MIP 10 ☁

26.7K 1.9K 207
                                    

Dryan melangkah masuk ke dalam bilik dahlia. Tuala dalam beg dia ambil kemudian menapak masuk keruangan bilik mandi.

Tuala dililitkan dipinggang. Pintu bilik air dibuka.

" ARGHHHHH IBUUU ADA HANTUUUU TAK PAKAI BAJUUUU!!!" Dahlia menjerit menutup mata dengan tangan.

Mulut dahlia ditekup kuat dengan telapak tangan dryan. Gila apa minah ni buat kalau orang dengar mati aku.

" Kau apahal melalak memalam buta ni hah?!" marah dryan tapi dalam nada berbisik.

Dahlia menepis tangan dryan kasar.

" Hang la tak pakai baju kenapa aku ingatkan hantu mana tadi bangun bangun tidoq muncui." dahlia mengesat mata. Penglihatan kabur sedikit. Mungkin kerana baru lepas bangun tidur

" Kau pergi mandi nak solat isya."

Dahlia bangun dari duduk. Longlai langkahnya menuju ke bilik mandi.

Punggung telapak tangan dryan dikucupnya sebelum dia melipat kain telekung dan melangkah keluar dari bilik.

Lapar.

" Ibu dahlia lapaqqq." dahlia mengambil tempat berhadapan dengan mama dan ibu.

" Dryan mana dahlia?" soal mama apabila kelibat dryan tidak kelihatan.

Dahlia mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu. Dalam bilik tadi pun dia keluar terus tak toleh belakang pun

" Sini mama." semua menoleh ke arah dryan yang baru sahaja turun dari tangga. Tempat sebelah dahlia yang kosong dia ambil.

" Ha dahlia cedok nasi bagi dekat dryan tu." ibu menyuakan pinggan kosong kepada dahlia.

" Ala ibu dia kan ada tangan tuuu." dahlia menjuihkan bibir.

" Dia kan suami dahlia cepat ambil."

" Nak apa ni kaihla orang nak makan." soal dahlia. Berbisik.

" Up to you." balas dryan ringkas.

Semua orang memandang mereka berdua pelik. Bisik bisik apa ni.

" Yang terbisik bisik ni kenapa ni?" mama bertanya. Kening berkerut.

Pelik.

" Nothing mama." dryan menjawab.

Suasana kembali sunyi sehinggalah baba membuka mulut.

" Dahlia lusa nanti dahlia dengan dryan pindah rumah." hampir tersembur nasi yang ada dalam mulut dahlia.

Pindah?

" No!" bantah dahlia. Dahla kena kahwin paksa. Sekarang kena desak pindah rumah pulak.

" Kenapa?" papa yang baru siap makan menyoal. Air sirap dihirupnya.

" Kalau dahlia pindah satgi sapa nak teman ibu, sapa nak kacau baba, sapa nak tengok tv dengan ibu pastu kalau dahlia rindu baba dengan ibu nanti macam mana..ha..ha?

" Yaallah dahlia boleh balik sini kalau rindu dekat ibu bukan si dryan ni ikat dahlia pun kan." mama menyebelahi baba.

Semua sama.

" Haah dahlia lagipun rumah tu papa dah beli. Cantik pulak tu. Nanti mesti dahlia suka.."

Memangla suka masalahnya sekarang ni takkan nak duduk sebumbung dengan mamat celup ni dahla tak reti bersembang. Ey satgi kang eyyy..

Satu idea terlintas dalam fikiran dahlia.

" Kalau dahlia pi baba bagi apa kat dahlia?" dahlia memeluk tubuh. Tiada secalit senyuman yang terukir diwajah .

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now