MIP 1 ☁

82.8K 2.8K 334
                                    

" Dahlia kau nak makan apa , aku nakgi beli ni." Ariana menyoal sebaik sahaja punggungnya selamat mendarat diatas kerusi kantin.

Dahlia mengambil tempat kosong berhadapan dengan Ariana. Wajah kusut masai itu tertayang elok dihadapan wajah Ariana menyebabkan wajah gadis itu berkerut hairan.

" Hang makan sorangla , aku takmau." Tolak Dahlia, sopan. Lagipula tadi pagi sebelum berangkat ke sekolah perutnya sudah diisi dengan makanan yang dimasak oleh Puan Ailen. Nasi goreng.

Ariana menganggukan kepala sebelum dia melangkah pergi untuk membeli makanan. Selang beberapa minit dia kembali dengan tangan yang penuh. Yaallah riana. Dahlia melopong, tudiaa ni nak buat kenduri ka apa ni

" Woi hang bela saka ka bongok banyak nak mampos!" Karipap sekali dengan donut 2 plastik ada nasi lemak lagi tambah pulak dengan kerepek pisang , itu belum kira lagi part air.

" Aku takmakan pagi tadi itu yang lapar tu." Ariana tersengih, kepala yang tidak gatal digarunya.

Dahlia memutarkan bebola mata. Alasan! Heleh.

" Aku nak karipap satu. " karipap terletak dihujung meja itu Dahlia capai. Yang si Ariana ni pun satu , awat tak letak kat Amsterdam teruih ja. Jauh nala.


*


Buku tulis Fizik miliknya terletak elok dibawah meja ditariknya keluar sebelum buku itu mendarat elok di atas meja.

"Dryan kau dah siap fizik ke?" Dryan meneleng kesebelah menghadap sang suara. Suara rengusan kecil meniti keluar tatkala melihat wajah beruk sahabatnya, Qayyum. Adalatu niat tersembunyi.

" Aku tahu kau tak siap. " buku fizik itu dia hulurkan sekali dengan pakej jelingan.

Qayyum memang spesies lambat buat kerja sekolah sejak tingkatan tahap lagi tahap pemalas itu sudah membuak buak dalam diri seketul Qayyum Luqman. Tapi result power kecik kecik telan apa entah.

" Terima kasih wahai sohbat akanku belanja mu Starbucks petang nanti."

*

Keluar sahaja Teacher Teoh , kelas yang tadi sunyi sekarang sudah bertukar menjadi pasar malam

Sesak dibuatnya.. Bising!

" Weh weh cikgu Bio tak masuk oh yeah." Alif menayangkan buku lima kepada Danish apabila Danish bertindak mahu memeluk dirinya. Seronok sangat sehingga tidak sedar dari dunia nyata.

Danish, ketua kelas 4Sains Tulen. Dari nama kelas semua kelihatan pandai namun semua itu hanya pandangan dari luar semata mata.

Exam pun study last minit... result cukup cukup makan itu pasti.

Bising dah macam beruk. Bila cikgu marah baru nak diam, alah bukan lama mana pun diam tu cikgu keluar kelas ja semua jadi beruk balik

Takdir .

Nasib baik kelas ini paling atas, sebelah itu bilik dewan peperiksaan jadinya jikalau ada peperiksaan terbesar seperti SPM baru tempat itu dipenuhi orang. Dah kalau takdak exam gitu memang sunyi , sebabtu yang heboh semacam.

" Riana jom gi toilet." Sofia ini spesies rajin pergi tandas yang kena temannya Ariana. Tu pun nasib kawan tidak dah lama dah kena pelangkung rasanya.

" Ha ya ya , weh Dahlia aku teman Sofi gi tandas eh bye." sempat dia melayangkan flying kiss kepada Dahlia.

Dahlia ketawa kecil. Matanya tertumpu pada novel dalam pegangan semula.

" Dahlia kau ni rajin sungguh baca novel bagai ni , better kau datang sembang dengan aku , aku bosan ni. "

Dahlia menoleh ke arah Darwish membalas tatapan mata sang lelaki sebelum dia bertindak menjatuhkan novel dalam pegangannya di atas meja.

" Apa hang?" orang tengah sedap sedap baca novel time ni la nak kacau pun.

" Kau tau tak haritu ada junior form 1 minat kat aku dho lepastu pergi dm aku kat insta tanjat boboy."

" Ya ya la tu , hang accept dak ? "

" Tak , malas aku petang masih muda."

" Petang masih muda otak hang , ka hang ada minat kat orang lain acecece sapa tu ?" Time time macam ni la kena korek rahsia hoho.

Kita sebagai rakan yang berwibawa seharusnya mengorek semua cerita macam ini ya kawan kawan

" Uish memang tak la i is too young too pikir pikir." betul apa, aku muda lagi untuk fikirkan perkara yang tidak munasabah sedemikian rupa. Betul atau tidak?.

Ya betul sekali.

Bagus semua

" Heleh hang ni gedik aih aku ketuk satgi apa takdapat." wajah jengkel Dahlia tayangkan kepadanya

Seminit dua minit , pecah tawa si darwish habis semua benda ditamparnya. Ada sehari itu , dia gelak hingga terguling guling dirinya diatas lantai tatau nak cakap happy ka meroyan.

Sian kadang kadang.
























*

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now