dia mahu melangkah pergi ke kamarnya terhentikan oleh Haidar yang memeluknya dari belakang

"Kau menyesal ke kahwin dengan aku?"

Inara menarik nafas. "Saya tak pernah rasa macam tu, I never regret it"peningnya datang lagi. dia perlahan-lahan melepaskan tangan Haidar. dia harus berbaring sebentar di biliknya. "Awak, kita tak payah lah cakap pasal ni lagi, saya nak rehat..saya penat"

Haidar merasa seperti dihindari oleh Inara hanya terdiam

















PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now