MIP 6 ☁

26.5K 2K 511
                                    

" Kelas lepas waktu ni cikgu tak masuk kelas tau." Cikgu Fatin iaitu cikgu bagi subjek bahasa melayu berkata sambil mengemas barangnya di atas meja.

" Memang la cikgu tak masuk kan dah habis class cikgu. " ok mulut si Imran ni memang takboleh control, dia cakap main lepas ja. Kadang rasa nak bagi penampar juga.

" Ambui Imran mulut tu nak kena potong ka? " Dahlia soal sinis.

" Ala Dahlia kau ni garang aaa aku melawak je.. "

Dahlia menatap Imran tajam.

" Hehe okay okay, cikgu kenapa tak masuk kelas lepasni?" ha sopan pun

Cikgu Fatin lihat pertengkaran kecil tadi ketawa diikuti murid lain. Semua orang dah masak dengan perangai Dahlia dengan si Imran ni lagipun dia tak maksudkan saja main main. Gaduh gaduh manja ha gitew.

" Eik takut ke Imran? " Cikgu Fatin mengusik.

Dekah siak..harap muka ja garang tapi penakut dengan Dahlia

" Ala cikgu niii..." Imran melipatkan tangan didada tanda protes. Eeee gedikla kau ni Imran geli pulak author.

" Kau kalau buat gitu lagi Imran aku taknak duduk sebelah kau dah macam gay aku tengok geli tho. " Fahmi menolak lengan Imran menggunakan jari telunjuk.

Weh aku nak tukar tempatt. Tolongla author, tah sejak bila si Imran ni gedik semacam.

" Kau ni mi aku sepuk kang diam ah! "

Semua pelajar dalam kelas termasuk Dahlia dan Ariana ketawa terkekek kekek melihat Imran dengan wajah masamnya.

Protes.

" Dah dah ni lepas ni tingkatan 4 sahaja tiada cikgu tapi tingkatan 1,2 dan 3 ada cikgu so pengawas dari tingkatan 5 akan turun jaga kelas awok awok semuala. " Cikgu Fatin ni memang sporting sikit sebabtu senang nak bawak gurau.

Tapi haritu ada sorang cikgu ganti masuk kelasni, masuk masuk ja terus marah marah tak tentu pasal. Kalaula ada satu peluang untuk pukul dah lama dia hilang kat muka bumi ni .

Tapi dia cikgu hm. Takpa pendamkan saja

Semua orang menganggukan kepala selepas beberapa minit cikgu Fatin melangkah keluar dari kelas.

" Weh Eliana kau asal tak datang semalam jenuh kami nak menjawab kat cikgu addmath dahla kau je yang pandai kat kelasni. "

Eliana mencebik. Ada ada ja la si Ariana ni result pun cukup cukup makan ja cuy.

" Aku semalam kena gi hospital mama aku sakit. " Ariana menganggukan kepala. Ooo patutla tak datang.

" Pastu sekarang ok tak? "

Eliana angguk " Dah semalam dia kena tambah air dalam badan. "

" Kau tau tak cikgu Taufiq asyik tanya pasal kau je bengang telinga aku dengar." Mana tak bengang kalau boleh hampir setiap saat dia tanya pasal Eliana. Minat anak murid sendiri ke?

" Kau jawab apa kat dia? "

" Bukan aku yang jawab tapi Sofina." Ariana menarik nafas sebelum memulakan bicaranya kembali.

" Dia kata , wahai Cikgu Taufiq Ikmal Bin Muhammad Adham sudah masuk kali kesembilan cikgu menyoalkan perkara yang sama adakah cikgu sudah lupa jawapan yang saya berikan sebentar tadi dan bila kita boleh mulakan pelajaran . Untuk kali kesembilan cikgu , Eliana tidak hadir ke sekolah kerana saya tidak tahu mengapa? Kenapa? Dan jugak apakah yang berlaku. Jadi ada apa apa lagi cikgu? " sekali dengan gaya Sofina dia tunjuk.

Ariana menghirup oksigen yang baru.. Fuhhh hampir habis oksigen dalam badarn aquew

" Ha macam tu la dia cakap."

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now