MIP 11 ☁

25.7K 1.8K 55
                                    

Seminggu kemudian -

*


Kelas 4 Sains Tulen bising tanpa kehadiran cikgu. Darwish and the geng tengah duk menggelek kat belakang. Sofina and the geng pula tengah membawang. Kalah makcik bawang kalau tengok.

" Dahlia macam mana cuti haritu?" ariana senyum. Senyuman penuh makna. Senyuman yang membuatkan dahlia berkerut dahi.

" Macam mana apa tidoq la." pelik juga dengan ariana ni. Sebelum ni tak pernah pernah tanya ni tanya pulak.

" Kau ni boleh tahan lembab jugak kan, malam pertama la aduhmak." ariana menepuk dahi.

Dahlia tercengang." Yaallah ariana apo hang ni mengarut apani?"

" Malam pe-"

" Weh malam pertama apa ni sapa kahwin? " Eliana yang datang entah dari mana menyampuk.

" Hahh ha aku taktahu apa apa kau tanya dahlia dia taula." jari ariana halakan pada dahlia.

Nak terkencing dahlia dibuatnya kalau kantoi macam mana.

" Eh takdak apa aih ni dia sem-bang p-asai tu tu ha-"

" Ni pasal kdrama semalam aku tengok tu. Suami dia mati kena langgar." pintas ariana laju. Dahlia yang tergagap gagap tadi menghembus nafas lega.

Fuhhh buat kalau kantoi tadi tak sekolah dah esok rasanya.

" Lepastu apa jadi kat suami dia? " Lah bongok eliana ni yaallah.

Risau den...

" Isteri dia yang langgar sebenarnya. Lepastu kes kena bawa pergi mahkamah aaa maksudnya. Taktahu kena hukum gantung ka apaa." tipu ariana. Harey kencing kuat bhaii ariana ni. Kelentong pandai

Yang Eliana pun terangguk angguk kepala percaya si ariana ni. Aduh punya fokus tu.

" Suami dia masuk icu. Teruk juga aaa dia kena langgar sampai tempurung kepala dia pecah. Suami dia tak sedarkan diri lagi la sekarang ni. "

Sambung ariana lagi. Sumpah expressions muka dia nampak macam betul padahal duk kencing orang. Nampak tak perangai setan dia tu.

" Kesian kat husband dia. Pastu pastu apa jadi?"

Tengok. Punya seronok si Eliana ni dengar. Jahat ariana ni. Temberang kuat. Eliana pun , kesian tengok dia tapi bila nampak muka dia macam bahagia biarlah dia.

Bahagia.

Tamat...



*




" Okay kelas, Hari Khamis ni hari sukan berlangsung. Maksudnya lagi lima hari yang tinggal. So cikgu nak dua orang ahli dari kelas ni pakai mascot. Seorang lelaki seorang perempuan." tenang cikgu Aziana berkata.

Kelas yang tadi sunyi mula riuh rendah.

" Weh alif kau kena pakai lep aku nak tangkap gambar dengan muka seposen kau tu." Darwish ketawa terbahak bahak dengan lawak sendiri

" Taknok aku kau la pakai mesti macam budak minta penumbuk aku boleh ja bagi kalau kau nak." buku lima ditayangkan

Darwish mencebik. Acah

" Cikguu taruk nama Dahlia cikguuu." Lantang suara Ariana kedengaran membuatkan semua fokus memandang dahlia dengan wajah terkejut.

Kenapa terkejut.? Sebab dahlia ni bukanlah seorang yang senang nak melibatkan diri dalam acara sukan.

" Okay dahlia accept saya tulis nama kamu." dahlia tercengang

Dia berdiri dari kerusi. Wajah tidak puas hati dia tayangkan. Ariana memang kuajor

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now