MIP 4 ☁

27.2K 1.9K 294
                                    


"Assalamualaikum Lutfan" laungan dari luar menyentakkan keberadaan mereka di dalam. Pintu hadapan dibuka maka terserlahlah wajah sahabat lamanya itu.

Izzan Ahmad.

"Waalaikummussalam Zan , lambatnya kau sampai." Encik Lutfan membalas salam lelaki itu.

"Ailen tu Mar ada kat dapur masuklah." Dahlia mengikut langkah kaki ibunya masuk dalam rumah banglo tiga tingkat tersebut.

Besar..

Luas.

Cantik.

Tiga perkataan yang sempurna untuk rumah itu.

Setibanya dia didapur kelibat Puan Maria didekati. "Eh Ailen lama tak jumpa kau." Puan Maria membalas pelukkan ibu. Mata teralih pula pada sosok gadis yang berada disebelah sahabatnya itu.

Cantik.

"Tu la kau , ha ni anak dara aku" ibu menolak Dahlia masih dalam terbelenggu disebelahnya ke hadapan. Terdorong gadis itu dibuatnya.

Dahlia menyalam tangan Puan Maria kemudian pipi mulus milik dahlia dicium sekilas oleh Puan Maria

Tersentak.

" Assalamualaikum mak cik. " Dahlia tersenyum. Senyumannya dibalas oleh Puan Maria.

" Waalaikummussalam. Ni jangan panggil makcik nampak tua sangat , panggil mama okay? "

Ibu ketawa kecil.

Huh , mama?

Hukhuk..

" Baik mama. "

Laungan dari ruang tamu memberhentikan gosip mama dan ibu.

Duduk sahaja atas sofa, seorang lelaki menapak turun dari tangga. Tempat paling hujung sekali diambilnya.

Single sofa.

Dahlia mengecilkan matanya melihat gerangan tersebut.

Eh macam kenal..

Zapppppp...Lelaki itu mengangkat wajah, pandangan mereka bertaut.

Adam Dryan.

Dia tersenyum sinis.

Sinis?

Eh macam mana mamat ni ada kat sini? Halamak kalau aku tau ni rumah dia memang tak aaa aku nak datang. Aduhh segan pulak.

Kejadian petang tadi di sekolah, berlegar legar dalam fikiran Dahlia.

Omaigadd !! Someone helpp me !.

Suara baba menyentakkan tautan mereka, terus Dahlia mengalihkan pandangan ke arah lain.

Segan..

" Sebenarnya kami ada benda nak bincang. " papa iaitu uncle Lutfan memulakan percakapan

Ibu menganggukan kepala dituruti mama dan baba mengiyakan kata kata papa sebentar tadi.

Tak semena mena hati dahlia berdegup kencang. Rasa ingin tahu makin membuak buak dalam diri.

Tadi semasa dia bersembang dengan baba, Uncle Lutfan sudah mengingatkan agar memanggilnya dengan gelaran papa. Rasa macam pelik tapi takpala panggilan ja pun

Tanpa sempat papa mahu menyambungkan percakapan, baba sudah memotong.

"Baba nak kahwinkan Dahlia dengan Dryan minggu depan." ton suara naik sedikit akibat keterujaan yang melampau.

Dahlia tersentak. Dryan terdiam.

Mata Dahlia ternganga luas. Kahwin!?

Dryan menunjukkan riak wajah kosong. Tapi dalam hati siapa yang tahu kan. Sis pun tak tahu. Sorry gais tak boleh nak bocorkan rahsia.

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now