MIP 17 ☁

24.2K 1.7K 108
                                    

Dryan turun dari kereta. Bonet kereta terbuka, semua barang yang sudah dipackkan dia bawa keluar. Dahlia turut keluar dari kereta mengambil beg dan patung katak dia.

Dia bawa apa yang perlu sahaja, bukan nak pergi bertahun cumanya patung katak kegemaran dia ja penting. Dryan berjalan masuk pagar sekolah selepas sahaja Cik Man bergerak hilang dari kawasan sekolah.

" Dryan tolong bawa tatak boleh?" dahlia dari belakang berjalan mengejar langkah dryan supaya berjalan seiring dengannya.

Dryan yang hanya membawa satu beg sahaja memandang dahlia. Kening terangkat sebelah.

Tatak?

" Kau bawalah sendiri tatak kau." dryan mengelak terus langkahnya dilajukan.

" Ala dryan tolonglaaa aku nak makan roti..." mata dikelip kelipkan.

Dryan menjentik dahi dahlia. " Mata tu, bak sini tatak."

Patung katak yang sebesar bantal tidur itu bertukar tangan. Dahlia menggosok dahi dalam pada masa yang sama dia tersengih.

Syomel pula shuben kite pegang tatak.

" Dryan mai sini sat hang nak lari mana." dahlia menggamit dryan yang sudah kedepan. Pikir dryan ni anak dia ke?.

" What else ayana.?" kening dryan bertaut.

" Tolong ambil roti semalam ibu beli dalam beg." Dahlia pusing badan. Dryan membuka zip beg dahlia kemudian roti yang paling atas dia ambil sebelum plastik roti itu dikoyakkan sedikit.

" Nah ambil."

Terus dryan melangkah tinggalkan dahlia dibelakang. Macam macam sangat.

Sampai di dewan semua memandang dryan pelik. Kenapa pelik?

Sebab tatak. Semua salah dahlia cakap nak makan roti tapi sekarang dia pula yang hilang. Dryan berjalan mendekati Qayyum yang dari tadi lagi memandang ke arahnya.

" Weh kau kenapa bawa katak ni?" qayyum ketawa. Apo abang pengawas garongs bawa patung katak.

" Ni dahlia punya." dryan meletakkan patung katak tersebut atas pehanya. Qayyum angguk.

" Rajin kau, tolong bawakkan aku punya beg sekali." buku lima dryan tayangkan di depan mata qayyum.

Terus pecah ketawa qayyum. Tak rilek la abang ni.

Suasana yang tadi bising bertukar hening. Sunyi apabila mic berbunyi ketukkan tiga lagi bermakna cikgu akan memulakan percakapan.

" Assalamualaikum, kita akan bertolak pergi dalam 15 minit lagi jadi semua berdiri dan bergerak ke bas yang berada di depan pagar sekolah."

Semua pelajar berdiri dari duduk. Suasana yang tadi hening bertukar bising kembali. Seronok.

Masuk sahaja dalam bas kelibat dahlia paling belakang sekali menyapa pandangannya. Dryan duduk dihadapan kerusi dahlia. Tatak tadi dia pegang. Ingat nak bagi ke oh tidak sama sekali.

" Dryan nak tatak." dahlia menguis nguis rambut dryan.

" No."

Ariana hanya jadi penonton. Seorang kacau rambut seorang lagi taknak bagi katak. Apani someone help me...

" Ariana aku pi duk depan satgi qayyum masuk takboleh nak duk dah." terus tempat sebelah dryan yang kosong dia duduk.

Qayyum yang baru masuk jadi patung cendana. " Weh aku nak duduk mana.?"

" Jangan duduk berdiri."

" Eh monyet diam boleh tak.?"

" Kau tu patut diam duk je la kat memana tu depan sekali pun kosong duduk jela memekak pulak aduh."

Qayyum toleh pandang depan. Semua dah duduk. Ada satu tempat kosong tu pun ada cikgu. Erk. Dia toleh arah ariana kembali.

" Aku duduk sini. Tepi sikit." qayyum menolak barang ariana yang berada pada tempat duduk kosong. Perrgh aku punyala taknak dia duduk sini. Arghhhhh

" Kau ni duk sini asal?!".

" Lantakla takda nama kau kan.?"

Ariana terus toleh pandang cermin tingkap. Dasar dinosaur nak menang sendiri. Dasar gila. Dasar perasan. Dasar galah panjang. Dasar semua dasar.

Cukup.

" So semua dah cukup? Kat sini cikgu letak 25 orang lagi 25 dekat bas belakang."

" Cukup cikgu."

Bergema suara dalam bas.

" Dryan nak tatak." dahlia tarik katak yang berada dalam pelukan dryan. Tadi bukan takmau ambik masalahnya aku rasa nak terbuang tadi tu pi tandas dulu.

Dryan menguatkan lagi pelukan. Tadi taknak sangat. " Nak dryannnn." rengek dahlia.

Akhirnya terlepas juga katak tu dari dryan. Dari nak nangis tak jadi nak nangis dah.

" Makasehh heeee." sengih dahlia menampakkan giginya yang sebaris dan taring kecil.

Comel.

" Heh." headphone di leher dia letak pada telinga kembali.



*


Dryan melangkah turun dari bas. Dahlia pula dibelakang membontoti dryan bersama dengan ariana. Lengan ariana dia rangkul.

Pantai cenang. Indah.

Mereka menginap di Tubotel Langkawi yang terdapat di pantai cenang. Cantik. Kawasan pun luas. Sea view.

" Dahlia awak mari sini kejap." Cikgu Fatin memanggil dahlia. Dahlia tadi tengah bersembang dengan Cikgu Aziana melangkah dekati Cikgu Fatin.

" Kenapa cikgu?."

" Awak sebilik dengan Adam." dahi dahlia berkerut. Adam?

" Adam mana pulak cikgu bukan mahramlah takmau saya dapat dosa. "

" Apa dosa pulak halal la kan dah kahwin."

" Saya kahwin dengan sapa pulakni?."

" Adam mana cikgu saya mana kenaii satgi jenuh kena jawab kat padang masyarr pulak." sambung dahlia lagi. Sekali dengan pakej padang masyar dia tazkirah.

" Adam Dryan." Cikgu Fatin tersenyum senget melihat dahlia yang terdiam.

Tahu sangat dah.

" Takmau aaa cikgu saya takmau.!" orang mai sini nak spend time dengan member tiba kena sebilik dengan dia. Gila apa.

" Mama adam dah suruh tempah bilik tu untuk awak dengan dia."

" Ala cikgu ni. Dryan tau dak?"

" Tahu lama dah mama awak kata."

" Haih saya malaihla boleh dak kalau buat buat lupa?" Dahlia menggocang lengan cikgu Fatin. Mata dikelip kelipkan tetapi dibalas dengan pandangan tajam cikgu Fatin.

" Hala cikgu hala hala hala hala cikgu menang bye cikgu."

Dengan langkah longlai dia pergi meninggalkan semua orang. Biarlah aku keseorangan. Aku redha. Mungkin ini yang terbaik buat diriku.

Selamat jalan semua.

































*

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now