Episod 21: Cinta Pertama (Part 1)

4.8K 42 1
                                    

*****EMPAT TAHUN YANG LALU*****

ʻʻOkay, okay, attention semua!ʼʼ Encik Azman memanggil perhatian semua staff Kesawa Design di ruang pejabat mereka, ʻʻGood news first: Despite all the panic semalam..... Aisyah dah selamat melahirkan baby lelaki last night, dan Alhamdulillah both mummy and baby dua-dua sihatʼʼ

Pengumuman dari Azman itu disambut dengan tepukan dan juga perasaan lega dari kesemua staff Kesawa Design. Aisyah ialah interior designer Kesawa. Semalam air ketumban dia pecah, walaupun belum sampai waktunya lagi. Ramai orang panik sebab Aisyah baru 8 bulan mengandung, dan ini adalah anak pertamanya. Memang terkocoh-kacah betul semua staff Kesawa semalam bila air ketumban pecah, semua kelam kabut jadi bidan terjun, literally. Tapi walaupun premature 8 bulan tapi semuanya berjalan lancar dengan pembedahan caesarean.

ʻʻLinda, saya nak awak organise baby shower untuk Aisyah and babyʼʼ kata Azman tersenyum.

ʻʻBaik, Encik Azmanʼʼ kata Linda, setiausaha peribadi kepada Azman.

Semua staf Design menarik nafas lega selepas mendengar berita gembira itu, melainkan Dean yang bercampur gembira dan gelisah. Dean dan Aisyah sebenarnya sedang menyiapkan projek penting untuk client. Aisyah sepatutnya start maternity leave bulan hadapan, jadi ada satu bulan lagi nak siapkan projek. Ni dah premature birth pulak, jadi Dean jadi risau.

ʻʻEncik Azman,ʼʼ Dean memanggil bossnya, ʻʻthat is the good news... ada disusuli dengan bad news pulak ke?ʼʼ tanyanya risau.

Azman tahu yang Dean agak nervous dengan projek yang sepatutnya disiapkan dengan Aisyah. Jadi Azman dah pun buat perancangan awal sejak dari semalam lagi.

ʻʻNo bad news, Dean. In fact, ada another good news.... korang semua masih ingat lagi Izzati, student praktikal yang buat internship dengan kita dua tahun lalu? Well... looks whoʼs back!ʼʼ Azman membuat pengumuman kedua yang juga berita baik.

Siti Nur Izzati masuk ke perkarangan pejabat Kesawa Design. Berbaju kurung, tudung shawl, tidak mengenakan sebarang make-up. Tapi senyumannya manis, semanis orangnya. Graduan Interior Design dari kolej tempatan, Izzati telah diambil oleh Azman untuk menggantikan Aisyah yang mengambil cuti bersalinnya. Izzati melambai-lambai manja kepada kesemua staf Kesawa Design sambil berkata ʻʻIʼm baaackk!ʼʼ dengan senyuman yang manis sekali.

Dean lah orang yang paling gembira melihat Izzati. Sudah dua tahun dia tidak melihat gadis itu. Kali pertama mereka bertemu ialah sewaktu Izzati menjalani praktikal dua bulan di Kesawa, dan pada waktu ini Dean juga menjalani internship yang sama juga.

ʻʻMy goodness... Izzati...ingat saya lagi tak?ʼʼ Kata Dean sambil Izzati mengambil tempat di cubicle Aisyah.

ʻʻMestilah ingat. Dean... awak apa khabar? Sihat?ʼʼ kata Izzati tersenyum.

ʻʻIʼm feeling great seeing you again! My god! You dah lain dah sekarang! Padahal baru dua tahun kan?ʼʼ Izzati, you look so beautiful now. Sambung Dean dalam hatinya.

ʻʻApa yang lain nya. Iʼm still the old cheerful girl yang you kenal dulu lah Dean!ʼʼ tawa kecil Izzati.

ʻʻSo... what has changed?ʼʼ tanya Dean.

ʻʻWell... I dah graduate sekarang. You pun dah graduate jugak ke?ʼʼ

ʻʻYup, six months ago. I buat fast-trackʼʼ

ʻʻYou memang brilliant studentʼʼ

ʻʻSo.... you sekarang.... dah married?ʼʼ tanya Dean.

ʻʻStill singleʼʼ Izzati menunjukkan kedua-dua tangannya yang belum ada sebarang cincin.

Bagaikan BidadariWhere stories live. Discover now