MIP 23 ☁

31K 1.9K 100
                                    

Masuk saja dalam rumah kelibat seseorang dicari dan...

Zapppp..

Jumpa pun.

Langkah kaki dibawa menuju ke arah gadis itu.

Beg sekolah dia letak ditepi meja kaca berhadapan sofa kemudian lantas dia menindih badan gadis itu yang tika ini sedang berbaring sambil menonton television. Wajah terletak elok pada leher tersebut tangan dililitkan pada pinggang kecil itu.

Dahlia terkejut.

Dalam masa sesaat benda itu berlaku tanpa sempat dia mahu elak. Bahang panas pada badan Dryan terasa pada kulit tangannya.

Makin panas.

" Dryan hang panaih ni nak aku habaq kat mama dak?" Dahlia meletak tangan belakang badan Dryan. Niat mahu meleraikan pelukkan dibatalkan apabila haba badan Dryan dirasai.

Kesian.

" Taknak." elak Dryan. Kepala semakin lama semakin memberat. Pening kian menyengat membuatkan dahinya berkerut menahan sakit.

Dahlia kembali menonton rancangan Korea di television, tangan naik menepuk nepuk belakang Dryan agar tidur. Tanpa dia sedar Dryan sudahpun masuk ke alam mimpi sambil tangan Dahlia mendodoinya.

Selesa.

" Dryan."

" Oi Dryan?" lagi sekali Dahlia panggil namun tetap tiada sahutan. Tidur dah la ni.

" Harap ja muka cool tapi bila sakit manja mengada ngada. Gedik."


*


Dryan keluar dari bilik mandi dengan badan sudah lengkap dengan pakaian. Badan direbahkan atas katil miliknya. Kepala berdenyut denyut membuatkan tangannya naik mengurut dahi.

Telefon hujung katil dicapai, nombor seseorang dicari serta merta panggilan dibuat.

" Ayanaa.." Dahlia menggulingkan biji mata, ni nak apa pula ni.

" Apa aku nak tidoq ni."

" Sakit kepalaa.." Dahlia menghembus nafar kasar. Baru nak tidur kena kacau, tadi petang saja Dryan tidur sampai dua jam setengah habis lenguh badan dia.

Dahlia menutup panggilan. Dia bangun dari katil menapak turun kebawah, dapur dituju. Peti sejuk dia buka cool fever di bahagian bawah dia ambil kemudian pintu peti sejuk itu ditutup kembali.

Pintu bilik Dryan dia buka sebelum kaki mengoyak langkah ke arah katil lelaki itu. Dryan yang sedang menutup mata dengan lengan menyapa pandangan Dahlia.

Macam budak budak.

" Dryan." panggil Dahlia. Punggung dilabuhkan tepi katil. Lengan Dryan dia tarik, cool fever itu dibuka dan dilekapkan pada dahi suaminya. Dryan hanya diam melihat tingkah laku Dahlia.

" Dah siap. " cool fever itu terlekap elok pada dahi bersih milik Dryan. Wajah Dryan dia pandang sekilas seketika belakang tangan dilekapkan pula pada leher Dryan.

Masih lagi panas.

" Dahka Dryan? Aku nakpi tidoq ni." dahlia menguap. Mengantuk.

" Tidur sini." Dryan menginjak ketepi sedikit memberi ruang pada Dahlia. Dahlia apa lagi terus lompat naik atas katil. Katil Dryan ni lembut sikit tambah pula bilik Dryan ni jenis sejuk sepanjang masa memang Dahlia syokla.

Dryan menarik pinggang dahlia mendekati.

" Hang ni tak habih habih duk peluk aku kalah orang pompuan duk mengandung dah pasepa." Dahlia beletiaq. Beletiaq. Beletiaq. Mulut tak habis habis beletiaq.

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now