Saifuddin baru sahaja selesai solat sunat taubat. Dia tak tahu apa yang berlaku pada dirinya tadi. Dia seperti telah dikuasai oleh satu rasukan yang sangat kuat, sehingga hilang pertimbangan akalnya.
Dia melihat keadaan sekeliling apartmentnya. Habis gambar Izzati, dekorasi-dekorasi yang telah Izzati pilih, dan juga baju-baju milik Izzati koyak musnah akibat dari dua tangannya sendiri. Dan lebih menyedihkan, kebengisannya telah membuat Sapphira keluar lari dari rumah. Padahal Sapphira tak ada buat apa salah pun. Disebabkan oleh sikap barannya yang keterlaluan, Sapphira sudah pergi meninggalkannya.
Saifuddin cuba berkali-kali untuk menalifon Sapphira, juga menghantar puluhan message memohon maaf. Tapi tak satu pun panggilan atau message dijawab. Seakan-akan seperti Sapphira telah block dia terus dari hidupnya.
Saifuddin sedar, kadang-kala hanya satu kesilapan sudah cukup untuk melukakan hati seseorang. Dan sikap bengis dan kasar nya tadi sudah cukup untuk luka itu terjadi.
Saifuddin merasa menyesal di atas tindakannya. Mungkin itu adalah satu peringatan dari Tuhan buatnya. Kerana dia telah leka dengan kehidupan nikmat syurga dunia. Empat minggu dia telah berkesedudukan dengan seorang wanita yang masih belum halal baginya. Tiga minggu mereka telah tidur sekatil, dan pada minggu terakhir yang lepas, mereka telah melayari bahtera cinta seperti sepasang suami dan isteri.
Mungkin Tuhan sayang padanya. Tuhan tak mahu dia membuat dosa lagi. Jadi Tuhan telah pisahkan Sapphira daripadanya.
Tetapi Saifuddin tidak sanggup untuk berpisah dengan Sapphira. Cintanya pada wanita itu sangat kuat dan dalam. Dia tak pernah merasai cinta seperti ini. Saifuddin sanggup mengharungi dosa untuk memiliki hati Sapphira. Tapi hati yang menjadi miliknya buat seketika telah diambil semula. Semuanya kerana sikap darah mudanya yang masih bergelora.
Mungkin itu juga satu peringatan bagi dirinya. Dia kena belajar erti sabar. Kerana tanpa wujudnya sabar, pengakhirannya akan memakan diri.
Saifuddin terduduk keseorangan di dalam apartmentnya. Disekelilingnya penuh dengan baju berselerak, dan hiasan yang telah pecah dan rosak. Nak tak nak, dia kena kemas kesemuanya.
Keseorangan.
Sabar.
******************************
Sapphira mengambil beberapa cotton pads dari dalam bilik air dan merendamkannya ke dalam air panas yang baru sahaja dijerangnya. Dia kemudian membawa cotton pads itu kepada Dean yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu kondo nya di Kesawa Residence. Sapphira duduk disebelah Dean sambil perlahan-lahan mengetap cotton pads ke atas luka-luka yang ada dimukanya.
ʻʻAAghhh!!ʼʼ Teriak Dean tatkala Sapphira mengetap cotton pads tersebut. Padahal tak de lah sakit mana pun. Dean sahaja nak tunjuk mengada depan Sapphira.
ʻʻDiam lah. Itu pun nak menjerit. Macam budak kecikʼʼ kata Sapphira.
Dean sekadar tersenyum.
ʻʻMacam mana you boleh gaduh dengan Saiful sampai macam ni?ʼʼ tanya Sapphira.
ʻʻDia serang Iʼʼ Dean memulakan penjelasannya, ʻʻSaiful dapat tahu pasal I dengan Izzati. Dia ingat I yang bunuh Izzati. Dia terus naik hantu, kemudian terus serang Iʼʼ
Sapphira diam seketika, sambil tangannya mengelap-gelap muka Dean yang masih ada kesan-kesan luka.
ʻʻI tak sangka Saiful sebenarnya macam tuʼʼ kata Sapphira perlahan. Suaranya seperti ditujukan untuk hatinya sahaja, untuk dirinya.
Dean kemudian memegang kedua-dua tangan Sapphira yang sedang merawat luka dimukanya tadi. Dia mengambil tangan Sapphira dan merehatkannya pada dadanya.
YOU ARE READING
Bagaikan Bidadari
RomantiekʻʻKisah cinta dua anak muda dalam mengharungi nafsu-nafsu manusiaʼʼ Sapphira Catherine Lawson, gadis jelita kacukan Inggeris dan Cina yang terperangkap dalam kehidupan terkutuk, ingin keluar dari penjara jiwanya, dan impikan kehidupan yang normal se...