MIP 2 ☁

36.8K 2.3K 191
                                    

Turun dari tingkat atas, kelibat ibu dicari dan jumpa pun

" Baaaa! "

" Allah Ayanaa Dahliaa!! "

Raga baju berada ditangan ibunya jatuh akibat sergahan tersebut. Nasib sayang anak tidak memang aku tanam kat semak hujung taman tu

" Hehe ibu Dahlia lapaq pulak. "

Puan Ailen menjeling manja " Dah tu nak suruh ibu buat apa cik adik manis." Terkekek kekek Dahlia ketawa

" Ibu masak apa harini ?. " Dahlia bertanya sebaik sahaja dia siap mengutip baju yang berterabur di lantai.

" Ibu masak ayam kicap dengan sambal ikan tu atas meja, makanlah. Ibu nak pergi sidai baju kejap."

Tudung saji atas meja dibuka... Fuhhh wangi semerbak makanan

Lain maciaammm

Dahlia mengambil pinggan di rak belakangnya kemudian terus dia menjamah makanan tersebut. Perut lapar.




*




Telefon tepi katil diambil kemudian nombor seseorang dicari. Bunyi panggilan diangkat kedengaran, bibir munggil milik gadis itu mengoyak senyuman manis.

"Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh cik Ariana Batrisyia Binti Muhammad Zain Fakhrullah."

Fuhh....panjang kemain

" Ya waalaikummussalam waramatullahi wabarakatuh ya habibi ya maulana, rasanya seperti mahu menampar aja muka kamu."

Ketawa besar Dahlia dihujung panggilan

" Riana mai sini weh movie jom."

Ariana memang dah macam ahli keluarga Dahlia , siap ibu Dahlia pun dipanggilnya ibu .

Sharing is caring... Giteww

" Cun !. Lagi 15 minit aku sampai. "
Panggilan ditutup

Dahlia melempar telefonnya ke atas katil semula kaki mengoyak langkah keluar dari bilik. Television dibuka. Hard disk dia pasang.

Selepas lima belas minit , laungan seseorang kedengaran.

Mesti Ariana!

Movie Conjuring menjadi pilihan. Penuh dengan suara jeritan anak dara itu di ruang tamu. Nasib baik Puan Ailen tengah melepak belakang rumah. Tidak boleh pekak oi.

Nyaring!

" WEHH WEHH HANTU TU TAKDAK MATA !"

" WEH KAU JANGAN MACAM MACAM ! "

" HANG TAKYAH JERIT BONGOK . PEKAK TELINGA AKU ! "

" OTAK KAU , KAU PUN SAMA ! "

Serak suara Ariana akibat banyak menjerit, habis semua ruang tamu itu bersepah.

" Weh riana cerita habih dah hang duk katup mata hang lagi dah pasaipa? Ariana membuka perlahan lahan bantal takut kalau dahlia menipu.

" Hang duk bukak pelan pelan apa dah habih dah pun takdak nak kejaq hang aih." Bantal dalam dakapan Ariana direntap.

Kasar.

" Kau cakap aku kau pun menjerit macam mak hilang anak tadi sampai ketuk ketuk aku dengan bantal." Ariana menjeling.

Dahlia tersengih. Betul la tu tapi tak takut pun. Hati kena kental. Aceh perasan tadi siapa yang nak menangis tadi tah.?

Ala author ni diam la.

" Hang menang hang menang dah balik sana nak dekat senja dah ni satgi mak hang beletiaq pulak. " serta merta ariana bangun mengejut dari sofa.

" Haah la weh aku balik dulu bye."




*




Buku teks dalam pegangan diperbetulkan agar tidak jatuh. Baru sahaja kaki melangkah masuk kedalam pagar sekolah melepasi pak guard bahunya dirempuh kasar oleh seseorang.

Halamak.

" Aku takpaham sungguh la awat yang jalan taktengok depan tatau, duk mai terjah orang pepagi ni."

Mulut Dahlia terkumat kamit membebel sambil itu tangannya mengutip kembali buku yang bertaburan atas jalan.

" Mata kau letak mana hm ." dalam dan garau suara seseorang menampar gegendang telinga Dahlia .

Husky.

Dahlia bangun dari bertinggung lalu habuk melekat pada buku teksnya dikuis kuis agar bersih semula.

" Mata letak kat mukala kat mana lagi soalan takmasuk akai langsung aduh " terbahak bahak Dahlia ketawa tanpa dia sedar tatapan tajam lelaki itu menikam wajahnya.

Perasan tatapan tajam itu terus dia terdiam... Takut pulak ? tadi gelak sakan sangat

Pffftt..

" Dah puas gelak? "

Senyuman yang terlakar diwajah terus mati, Dahlia meneguk air liurnya kasar. Dia tersengih menampakkan gummy smilenya. Perfect.

Seketika kepala didongakkan memandang lelaki didepannya kini. Tinggi nak hayun!

Tak berkedip mata Dahlia memandang mata lelaki itu sebelum dia menjatuhkan pula pandangannya pada nametag yang tersemat elok pada baju biru lelaki tersebut.

' Adam Dryan ' wow nama cantik!

Dryan memandang pelik ke arah Dahlia. Laa tak pernah tengok orang ka minah ni. Jarinya naik menjetik kuat dahi sang gadis.

Bibir lelaki itu menghampiri telinga Dahlia disebalik tudung sekolah gadis itu.

" Watch your eyes dude."

Badan ditegakkan semula, tangan diseluk masuk kedalam poket seluar sekolah.

Jari runcing milik Ayana Dahlia naik menggosok perlahan dahinya yang baru dijentik oleh Dryan.

" Allah zina mata rasa macam dah lambat ni." jam pada pergelangan tangannya ditilik

" Ha betui la lambat dah cau lu paper roger."

Gadis itu melambai tangan lalu berlari meninggalkan lelaki yang masih statik melihat ke arahnya tanpa ada tanda tanda untuk bergerak. Dia menghantar perjalanan Dahlia dengan ekor mata.

Sesaat bibir hujunh bibir itu ternaik sedikit. Smirk. Hanya sementara kemudian dia membekukan semula wajahnya. Dingin.

Kaki melangkah mendekati pagar sekolah menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas.


























*

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now