MIP 8 ☁

23.9K 1.8K 268
                                    

Kelas yang tadi bising makin berkurangan. Kerusi ditolak kebawah meja. "Dahlia jom balik "

" Aku balik dengan orang lain weh.. " Dahlia menggaru kepala. Macam mana nak cakap eh?

Ariana memandang pelik. Keningnya bertaut. " Dengan siapa?." Ariana ni jenis protective sikit. Tu yang kena explain satu satu.

Serem.

" Erk dengan dryan. " Dahlia mengambil botol air talinya lalu disangkutkan pada bahu kanan. Lunch box dan buku teks berada dalam pegangan.

Penuh.

Ariana tersenyum. Senyuman paling menakutkan di abad ini. Ah sudah ni apa lagi. Harap dia tak soal banyak la.

" Hang takyah duk pikiaq kot lain nah harini baba dengan ibu aku ada hal diorang suruh balik dengan dryan " Dahlia menerangkan satu persatu.

Ariana ni bukan boleh sangat. Kalau boleh semua benda dia nak terkejut. Paling tak pun dia ship. Ship tu memang tahap gaban punya aaa. Jenuh aku nak mengelak.

" Alright boss take care aku blahh dulu byee " Dahlia membalas lambaian ariana sebelum dia turut ikut keluar dari kelas.

Tingkat bawah dituju. Kelas dryan ni bahagian bawah satu tingkat dari kelas Dahlia jadi tak jauh la sangat yang jauh tu bila kena belok belok tu yang penat tu.

Tepat didepan pintu kelas dryan dia berhenti. Yang paling sakit hati semua orang tak keluar kelas lagi. Cikgu pun tengah mengajar lagi. Yallah panas pulak hati aku.

' Hish dah kalau keluaq lambat Habaqla aku hangat dah ni ' dahlia mengibas ngibas wajah dengan tangan. Dia duduk di tepi koridor.

Maleh aku.

Lima belas minit berlalu, baru orang dalam kelas beransur keluar. Dryan memanjangkan kepala mencari dahlia dannn jumpa pun.

Dahlia yang sedang membaca novel itu dia dekati. Dryan membongkokkan badan "Ayana jom. "

Dahlia tersentak. Sejak bila pula dia mai. Tanpa banyak tanya dahlia bangun dari duduk. Buku yang senget dibetulkan mukanya merah menahan panas.

" Kalau lambat habaq la panas tau dak." suara dahlia bergetar. Mata menahan tangisan yang bakal mencurah sebentar sahaja lagi.

" Dahla orang mengantuk ni duk buat hal pulak." sambung dahlia lagi. Air mata menitis.

Spesies dahlia ni memang cepat nangis jangan ingat kalau dia garang hati dia keras tau. Mudah beremosi minah ni. Kalau mengantuk memang dia murung. Sebabtu kalau dia tidur jangan ganggu nanti kompem kena bebel.

Dryan membongkokkan badan kepalanya menyamai paras dahlia. "Don't cry Ayana, we are not marry yet. I can't persuade you." That voice. Dalam.

Dahlia tersentak cepat cepat dia menyeka air mata dengan lengan baju. Pandai pulak pujuk ingatkan pandai jadi beku ja.

Dryan mencapai botol air dahlia yang berada di bahu kemudian dia sangkutkan pada bahunya.

" Dah jom balik." Dia menarik lengan baju dahlia agar mengikutinya. Masih berlapik. Bagus dryan ni bakal husband material sangart.

Haleh..

Dahlia menarik semula lengannya tetapi tetap tidak terlepas. Dahlia mencebik. Pikir aku ni anak dia ke..



*



" Dahlia."

Dahlia terlompat lompat turun dari tangga. Tempat sebelah baba dia duduk. Ibu yang baru keluar dari dapur juga melabuhkan punggung berhadapan dengan dua sejoli itu.

" Kenapa baba?"

" Dahlia 2 hari lagi dah nak kahwin ready ka belum tu ? " wajah dahlia bertukar muram. Soalan ni yang paling dia cuba hindarkan tapi apa boleh buat.

