MIP 30 ☁

30.8K 2K 249
                                    

Lengan suaminya dia rangkul erat, tudung berwarna purple lembut miliknya beralun terbang kebelakang terkena tiupan angin laut

" Ayana." Dahlia menoleh. Rambut lelaki itu yang terangkat angkat ditiup angin menarik perhatiannya.

Kacak!

Tangannya naik menolak ketepi rambut depan Dryan yang menutup kedahi. Menampakkan dahi putih bersih tanpa jerawat. Kening yang terletak elok tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis yang menjadi tatapan hari hari Dahlia. Hidung mancung walaupun tiada campuran serta bibir merah jambu itu, terlalu sempurna.

Perfect!

" Kenapa?" soal Dahlia. Wajah Dryan ditatapnya penuh minat.

Dryan melepaskan rangkulan lengan mereka.

" Tunggu sini. Nak ais krim tak?" pantas dahlia menganggukkan kepala. Dryan tersenyum lalu dia bangun bergerak berjalan ke arah van ais krim seberang jalan.

Dryan datang semula dengan ais krim ditangan. Dahlia mencapai aiskrim yang dihulur kepadanya laju saja dia menjilat ais krim itu.

Sedap!

" Ayana." terhenti tingkah laku dahlia.

" Hm?"

" Comot tu, sini." tisu atas meja dia tarik keluar lalu mengelap hujung hidung mancung milik Dahlia. Tersenyum kecil dahlia dibuatnya. Dryan gigit sekilas ais krim gadis itu sebelum punggung dihempaskan kembali atas kerusi.

" Halah dryan kenapa pi gigit ais krim ni." memuncung bibir Dahlia. Nasib baik sikitja

" Takkan nak gigit kau pula." kata Dryan selamba.

" Gatal." Lantas Dahlia kembali fokus pada aiskrimnya. Dari fokus kat dryan lagi mengarut dia nanti.

" Nanti balik aku gigit kau." tercengang dahlia.

" Hang gila pa kat luaq ni diamlah." aiskrim yang tinggal lagi sedikit dia ngap habis semua aiskrim itu masuk dalam mulut.

Dryan bangun dari kerusi diikuti Dahlia, sling bag dahlia dia ambil lalu disangkutkan pada bahunya. Jari jemari mereka disatukan.

" Jom."

" Takkan nak balik dahkot?"

" Dah pukul 2 lebih panas jom balik." Dahlia angguk pasrah. Dari pagi lagi sebenarnya diorang sudah keluar merata tempat dijelajah. Gambar pun banyak Dahlia tangkap.


*


" Dryannnnnnnnn...." dahlia melompat naik atas katil Dryan.

" Kenapa?"

" Nak fon." terjongket sebelah kening Dryan.

" Nak buat apa dengan fon aku?"

" Bagi jala aduh." Telefon dryan dipegangannya Dahlia rampas lalu gallery dibuka.

Gambar mereka berdua dipersisir pantai sambil berpandangan antara satu sama lain menjadi pilihan dia letakkan pada wallpaper telefon itu.

" Cantiknyaaa.." Dryan memanjang leher melihat skrin telefon.

" Apa yang cantiknya.?"

" Gambaq aku cantik tengok aku senyum senyum gitu acehh." pujinya sendiri. Pandangannya beralih pula pada Dryan disebelah dalam gambar itu. Dryan tika itu yang hanya berseluar hitam pendek tambah pula baju putih yang tidak dipasang kancing tiga diatas lengan yang berurat terlihat akibat lengan bajunya yang disinsing ke atas siku.

YAALLAH HOTZZ SANGAT.!

" Aaaaaa dryan cuba ukur jari kita." Tangan Dryan dia tarik lalu telapak tangan mereka bersatu. Nampakla yang jari Dahlia ni kemetot ja dryan punya pula besar sikit. Tiba tiba jarinya hilang dalam genggaman.

Eh?

" Ni lagi cantik." Dryan tersenyum kecil melihat tangan dahlia yang comel itu masuk dalam genggamannya.

Gewram!

" Heleh dah lepaslah." Dryan menggeleng.

" Aku nak tengok gambaq ni lepaslah." buat kali kedua dryan balas dengan gelengan.

Dahlia mengeluh perlahan. Telefon Dryan dia ambil semula lalu semua gambar mereka dia lihat satu persatu walaupun sebelah tangan lagi Dryan makin eratkan dalam genggaman.


*


Terasa seperti seseorang menganggu lenanya, dia mencelik sebelah matanya. Dryan yang sedang bermain dengan telinganya menyapa pandangan gadis itu. Wajah Dryan tampak seperti baru bangun tidur patutla manja semacam.

" Sini boy." Badan lelaki itu ditarik masuk dalam dakapannya. Kepala dryan terletak elok pada dada Dahlia. Matanya kian memberat kembali lalu mereka berdua masuk ke alam mimpi sambil tangan dahlia mendodoi belakang badan Dryan.

Selang beberapa minit Dryan terjaga. Dahlia masih lagi statik tertidur tiada langsung tanda tanda untuk bangun. Penat mungkin kerana baru semalam sampai ke rumah.

Tangan lelaki itu naik bermain dengan telinga Dahlia.

Habit.

Sebelah tangan lagi dipinggang Dahlia. Kepala pula masih diatas dada isterinya, sedang jari itu bermain dengan telinga dahlia gerakan badan Dahlia memberhentikan jarinya. Kepala dilangutkan mencari wajah gadis itu.

" Ayanaaa." Mata dahlia tertutup rapat, panggilan Dryan dia balas dengan deheman.

Dryan menginjak naik ke atas sedikit menyamai paras kepala Dahlia, pipi Dahlia dia cium sekilas. Dalam mamai mamai pun gatal nak kiss orang.

Heh.

Dahlia melilitkan tangan pada pinggang Dryan yang berada di atasnya.

" Bangunlah." Dryan menjatuhkan kepala disisi kepala gadis itu. Dicium berkali kali sisi kepala itu.

Addicted sangat dengan bini sendiri. Dulu kemain sombong. Nak dekat pun siap marah marah lagi. Now?

" Ngantukla." katanya. Walaupun badannya kini sudah dihempap penuh oleh badan suaminya masih sahaja pelukkan dieratkan.

Tiada gangguan.

" Kiss la dulu." pinta Dryan. Kepala diangkat menghadap wajah Dahlia. Dahlia mencelikkan mata telapak tangan dilekapkan pada wajah lelaki itu lalu pipi kanan Dryan dia cium sekilas.

" Sebelah lagi." Dahlia hanya turuti, lalu bibirnya dilabuhkan pula pada pipi kiri sang suami.

Hidung Dryan juga diciumnya sekilas. Sesaat bibir Dryan memuncung.

" Sini pun nanak." pintanya seperti budak kecil membuatkan dahlia tersenyum dalam ngantuknya. Bibirnya dilekapkan pula pada bibir Dryan lalu dijauhkan semula. Matanya terpejam erat kembali.

Mengantuk..

Tersenyum lebar dryan jadinya.

Gatal.

Dryan mencium kantuk mata Dahlia yang kini sudah tertutup rapat kiri kanan lalu dia jatuhkan kembali kepala disisi dahlia.

" Sleep well my girlfriend."



























*

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now