Episod 3: Kepulangan

5K 61 0
                                    

Sepanjang dua tahun selepas kematian Izzati dan anak kandungannya, Saifuddin cuba untuk merungkai misteri saputangan putih yang dia pasti ada jawapan siapakah yang bertanggungjawab di atas kematian isterinya.

Hanya dua pentunjuk yang ada pada saputangan tersebut. Yang pertamanya seperti sebuah logo syarikat, dan yang keduanya adalah dua huruf iaitu A L

Pada mulanya, Saifuddin cuba untuk melayari internet dan mengenalpasti sumber logo tersebut, tapi semuanya telah membawanya ke jalan buntu.

Kemudian, dengan menggunakan kepakaran yang telah dipelajarinya sewaktu di kolej dulu, Saifuddin telah menulis sebuah program komputer untuk mengenalpasti logo di saputangan putih tersebut. Hanya dengan berbekalan sebuah laptop usang yang masih disimpannya sejak zaman belajar, Saifuddin melancarkan program yang telah ditulisnya, dan program tersebut mencari persamaan logo yang tertera di atas saputangan putih dengan kesemua gambar-gambar yang wujud di alam maya.

Tetapi laptop usang dicampur pula dengan talian internet kampung yang lemah menyebabkan pencarian imej logo di saputangan tersebut memakan masa berbulan-bulan lamanya. Itu tidak lagi termasuk beberapa puluh kali revision yang Saifuddin telah olah dan ubah pada programnya, kerana banyak kali juga program tersebut telah mengenalpasti imej yang salah, atau imej yang seakan-akan sama dengan imej yang dicarinya.

Setelah berbulan lamanya, akhirnya program Saifuddin memberikan satu jawapan yang paling hampir tepat sekali. Imej logo pada saputangan misteri itu adalah mirip logo kepada syarikat yang diberi nama The Kesawa Group. Cumanya logo di atas saputangan tersebut ada tertera tulisan ʻʻDESIGNʼʼ, sementara logo yang telah dikenalpasti oleh program Saifuddin tidak ada tulisan tersebut. Saifuddin hanya menganggap ʻʻDESIGNʼʼ tersebut hanyalah merujuk kepada salah satu jabatan atau anak syarikat Kesawa.

Saifuddin kemudiannya membuat penyelidikan lanjut berkenaan dengan latar belakang The Kesawa Group.

The Kesawa Group banyak terlibat dalam projek-projek pembangunan pangsapuri mewah dan bangunan pejabat, kebanyakkannya di persekitaran Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang berhampiran.

Dalam merasa lega yang satu teka-teki telahpun terjawab, Saifuddin masih buntu kerana dia tak tahu di mana nak mula. The Kesawa Group adalah satu syarikat berkumpulan yang sangat besar. Saifuddin menghabiskan masa berminggu-minggu untuk mencari cara untuk memasuki kumpulan ini. Beratus emel dihantar, resume diberikan, agar Saifuddin dapat masuk ke salah satu pintu Kesawa Group. Walaupun nampak seperti perbuatan yang agak sukar dan sia-sia, tapi Saifuddin tidak putus asa dan tidak penat untuk mencuba, dan terus mencuba.

******************************

Saifuddin baru pulang dari tempat kejadian kemalangan Izzati seperti biasa. Bayangan apa yang terjadi pada Izzati jelas dimainkan di mindanya. Setiba di rumah, ibunya Mak Aminah yang sedang duduk di tangga depan rumah kampungnya, menegur anaknya, ʻʻUdin... dah dua tahun mak tengok kau asyik pergi ke tempat kemalangan arwah Izzati tu... kalau tak ke situ, ke kubur arwahʼʼ kata Mak Aminah pada anaknya sambil memegang bahu anaknya, ʻʻsudah-sudahlah tu, Udin... kau ni dah macam tak terurus, rambut dah panjang, misai janggut dah lebat... sampai bila kau nak macam ni?ʼʼ

ʻʻUdin sebenarnya dah ok dah mak,ʼʼ kata Saifuddin sambil duduk disebelah ibunya di atas tangga depan rumah, ʻʻUdin dah lama menerima ketentuan Allah.... Udin dah lama redha arwah dah pergiʼʼ

ʻʻKalau begitu baguslah. Habis tu kenapa kau masih nampak serabut sangat?ʼʼ tanya Mak Aminah pada anaknya.

ʻʻUdin masih berhutang dengan arwah untuk selesaikan punca kematian arwahʼʼ kata Saifuddin. Walaupun Saifuddin telah move-on dengan pemergian arwah isterinya, tapi saputangan putih yang digenggam oleh arwah seolah-olah adalah satu pemberian petunjuk dari arwah isterinya kepadanya untuk menyelesaikan punca sebenar kematian dirinya. Dan itulah yang Saifuddin masih mencari sampai ke sekarang.

Bagaikan BidadariWhere stories live. Discover now