" Dahlia nak ready apanya malas la pikir lambat lagi pun nak kahwin." dalihnya.

" Dahlia lambat apanya lagi 2 hari kot takkan nak muram macam ni hm" Puan Ailen memujuk. Dahlia ni satu satula anak perempuan yang dia ada. Sebabtu dia nak kahwinkan awal takut umurnya tak panjang.

Bertakung air di tubir mata tuanya. Sayang sungguh dia kepada Ayana Dahlia. Dahlia yang melihat ibunya hendak menangis terus dipeluk tubuh tua itu. Dia mengesat air mata yang jatuh di pipi ibunya.

" Ibu dahlia okay ja nak kahwin ha demi baba dengan ibu juga. Ibu takyahla teriak satgi dahlia ikut sama" dia ketatkan lagi pelukkan.

Puan Ailen membalas senyuman suaminya.

" Eh dahlia ibu ja ka ni baba takmau peluk? " babanya mendepakan tangan terus dahlia berdesup masuk kedalam pelukkan babanya.

" Dahlia sayang baba." Suaranya bergetar tetapi bibirnya tetap mengoyakkan senyuman.

" Ibu sayang tak?"

" Sayanggggg jugaaaa" meleret suara dahlia mengundang tawa dari baba dan ibu.



*



" Ariana esok malam datang rumah aku." pemandangan di taman menjadi santapan mata dua sahabat itu. Meja yang berada berhampiran dengan taman mereka duduk.

Ariana mengalihkan pandangan memandang dahlia." Asal lak? Kau nak gi mana?"

" Pi mana apa lusa kan aku nak kahwin hang ni duk buat lupa 7 keturunan apadia"

" uwuwuwuwuuw dah nak kahwin eh kau jangan melekat dengan dryan je lepasni eh " dahlia menggelengkan kepala. Never. Lagipun memang takla dia nak melekat dengan dryan. Ergh.

" Kita cuti la kan esok?"

" Haah dua minggu cuti. Aku baru rancang nak overnight dengan hang tup tup kena kahwin sapaja tak murung dahla baru umur 16 " dahlia menghirup air kotak milo.

" Kau jangan cakap macamtu Dahlia mungkin baba dengan ibu suruh kau kahwin cepat sebab diorang nak tengok kau bahagia. " Kesian juga dia dengan dahlia tapi mungkin tu yang terbaik jodoh parents kan selalunya yang terbaik ha gitu. Hoho

" Tapi tak ka awai sangat aku takut nanti nak jauh jauh dengan baba dengan ibu lagi. Aku takut riana." air mata yang mengalir dipipi diseka oleh ariana.

Ariana menggeleng "Jangan gini dahlia takpa weh kalau dia ada pukul kau ke, kau inform kat aku biar aku lempang muka dia balik sebab syurga aku bukan bawah tapak kaki dia." pecah ketawa dahlia dan ariana serentak. Air mata pun dari nak keluar tak jadi nak keluar dah.

Murung sis.

" Dia pukul aku, aku pukul balik. "

" Kau ingat aku tak kenal kau ke dahlia? Kau garang dengan semua orang tapi hati kau pun macam tisu ingat aku taknampak kau menangis haritu?" terhenti tawa Dahlia.

" Manada aku menangis la bila masa ha? "

" Masa ada sorang laki tertengking kau sebab salah faham haritu lepastu kau pernah nangis sebab bola basketball terkena kepala kau then kau pernah nangis sebab aiskrim yang kau baru beli kat 7 eleven jatuh tengah jalan. Kau pun pern-"

" Weh dah dah la tu exposed aku aduh malu teruih. " dahlia memotong percakapan ariana. Kang sampai esok tak habis taksangka juga aku ni banyak teriak, aku pun tak perasan.

Mengsedih

" Nak mengelak lagi cik Dahlia?" ariana mengusik. Dah lama sangat dia kenal si Dahlia ni. Since darjah 4 tak silap sampai sekarang. Lama kann, dah macam adik beradik sebab selalu sangat berkepit.

" Fahamm puan! " dahlia mengangkat tangan ke dahi.

Pecah ketawa mereka berdua.


























*

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now