MIP 19 ☁

24.7K 1.8K 81
                                    

Mereka berdua menunggu giliran untuk naik cable car. Nasib harini tak berapa ramai sangat orang yang nak naik. Sampai giliran mereka pula, dryan melangkah kaki masuk kemudian diikuti dahlia dibelakang.

Dia pandang bawah cepat cepat kepala naik atas semula. " Weh dryan kenapa tiba tiba tinggi sangat nii. "

Dryan yang baru sahaja melabuhkan punggung pada tempat duduk berhadapan dengan dahlia memandang dahlia. Kening dijongketkan.

Baru naik dah takut?

" Mana ada cable kat jalan tar." balas dryan statik. Bebola mata bergerak melihat sekeliling. Langit cerah. Cantik pula. Burung burung berterbangan seketika lamunan dia terhenti saat tangan seseorang memeluk pinggang dia dari tepi.

" Kau apahal melekat ni." dryan ingin menjauh tapi ditahan oleh dahlia, mata terpejam erat. Gayat, dengan bergoyang lagi.

" Jauh ayana. "

" Takmau satgi jatuh. " dahlia menggeleng kepala sambil mata terpejam erat. Dryan melepaskan nafas kasar. Nasib kau la dryan dapat bini gini.

" Dryan takyahla duk bangun satgi jatuh faham dak." dahlia menarik jari kelingking dryan apabila dryan ingin bangun dari duduk.

" Mengarut."

Dahlia menjeling tapi tangan masih lagi merangkul lengan Dryan. Takut takut juga lengan jangan lepas.

Tiba tiba cable car itu terhenti tengah jalan. Dahlia yang tadi menutup mata terus ternganga biji matanya. Wajah pucat. Dryan disebelah dia pandang.

" Dryan awat tak bergerak ni?" bergetar suara dahlia kedengaran.

" Rosak kot." lagi pucat muka dahlia apabila mendapat jawapan begitu dari Dryan. Bibir tercebik. Tunggu masa nak berdrama sahaja.

" Jangan nangis ayana." amaran yang diberikan oleh dryan serta merta membuatkan dahlia menangis. Penuh air mata pada wajah miliknya, dryan yang melihat dahlia menangis menjeling dahlia. Kerja menangis aje minah ni.

" T-tak boleh dia keluaq sendiri." bercucuran air mata dahlia mengalir. Seperti air terjun kalau dilihat. Dryan tersenyum senget. Manja sangat ni.

" Sini masuk sini." tangan Dryan depakan tunggu masa sahaja Dahlia masuk dalam pelukkannya.

Dahlia yang tadi memeluk sisi badan dryan terus masuk dalam pelukkan si suami. Erat. Tangan naik membalas pelukkan Dahlia.

" Ayana it's okay look tak mati pun." Dahlia menampar belakang badan dryan, mulut celupar sangat. Dryan tersenyum kecil. Tudung dahlia dia gosok kuat memuncung bibir Dahlia dibuatnya. Rosak awning.

Air mata yang tadi mengalir sedikit sebanyak kurang. Tapi pelukkan belum dia lepaskan, selesa pula.

Halah gedik pulak si Dahlia ni. Maleh aquew..


*


Masuk saja dalam biliknya, dryan yang sudah tidur atas katil terpampang depan mata Dahlia. Jam tangan pada lengan dia tilik, pukul 9 malam dah. Tak sangka lama pula dia melepak kat bilik Ariana tadi, kalau Ariana tak bebel tadi tak balik dia rasanya.

Dahlia naik melompat terjun atas katil. Tatak dia peluk erat, belum sempat matanya hendak tertutup terasa pinggangnya dipeluk erat oleh seseorang.

Baru sahaja dia ingin meleraikan pelukkan, tangan itu menguatkan lagi pelukkan.

" Where are you going just now.? " suara serak basah Dryan membuatkan dahlia terkelu.

Husky.

" Erk tad-tadi p-ergi bi-bilik ariana.?" eh mulut ni tiba tiba gagap pula.

" Dryan lepaslah sesaklaaa." lagi sekali dahlia ingin meleraikan pelukkan tetapi gagal.

" Sleep Ayana." dryan menarik dahlia rapat dengan dirinya. Wajah dahlia terpampang elok depan dada bidang dryan. Dia memeluk erat tatak yang memutuskan jarak antara mereka berdua.

Selepas beberapa minit Dahlia terlelap. Suasana sunyi. Hanya bunyi air laut sahaja kedengaran.

Tenang.



























*

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now